Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel karya

Kisah Alberto dan susu

Imej
Pada zaman kesultanan Cina Madagascar, ada sebuah kedai di sebuah pekan yang sangat terkenal dengan susunya yang enak dan lazat. Nama pemilik kedai tersebut adalah Tommy Go Go Power Rangers. Agar penceritaan lebih mudah kita namakan Tommy sahaja. Setiap hari dia akan menjualnya pada penduduk pekan tersebut. Pada suatu hari dia bercadang untuk memberikan susunya secara percuma kepada penduduk pekan. Mereka hanya perlu datang dengan membawa bejana, baldi, botol nestle ataupun apa-apa bekas yang boleh menyimpan air. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pekan. Mereka tidak sabar untuk menikmati susu yang paling enak di daerah tersebut. Antara yang mendapat khabar tersebut adalah Alberto. Dia juga adalah peminat tegar susu. Dia sedari kecil sudah berpengalaman meminum pelbagai jenis susu- susu lembu, susu kambing, susu unta, susu full cream, susu fat free, susu skim, susu coklat, susu strawberi, susu Juhaina, susu Beyti, susu Dutch Lady dan banyak lagi. Namun begitu, dia menga...

Buat para da'ie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم “Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasehati.

Sahaja Aku Memakai Tudung

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Sahaja aku memakai tudung

Cerper: Luka

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Amru baru turun dari tramco yang menurunkannya berdekatan dengan rumahnya. Langkah kakinya dipercepat. Dia tidak sabar mahu sampai ke rumah. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang, tetapi sewaktu musim shita' (sejuk) Maghrib akan menjadi seawal 5 petang. Cuaca yang dingin serta angin yang deras menyebabkan tubuhnya sedikit menggigil walaupun sudah memakai jaket yang tebal.

(Epilog)15# Pengakhiran, Satu Permulaan

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Ini adalah episod terakhir travelog saya. Namun bagi saya ini adalah permulaan yang baru. Perspektif baru, niat yang diperbaharui, dan semestinya perjalanan yang tidak lagi sama seperti dahulu. Mengapa? Saya tidak tahu dengan orang lain, tetapi bagi saya, tarbiyyah sepanjang 35 hari ini banyak mengajar saya tentang kehidupan. Maka ada yang bertanya, apa pula kaitan antara ibadah umrah dan kehidupan? Saya tersenyum. Jika saya kembali bertanya soalan yang sama, pasti ada yang terkial-kial mencari jawapan. Saya ingin bertanya semula, apa rasionalnya Allah mewajibkan setiap orang Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadah ini jika ia tiada impak terhadap kehidupan kita?  Adakah Allah suka-suka. Sudah tentu tidak. Mari kita jawab soalan yang lebih direct;  Apa sebab kita minum air? Apa sebab kita bernafas? Kenapa kita perlu makan? Tiga soalan terakhir itu sangat mudah dijawab,"untuk hidup!" Kita selalu mudah mengambil berat untuk mengisi ...

14# Maassalam ya Baitullah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 24 hari berkampung di Mekah, Kini masanya untuk pergi, Kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya. 21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal 1433 Hijrah, Akan kami tinggalkan bumi penuh barakah, Baitul Haram, Kenapa bait , rumah? Dia adalah rumah Allah, Semua maklum pasti, mana-mana rumah ibadah adalah rumahNya. Cuma adakala kita terlupa, ini juga adalah rumah si nabi rumah sebuah keluarga; Keluarga Ibrahim a.s, Siti Hajar ibunda kepada Ismail. Setelah Ibrahim meninggalkan keluarganya, Tanpa apapun melainkan Allah, Hajar berlari antara Safa dan Marwah mencari air, Demi mendiamkan si bayi Ismali yang menangis kehausan, Lalu zam zam mengalir keluar dari tapak kaki Ismail, Buat ribuan tahun, tak terkira jamaah yang menikmatinya, Satu keajaiban yang susah dipercayai,hakikatnya benar berlaku. Kisah mereka tercatat di kalamNya. Ceritera sebuah KELUARGA dalam sebuah RUMAH. Cerita kasih dan pengorbanan membentuk usrah sakinah. ...