Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Perjalanan Hidup

Menyusun

بسم الله الرحمن الرحيم Sudah lebih setahun saya tidak menulis di laman ini.  Konsisten tidak menulis. Dan kali ini saya menulis dalam keadaan yang lebbig berbeza dari sebelum ini. Anak sudah boleh menyebut 30 patat perkataan, lebih kurang. Faham arahan dan permintaan. Memanjat abahnya secara literal dan menjadi 'controller'. Ingin ke dapur mengambil air? Naik kat Abah. Nak mainan, naik kat Abah, Mudah sungguh hidup kau ya Afiyah? Menggunakan kebijakan yang diberi Tuhan untuk 'membuli' Abah.  Dan juga berbeza di mana saya tidak lagi bersama dałam kapał KKM. Setelah lebih 4 tahun bekerja di dalam kerajaan, kini saya bekerja secara 'self employed'. Freelance. Buat sementara waktu ini. Dan saya lebih bersyukur hidup begini. Lebih masa berkualti bersama diri dan keluarga. Lebih masa untuk beribadah, walaupun kadangkala culas juga. Lebih fleksibel dengan cuti (tidak semestinya). Ada pro and cons. Masa kuantiti & kualiti Tetapi masa tidak boleh diukur pada kuantiti...

Afiyah Khadijah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Bercerita tentang peristiwa besar dalam hidup- walau sebesar mana, pasti akan dilupakan secara sengaja atau tidak.  Maka aku karang disini- harap kekal cukup lama untuk memberi erti kepada anakku dan sesiapa yang ingin mengambil manfaat darinya. … Pada pagi 24 Jun 2021, kami dijadualkan untuk mengambil ujian saringan COVID PCR secara pandu lalu di Hospital Pantai; prosedur standard bagi kemasukan wad. Hospital akan membuat ujian ketika isteri telah hamil mencapai tarikh matang 40 minggu jika masih tiada tanda-tanda bersalin. keputusan diterima dalam masa 72 jam.  Kami terus pulang ke rumah selesai saringan. Setibanya di rumah, isteri saya mula mengalami 'regular contraction' (rahim mengeras secara kerap dan kuat)- antara tanda awal akan bersalin. Isteri tengah menahan sakit sampai tidak mampu berkata-kata, memegang perut. Saya terus membawanya ke hospital-tetapi berhenti di pertengahan jalan.  “Sakit lagi ke?” “Dah kurang” “Yang ba...

Sharing a thought

بسم الله الرحمن الرحيم It has been exactly 7 months and 14 days since we returned to Malaysia. We realized that it would quite a while before we started HO-ship. And it did. I'm expecting another 3-4 months before putting the medical text into practice. Therefore in the meantime, like many of my colleagues, I looked for jobs. Excluding work as a research assistant (RA), others has salary or commission. These jobs really taught me the different perspectives from different angles. During the last weeks as RA, we spent a few minutes with an ED specialist asking for advice. And this is what she said, "What are you doing here? You should be doing something else" "If I had children your age, he will work in McD, or KFC" "Being a doctor is one thing, but being a human is another thing. You will spent your lifetime as a doctor, so don't worry." "(Some) doctors think they have privilege, they cannot take advices, can't stand being co...

Tersentak

بسم الله الرحمن الرحيم Berapa banyak masa terbazir dengan hal-hal yang tidak bermanfaat. Berapa banyak lagi jiwa-jiwa yang kita biarkan dari disentuh hidayah. Berapa banyak lagi masa yang diperlukan agar kita sedar dari lamunan. Sampai bila harus begini? Mulakan langkah! Usah lagi ragu. Mulakan sekarang!

The perks of doing elective posting.

Imej
Before every summer break, elective posting or attachment in hospitals are one of the common topics being discussed among medical students especially for those in clinical years. There will be many things lingering in our mind when we talk about it. How to apply? Is it tough? What should I equip myself with? Can I cope? There are fears, and there are expectations. But like what Naik always said, just do it! Who can apply? Any medical students who are: 1. Studying in institutions listed on Jadual Kedua Akta Perubatan 1971 . Refer Page 43-60, 2. Local IPTA or IPTS, 3. Still studying. Postgraduates cannot apply except registered under overseas Majlis Perubatan, applying under seksyen 6 Akta Perubatan 1971 .  You guys are encouraged to apply to do elective posting in government hospital, be it clinical or preclinical students. It's true that clinical students will obtain more benefit because they are more involved and exposed in performing cli...

Pena seorang daie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Penulisan datang dari bahasa, suatu bentuk komunikasi antara satu sama lain. Kemudian dari bahasa lahirlah tulisan. Direkodkan tulisan yang terawal dalam peradaban manusia ialah  tulisan cuneiform di Sumeria.   Penulisan telah banyak mengubah dunia. Dari dunia purba hingga dunia teknologi. Dengan penulisan kita dapat mengetahui sejarah dan politik. Dengan penulisan kita memahami sosiologi dan budaya masyarakat terdahulu. Dari penulisan kita dapat memahami sastera, matematik, geometri, perubatan, pembinaan dan pelbagai khazanah ilmu yang tak ternilai banyaknya. Tidak kurang juga terlalu ramai sarjana islam dari kalangan para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan selepasnya banyak memberikan sumbangan kepada islam melalui penulisan dalam bidang masing-masing, baik dalam bidang hadith, sejarah, fiqh, ataupun ilmu-ilmu sains yang muncul tidak lama kemudian. Kemudian terbit penulisan para syuyukh abad terakhir ini yang menjadi bahan rujukan dalam ...

A Day in Bursa

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 17/2 Untuk 2 hari seterusnya kami akan keluar dari Istanbul menuju ke Bursa, dan Denizli keesokannya. Dari stesen  Kabataş  kami menaiki feri 2 tingkat syarikat Burulas. Jam 8.35am kami pun bertolak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di Bursa. Tibanya di sana kami berjumpa dengan Emir, rakan tour guide kami sepanjang di Bursa. Beliau sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris. Kami menaiki bas ke bandar utama dan tiba di Ulu Camii, masjid yang tertua di Bursa serta menjadi pusat aktiviti masyarakat di sini.  Sejarah Ulu Camii bermula apabila Sultan Beyezid I (1360-1409), cicit pengasas Daulah Uthmaniyyah, Osman Ghazi berhasrat untuk membina 20 buah masjid di Bursa setelah kemenangan besar 70 000 tentera terhadap tentera King Sigusmund of Hungary yang berjumlah 130 000 pada 25 September 1396 di Nikpolu. Atas nasihat ulama, dari membina 20 masjid yang memakan banyak kos dan masa, beliau bersetuju untuk membina sebuah masj...

Turki Kami Datang: The Conquest of Istanbul 2014

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم "Berjalan-jalan adalah salah satu wasilah mendapat ibrah yang muntij" 15 Februari 2014 Alunan suci al-Quran membangunkan jasad dari mati yang sementara. Aiman sedang mengulang hafalannya di meja kopi. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Masih sempat untuk solat di masjid. Saya bangun dan menunggu Ahmad yang sedang menggunakan bathroom. Solat Subuh di masjid sini agak lewat dibandingkan di Mesir dan Malaysia. Tamatnya solat dan wirid seusainya, biasanya langit sudah agak cerah. Alhamdulillah kerana kami duduk di hotel berdekatan dengan Masjid Sultanahmet. Suasana di sini juga damai dan tenang, sangat sesuai untuk keluarga dan orang-orang yang cintakan ketenangan. Ada ke yang tak?  Baiklah, kita terus untuk itinerary hari ini; Panorama,Mesjid Eyup Sultan dan Miniaturk.  Cuaca hari ini redup dan lebih sejuk berbanding biasa. Kami bertolak dari tram Sultanahmet menuju ke stesen Topkapi lebih kurang 15 minit. Public transport disini banyak ch...