Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Tadabbur: al-Maidah ayat 105

لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡ‌ۚ "Tidaklah memudaratkanmu orang yang sesat bila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105) Imam Ibn Taimiyyah memberi beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat ini, antaranya: 1. Jangan takut kepada orang-orang kafir dan munafik kerana mereka tidak dapat memudaratkan orang beriman yang mendapat hidayah Allah. 2. Jangan berdukacita dan gelisah terhadap terhadap kuffar dan munafiq kerana maksiat dan kejahatan mereka tidak memudaratkan orang beriman apabila dia telah berada di atas hidayah Allah. Sedih terhadap sesuatu yang tidak membahayakan adalah sia-sia. (16:127) 3. Janganlah cenderung kepada mereka. Jangan tertarik kepada kekayaan, kekuasaan dan keseronokan yang ada pada mereka sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hijr: 127 4. Apabila membenci, mencela, melarang, memulaukan atau menghukum pelaku maksiat, janganlah melampaui batas lebih dari yang dibenarkan.