10# Haramain : The Two Holy Cities

بسم الله الرحمن الرحيم

29/7/2012
 Persiapan ilmu,persiapan hati dan persiapan fizikal sudah mantap,jika tidak lengkap. Setelah 3 hari kami berada di Madinah, kini tiba masanya untuk bergerak ke Mekah.

Apa maknanya? Maknanya pada hari ini kami akan memakai kain ihram, miqaat di Abyar Ali, tawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah, Saie di Safa dan Marwah dan bertahallul dengan memotong rambut atau bercukur sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Oh yeah!

Kami mandi sebersih-bersihnya dan memakai wangian sewangi-wanginya kerana tahu sepanjang tempoh ihram, kami tidak boleh memakai sebarang wangian. Jam dan beg dibenarkan. Semua kelihatan segak dengan pakaian putih bersih, sedia untuk beribadah.

di Abyar Ali
لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ

إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujaan dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu


Kami bertolak menaiki bas ke Abyar Ali pada pukul 12 tengah hari. Kami memperbanyakkan talbiah sepanjang perjalanan dalam bas.Pada pukul 5 petang kami tiba di kota Mekah. Kami tidak terus ke Masjidil Haram sebaliknya daftar masuk dahulu ke penginapan kami. Kami berbuka di surau sebelah imarah (bangunan) rumah yang disewa. Selepas Maghrib barulah kami semua bergerak beramai-ramai ke Masjidil Haram,ikhwah dan akhawat dipimpin oleh ustaz Faizal.

   Sesak. Ingin menuju ke kawasan tawaf sudah perlu bertolak-tolak. Setibanya di permulaan tawaf, Imran, Fawwaz, Ammar dan aku diarahkan untuk menjaga akhawat dari arah belakang, manakala selebihnya dari hadapan. Namun belum lagi bermula tawaf, akhawat sudah hilang dari pandangan. Apalagi, kami berempat dalam perasaan risau bercampur 'I'm free!'(ahaha), kami meneruskan tawaf. Akhirnya selepas 7 pusingan, hanya Ammar dan Fawwaz yang setia bersama di sisi.

Iqamat dikumandangkan dan jemaah mula mencari tempat solat. Kami bertiga sempat mencari ruang. Selepas solat kami terus naik ke tingkat 2 untuk ber'Saie'. Masjidil Haram mempunyai 4 tingkat; bawah tanah, tingkat bawah, tingkat dua dan tingkat tiga. Kebanyakan jemaah umrah akan ke tingkat bawah dan tingkat satu. Oleh itu, biasanya kedua-duanya akan sesak.Tingkat dua dan tiga pula hanya dibenarkan untuk jemaah lelaki.

Selesai sahaja Saie kami bertahalul di Marwah bagi mengeluarkan kami dari status ihram. Selesai sudah umrah,tidak sampai 2 jam. Siapa kata umrah itu lama?
Awal Ramadhan + tengahari-agak lapang

Dalam jam sebelas malam, kami pulang ke rumah untuk mandi dan makan. Semua berkumpul di bilik malam itu. Lelaki ditempat di tingkat dua manakala perempuan seramai 6 orang duduk di tingkat satu. Dari malam itulah kami mula kenal dengan Hafizul Najib, Hasif, Hanif dan Azmi atau lebih popular dengan gelaran 'Bro'.

Kami semakin rapat pula dengan Imran dan Nasir yang telahpun dikenali sebelum ini. Najib, Hasif dan Azmi adalah merupakan pelajar Syariah dan sudah berkenalan dengan ustaz Faizal selama setahun. Imran dan Nasir pula, bakal memulakan tahun tiga Perubatan bulan 9 nanti dan masih 'baru' dengan ustaz.

Malam dan pagi- sentiasa ramai

di basement

tawaf sekitar kaabah

di tingkat bawah
Tahukah anda, ada 4 orang imam masjidil Haram yang dipilih untuk memimpin tarawih dan solat malam Ramadhan tahun ini. Mereka adalah Syeikh Sudais,Maher Al-Muaiqily,Shuraim dan imam muda al-Juhani.

Adaptasi

Untuk minggu pertama, kami dalam proses menyesuaikan diri dengan cuaca dan cara hidup di Mekah. Pada malam hari kami hidup, pada siangnya pula kami mati. Begitulah rutin kami. Menghidupkan malam, dan mengurangkan dosa siang dengan tidur. Hari siang yang panas mencecah 45°C membataskan pergerakan kami sebagai spesis nokturnal untuk sebulan itu.

sharing is telling
Imran dilantik sebagai Khalifah (ketua rumah), aku pula sesuka hati dipilih menjadi bendahari. Memandang aku, kata mereka, seperti memandang wang(-_-). Tidakku pasti itu satu pujian atau sindiran. Apa yang pasti, akanku kebas duit mereka dengan penuh dedikasi dan keazaman. Hoyeah! :D

 Jadual makan juga telah disusun rapi. Setiap hari akan ada kumpulan memasak untuk bersahur. Manakala untuk berbuka, akan diberi pilihan berbuka di surau atau nafsi-nafsi. Terpulang kepada poket masing-masing.

menara Jam al- Malik Abdul Aziz
    Kebiasaannya, pada waktu malam aku memang tidak akan tidur. Kami akan bertarawih di Masjidil Haram dan iktikaf di sana. Setiap malam tidak sah jika tiada cerita dan sharing dari ustaz Faizal. Ada sahaja 'tazkirah' yang ingin disampaikan. Biasanya dalam pukul 3 pagi kami akan bersahur beramai-ramai dengan talam. Bukankah berukhuwah itu seronok? Kerana ukhuwah itu sendiri indah.

 Selepas Subuh, amalan al-Mathurat diteruskan. Aku akan membaca al-Quran, membaca koleksi buku yang Fawwaz bawa dari Mesir, atau buku-buku yang aku beli di Madinah tempoh hari. Andai ada ilham dan idea baru akan ku kemas kini travelog. Itu juga bergantung kepada mood. Kata orang, untuk menghasilkan penulisan yang baik memerlukan 'mood'. Benar kata orang itu. Kemudian, barulah aku tidur.

Tetapi rutin ini fleksibel. Ia boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan. Contohnya ke Jeddah untuk membeli tiket, atau melakukan tawaf yang lebih pantas pada siang hari kerana panas terik tidak menarik ramai orang untuk bertawaf, ataupun ke cybercafe di Aziziah untuk mendapatkan internet. Sukar sungguh ingin mendapatkan internet di sini.

Di sutuh Masjidil Haram
   Mencari barangan di sini juga bukan satu masalah. Namun membeli menjadi masalah kerana pada musim Ramadhan & musim Haji, harga barang boleh menjadi sangat mahal. Hal yang sama berlaku kepada tambang teksi dan kenderaan awam lain. Tambang berharga 30 riyal mungkin hanya serendah 5 riyal pada hari-hari biasa. Jangan marahkan mereka, kerana hanya pada masa-masa ini mereka boleh menjana ekonomi mereka sepanjang tahun. Oooooo baru tahu....

The New Makkah, set to complete by 2020





Saya ada satu teka teki cepu emas, apa kaitan doa dan kayu kokka? Tertanya-tanya?





Jawapannya pada episod seterusnya !Nantikan :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health