13# 1 Syawal di Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Menara Jam,waqaf al-Malik Abdul Aziz
Pengalaman berhari raya di Mekah adalah sesuatu yang menarik dan baru, jika bukan yang paling menyeronokkan. Tapi ya,masih ada keterujaan di situ. :)

   Teringat ku, jika di Malaysia kita akan mula bertakbir selepas Isya' pada malam raya. Di sini, takbir bermula selepas subuh. Sebab itu kami menjadi sedikit bingung bila takbir tidak dilaungkan pada malam sebelumnya, dikhuatiri kami akan berpuasa 31 hari!

Buat kali yang ke berapa tidak ku ingati, 100 mungkin, ustaz Faizal memberi nasihat supaya pergi ke Haram lebih awal supaya tidak berakhir solat di atas jejambat seperti ustaz pada tahun lepas. Apa masalahnya dengan jejambat tu? Rosak? Kotor? Bahaya?

Bukan masalah jejambat, tetapi masalah relatif, jarak. Jejambat itu terletak 1 kilometer dari masjid. Memanglah 'bahagia' bersolat aidilfitri dan mendengar khutbah di bawah panas matahari dan jauh dari Haram.

Sami'na waata'na.

Kami akur akan nasihat ustaz dengan bergerak ke masjid sebelum Subuh, dan bukan kami sahaja. Ribuan jemaah lain mungkin turut berfikir perkara yang sama.

Azan Subuh berkumandang pada jam 4.40 dan pada pukul 5 solat Subuh ditunaikan. Tidak lama selepas itu takbir raya mula bergema.


الله أكبر الله أكبر الله أكبر"
لا إله إلا الله
الله أكبر الله أكبر
"...ولله الحمد



Terus ku terimbaukan tanah air tercintaku, Malaysia. Kasihan ummiku, katanya tahun ini Kak Iman dan Kak Izzah beraya di kampung suami masing-masing. Satu di Penang, satu lagi di Kelantan. Mengapa tidak, tahun lepas mereka sudah beraya di kampung nenek di Melaka.

"Anak-anak cuma ada dua orang aje..huhu :(.. " ,bbm (Blackberry Messenger) ummiku. Adik beradikku semuanya 5 orang,dan aku adalah yang ketiga.

"Ohh iya lah
Kesian umi
Adib kena kahwin lambat lah ni.hihi"

"Harap-harap macam tu la :D "

"Haha okay umi", aku tersenyum seorang diri. Syok sendiri kata orang.

Takbir di sini hampir menyamai Nusantara Style, cuma tidak mendayu-dayu dan lebih bersemangat. Aku mengambil peluang untuk merakam video dan mengambil gambar sekitar menggunakan kamera Fawwaz.

Sekitar jam 6.15 pagi, solat sunat aidilfiri ditunaikan secara berjemaah. 7 takbir rakaat pertama dan 5 takbir rakaat kedua.

Setelah itu, khutbah mula disampaikan oleh imam yang mengimami solat kami sebentar tadi. Ketika ini sudah kedapatan sebilangan manusia mula bergerak keluar dari masjid. Tidak pasti jika ini kebiasaan tetapi jika di Malaysia sana pasti mereka akan dipandang seperti alien berbaju melayu. Tiada kesalahan dari segi hukum fiqah kerana yang wajib adalah menyampaikan khutbah, bukan mendengar khutbah.

Apapun, atas kesedaran sivik yang tinggi kami menunggu sehingga tamat khutbah. Dalam jam 7.30 pagi, khutbah pun selesai. Kami telah pun berpakat untuk beramai-ramai menyerbu Felda selepas khutbah.

  Tidak tahu mengapa, apabila terlihat sahaja orang Malaysia kami akan berhenti sebentar, mengucapkan ' Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin '. Bukan sekadar itu, malah kami berborak seperti kawan-kawan lama yang sudah lama terpisah. Ajaib tapi itulah tautan hati orang-orang Malaysia di pagi lebaran yang indah itu. Bertemu dengan mereka seolah menumbuhkan kegembiraan di sanubari.

Kami turut bertemu dengan jemaah agensi yang diikuti Nor Iman, sahabat sebatch kami yang turut sama belajar di Universiti Iskandariah. Dia satu-satunya sahabat kami yang sama tahun, namun tidak mengikuti pakej dengan kami. Agensi mereka dijangka pulang pada raya ke-3. Sehingga di saat-saat itupun masih belum berkesempatan berjumpanya. Namun sesuatu yang membuat ku terhibur adalah apabila kami bertemu mereka yang sedang bergambar, tanpa segan silu kami pun masuk sekali dalam gambar. Dalam kumpulan yang sama sempat aku bersua dengan akh Azhan, senior tahun akhir Perubatan merangkap Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta, serta abang Sayuti, salah seorang AJKT Perubatan tahun 4 di Iskandariah.

Tidak seperti di Malaysia, baju Melayu dan baju kurung berwarna- warni, bermacam corak dan bentuk. Di sini, kebanyakan orang akan memakai jubah dan warnanya putih, hitam dan sekitar itu. Kurang ceria. Tetapi kata orang bijak pandai, ceria itu bukan pada pakaian tetapi pada hati. Bahagia bermula dari hati!

Harapan kami untuk ke Felda kian terbantut apabila seliparku hilang buat kali kedua. Aku dengan rela hati berkaki ayam menuju ke Menara Jam untuk membeli selipar baru, 15 riyal tanpa diskaun sebelum ke Felda bersama Fawwaz.

 Felda: Mat'am Maliziy (Restoran Malaysia)
Sesiapa sahaja warga Malaysia yang pernah ke Mekah pasti tidak asing dengan nama Felda. Di sini pelbagai sajian Malaysia dihidangkan. Roti canai, mee goreng, rendang, soto, sate, sebutkan sahaja, segalanya di sini, menggamit memori. (kecuali laksa. Oh tidak)

Pada pagi itu disediakan hidangan bufet 'all you can eat' berharga 60 riyal dari jam 7 sehingga 12 pagi.

Maka kami pun Nyum Nyum Nyum... tanpa menyedari Nyum Nyum Nyum ...diselangi Gulp Gulp Gulp...
Burp... Alhamdulillah. Eh ada lebih Ngap Ngap Nyum Nyum... 

Makan berlebih-lebihan itu hanya bagi menjustifikasikan nilai 60 riyal, rindu kepada semperit nenek dan rendang ibu. Tidak lebih daripada itu. Tidak pula ingin berboros atau sudah kehilangan 'Ramadhan effect'. Harapannya begitu.

Pulang ke bilik, masing-masing terjun syahid di medan empuk berwarna putih ibarat kain kafan. Aku pun tidak terkecuali.

Begitulah hari raya kami. Walaupun keluarga nun jauh di mata, namun tahun ini, mereka terasa begitu dekat di hati. Adakah ini erti cinta sejati? (Cewaaahh)    ~(^o^)~    (-,-'')

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku...

la la la la la~ ~ ~
Suasana ceria berhari raya

makan+borak+riang ria raya+alhamdulillah :)

rendang daging.still tak boleh beat Ummi punya!

mee bandung

nasi impit dan kuah kacang

sayur sotong

kuih 1

kuih 2

kuih 3

emm, kuih 4?



Kembara sudah hampir di penghujungnya.Nantikan sedutan seterusnya dalam Travelog Umrahku.Stay tuned:)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health