9#Uhud Medan Refleksi Diri
بسم الله الرحمن الرحيم
Mengitari panorama sekitar Uhud akan memberi kesan mendalam buat sesiapa yang bertamu.
Terik panas matahari dengan suhu mencecah 40 darjah celcium, ditambah dahaga dan lapar kesan fisiologi yang biasa dialami oleh manusia yang tidak makan dan minum sehingga 14 jam sehari di bulan Ramadhan sudah cukup melelahkan kami untuk memanjat bukit Pemanah, atau dalam bahasa Arab bermaksud Raama (رام). Kerana pemanah-pemanah yang dimaksudkan bilangannya ramai, maka Raama dijamakkan menjadi Rumaah (الرماة). Oleh itu bukit ini dipanggil Jabal Rumaah.
Bukit ini hanya seciput saiznya jika dibandingkan dengan bukit Uhud yang selalu juga disebut-sebut dalam hadith Rasulullah saw sebagai perumpamaan kerana ia terkenal sebagai bukit yang terbesar dan tertinggi di seluruh Madinah. Apatah lagi Madinah mempunyai struktur geografi yang rata dan kurang berbukit.
Berbalik kepada cerita bukit Pemanah, ia memang mempunyai lokasi yang amat strategik dari aspek pemantauan kawasan sekitar. Jika dilihat dari kebanyakan arah, bukit Rummat itu hanya kelihatan seperti gondolan batu besar yang menghalang pemandangan. Bahasa mudahnya, tidak signifikan.
Namun Rasulullah saw mempergunakan sebaik kesempatan yang ada dengan meletakkan 50 orang pemanah sebagai pertahanan saf belakang tentera Islam. Dan Baginda sendiri mengarahkan mereka agar berkubu di sana tidak kira dalam keadaan menuju kemenangan atau ditimpa kekalahan. Andai tidak kerana sebahagian besar yang ingkar dengan perintah Nabi saw, tentera Islam sudah pasti menikmati kemenangan yang gemilang mengiringi perang Badar. Di situlah hikmah sifat fathonah (bijaksana) yang dikurniakan Allah kepada Baginda saw, malahan ini adalah sifat yang wajib bagi semua nabi.
Di sana, kami tidak ketinggalan melawat perkuburan para syuhada yang terletak antara bukit Uhud dan Jabal Rumaah . Antara mereka yang gugur syahid adalah Singa Allah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, ketua pemanah Abdullah bin Jubair,Saad bin al-Rabie, Amru bin at-Thabit dan lain-lain.
Atas sentuhan yang mencolok hati ini, saya nukilkan sedikit cenderahati dari Uhud:
Mengitari panorama sekitar Uhud akan memberi kesan mendalam buat sesiapa yang bertamu.
Terik panas matahari dengan suhu mencecah 40 darjah celcium, ditambah dahaga dan lapar kesan fisiologi yang biasa dialami oleh manusia yang tidak makan dan minum sehingga 14 jam sehari di bulan Ramadhan sudah cukup melelahkan kami untuk memanjat bukit Pemanah, atau dalam bahasa Arab bermaksud Raama (رام). Kerana pemanah-pemanah yang dimaksudkan bilangannya ramai, maka Raama dijamakkan menjadi Rumaah (الرماة). Oleh itu bukit ini dipanggil Jabal Rumaah.
Jabal Rumaah |
bergambar di sudut bukit |
Bukit ini hanya seciput saiznya jika dibandingkan dengan bukit Uhud yang selalu juga disebut-sebut dalam hadith Rasulullah saw sebagai perumpamaan kerana ia terkenal sebagai bukit yang terbesar dan tertinggi di seluruh Madinah. Apatah lagi Madinah mempunyai struktur geografi yang rata dan kurang berbukit.
bukit uhud |
Namun Rasulullah saw mempergunakan sebaik kesempatan yang ada dengan meletakkan 50 orang pemanah sebagai pertahanan saf belakang tentera Islam. Dan Baginda sendiri mengarahkan mereka agar berkubu di sana tidak kira dalam keadaan menuju kemenangan atau ditimpa kekalahan. Andai tidak kerana sebahagian besar yang ingkar dengan perintah Nabi saw, tentera Islam sudah pasti menikmati kemenangan yang gemilang mengiringi perang Badar. Di situlah hikmah sifat fathonah (bijaksana) yang dikurniakan Allah kepada Baginda saw, malahan ini adalah sifat yang wajib bagi semua nabi.
melihat ilustrasi bergambar pergerakan tentera semasa perang Uhud |
Di sana, kami tidak ketinggalan melawat perkuburan para syuhada yang terletak antara bukit Uhud dan Jabal Rumaah . Antara mereka yang gugur syahid adalah Singa Allah Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib, ketua pemanah Abdullah bin Jubair,Saad bin al-Rabie, Amru bin at-Thabit dan lain-lain.
perkuburan para syuhada yang diratakan dan didindingkan.
Penjaga makam Indonesia memberikan penerangan.masyuk ya rabb Tahukah anda? Menurut sejarah,perkuburan itu didirikan binaan khas semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun akibat gejala khurafat yang melampau oleh masyarakat islam menyebabkan kerajaan Arab Saudi terpaksa merobohkannya, memagari sekitarnya dan diupah penjaga-penjaga khas untuk membendung amalan yang jelas bercanggah dengan syariat islam.
Atas sentuhan yang mencolok hati ini, saya nukilkan sedikit cenderahati dari Uhud:
Benar,
Begitu mengesankan hati melihat tempat para syuhada bersemadi
Inilah,
Gelanggang perjuangan yang amat mulia di sisi Ilahi
Uhud,
Bukti kecintaan mereka yang tidak berbelah bahagi
Bukti kecintaan mereka yang tidak berbelah bahagi
Kepada Allah dan Muhammad terpuji
Bertakung airmata mengenang qadar ini
Tak tahu dimana akhir perjalanan nanti
Apakah layak mengharap surga yang tinggi?
Andai amal bergelumang nafsu yang mengotori
Gigih beralasan hingga separuh mati
Membayang surga dalam khayalan sendiri
Saat luka dan nanah mendatangi
ubat jahiliah diambil disangka merawat nurani
Makin parah,makin jauh dariMu Ilahi
Akhirnya syahid di gelanggang sunyi
Sungguh masyhur lagi terkenal di bumi
Namun penghuni langit bertanya "si hina siapakah ini?"
Ya Allah tidakku tahu akhir jalanku nanti...
Sahabat,
fantasi kita mereka jadikan realiti!
Jangankan peluh, darah bersimbah menjadi saksi
Harta dan nyawa pelaburan diberi
Demi meraih reda sejati..
Demi bersama sang Murabbi..
Demi membeli Jannatul Firdausi!
Ya Allah,
tidakku tahu akhir jalanku nanti,
Maka Kau pimpinlah tangan kami,
Teguhkan azam dan usaha kami,
ke jalan yang lurus lagi diredhai
ke jalan yang lurus lagi diredhai
Ameen Ameen Ameen ya Rabbal Alamin...
Akhir Jalan Nanti, Iliyyin Zaidan 2012
Benarlah, tempat yang diziarahi dengan penghayatan yang mendalam akan memberi kesan yang lebih bermakna. Bukan sekadar berkunjung ambil gambar, beli kurma Ajwah dan kayu Kokka, kemudian pulang dengan hati yang kosong, tapi tangan yang penuh! Sungguh ironik. Buat mereka yang ingin menunaikan umrah, jadikan Uhud destinasi wajib anda, bukan sekadar ziarah, tapi ambillah walau secebis ibrah berharga.
pemandangan masjid Quba dari luar |
di luar masjid Quba |
di dalam masjid |
ustaz Faizal di hadapan masjid Quba |
Bro dengan spek hitamnya. |
pasar kurma yang menjual beraneka jenis kurma |
bergambar di luar ladang kurma |
Jom ke Mekah pula. Kata nak berumrah? Nantikan :)
Ulasan
Catat Ulasan