14# Maassalam ya Baitullah
بسم الله الرحمن الرحيم
24 hari berkampung di Mekah,
Kini masanya untuk pergi,
Kerana setiap permulaan pasti ada akhirnya.
21 Ogos 2012 bersamaan dengan 3 Syawal 1433 Hijrah,
Akan kami tinggalkan bumi penuh barakah,
Baitul Haram,
Kenapa bait, rumah?
Dia adalah rumah Allah,
Semua maklum pasti, mana-mana rumah ibadah adalah rumahNya.
Cuma adakala kita terlupa, ini juga adalah rumah si nabi
rumah sebuah keluarga;
Keluarga Ibrahim a.s,
Siti Hajar ibunda kepada Ismail.
Setelah Ibrahim meninggalkan keluarganya,
Tanpa apapun melainkan Allah,
Hajar berlari antara Safa dan Marwah mencari air,
Demi mendiamkan si bayi Ismali yang menangis kehausan,
Lalu zam zam mengalir keluar dari tapak kaki Ismail,
Buat ribuan tahun, tak terkira jamaah yang menikmatinya,
Satu keajaiban yang susah dipercayai,hakikatnya benar berlaku.
Kisah mereka tercatat di kalamNya.
Ceritera sebuah KELUARGA dalam sebuah RUMAH.
Cerita kasih dan pengorbanan membentuk usrah sakinah.
Asas kepada masyarakat dan umat yang haybat !
Pernahkah anda menyedari?
Terima kasih buat sahabatku yang mengingatkan diri ini. Jazakallahu khair..
Dan Tawaf Wida' ditunaikan,
Pada pagi yang cerah dan tenang
Sebagai tanda selamat tinggal,
Maassalam ya Baitullah.
Ketika aku duduk memandang Kaabah
Sedang ramai bertawaf mengelilinginya
Aku mencari ruang sepi di dalam hati
Ruang untuk bermuhasabah,
Terusku rasa hiba dan takut
Sebulan hampir ku berada di sini
Apakah tercapai sudah matlamatku?
Apakah aku mendapat Umrah Mabrur?
Benarkah aku sudah merealisasikan sebuah cita menuju perubahan yang lebih baik?
"Change is not an event, it is a lifetime process"- anonymous.
Lalu ku fahami, untuk berubah itu memerlukan kekuatan dalaman. Kekuatan rohani yang luar biasa agar manusia tidak mungkin mahu memutuskan talinya dari Allah, satu-satunya lifeline yang ada.
"Ya Allah, kuatkan aku. bantulah aku. tolonglah aku. Aku maha lemah, dan Kau Maha Kuasa. Hanya padaMu tempatku bergantung.." Saat kita tahu,tiada apa yang mampu dilakukan, hanya kepada Allah-lah disandarkan segala harapan.
Selesai menghabiskan detik-detik terakhir di Masjidil Haram, kami makan di Felda dan pulang ke rumah untuk persiapan terakhir sebelum berangkat.
Oh ya, Ammar dan Aiman tidak bersama. Mereka dan akhawat akan pulang pada 30 Ogos nanti menaiki flight terus ke Lapangan Terbang Borg el- Arab, Iskandariah.
Dari rumah, kami menaiki teksi bertiga-tiga menuju ke stesen bas An-Nasir pada jam 2.00 petang. Setelah tiba kami menyusun beg dan menunggu di dalam pejabat stesen bas yang berhawa dingin. Ramai juga yang duduk di dalam pejabat itu. Ada yang menonton tv, ada yang membaca akhbar dan juga yang mengecas handset, itulah saya, mengecas blackberry buat bekalan mengharungi perjalanan yang panjang. Seolahnya aku keluar dari madrasah umrah Ramadhan di bumi Haram ini sebagai bekalan. Adakah bakal bertahan sehingga Ramadhan seterusnya atau terus gugur di pertengahan jalan? Aku percaya, mengekalkan konsistensi itu bukan mudah, namun yang lebih penting ialah tidak sekali-kali berputus asa dari rahmatNya. Allahu Rabbi. Kita akan selalu diuji, dan itulah KPI akan iman dan taqwa kita di sisi Allah.
Dalam pukul 3.15 petang kami bergerak ke ibu negara Jordan, Amman.
Sudah dijangka akan merasai detik pemergian ini, namun masa terasa terlalu pantas berlalu. Semoga kita berjumpa lagi dengan kesempatan yang lebih baik.
Ameen InshaAllah...
Buat setiap pengakhiran, sudah tentu ada permulaan yang baru. Allah ambil Haramain dari kami, Dia hadiahkan pula Urdhun. Hadiah yang berharga jika dimanfaatkan. Hadiah buat mereka yang melihatnya bukan sekadar tempat yang menarik untuk diziarahi, tetapi juga salah satu tarbiyyah yang mendidik jiwa agar memerhatikan kekuasaan Allah, akhirnya menambahkan keimanan kita kepadaNya.
Jordan, nantikan kami :)
Nantikan pengakhiran Travelog Umrahku...InshaAllah

......................

................................

Seronok nak balik lah tu. |
camerame asked them to ngee a bit. |
Menanti |
Nantikan pengakhiran Travelog Umrahku...InshaAllah
Ulasan
Catat Ulasan