5# Dua Messiah
بسم الله الرحمن الرحيم
"Ana dapat maklumat yang Ustaz Haris sekarang ini tengah mengimami tarawih di surau,mustahil untuk kita berhubung dengannya dalam masa terdekat", ujar Imran yang beberapa kali cuba menghubunginya beserta beberapa kenalan rapat Ustaz Haris.
"Kalau macam itu kena minta sesiapa ahli rumah enta bawa duit ke sini, tak sempat ana rasa kalau nak tunggu ustaz" tambahnya lagi.
"Seorang boleh ke?" tanyaku.
"Bahaya syeikh. Duit tu banyak. Kena bawa 2 orang." putus ustaz.
Jam menunjukkan 9.15 malam. Ammar telah pun meminta tolong Amirul dan Nizam untuk membawa wang tersebut dari rumah. Ke mana? Tiada siapa yang pasti. Yang pasti ialah mereka mesti sekurang-kurangnya telah mula bergerak. Dia sedar tanggungjawabnya untuk meluruskan semula besi yang bengkok.
"Ustaz, kalau minta mereka ke Nuweiba macam mana?" cadang salah seorang dari kami.
"Uish, jauh pulak" balas Luqman.
"Kalau naik teksi agak-agak berapa bayarannya?" soal Fawwaz, mengambil kira jarak yang agak luar biasa bagi sebuah teksi.
"Tak mengapa mahal, yang penting duit tu sampai",kami mengangguk setuju. Itu sahaja peluang yang ada.
Lalu keputusan akhir diambil. Nizam dan Amirul akan menaiki teksi dari Mu'af Gadid menuju ke Suez, lebih kurang 500 km dari Iskandariah. Bas yang membawa kami pula akan berhenti di sana untuk bersahur dan solat subuh.Maka di sana kami akan bertemu untuk mengambil duit tersebut dari mereka.
Permasalahan berjaya dirungkai. Kini nasib kami berenam terletak di tangan mereka berdua. Segala harapan disandarkan kepada Allah al -Malik.
Semua kembali menjalankan tugas masing-masing yang tertangguh. Aku yang tidak selesa badan akhirnya dapat mandi dengan sedikit kelegaan. Ustaz berkali-kali mengingatkan Ammar agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ammar cuma tersenyum kelu.
Pengajarannya? walaupun sudah buat checklist, check semula list itu. Itulah hikmah ia diberi nama check-list,senarai semak. Senarai- untuk disemak.
Aku dan Aiman pergi ke Sarafah (money exchange) untuk menukar matawang genih ke riyal Arab Saudi. Manakala Fawwaz dan Luqman pula mencari bank untuk mengeluarkan duit sebelum menukarnya di Sarafah .
Akhirnya pada jam 12 tengah malam, bas tiba. Kami semua mengangkut bagasi dan barangan tambahan lain untuk kegunaan sepanjang perjalanan. Ketika itu barulah muncul kumpulan jemaah-jemaah lain yang akan bersama mengikuti ustaz Faizal. Kesemuanya seramai 30 orang. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar al-Azhar dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Perubatan.
Setelah semua barangan telah diangkut, ustaz memberi sedikit taklimat berkenaan perjalanan kami pada malam itu. Kami dijangka akan tiba di Pelabuhan Nuweiba pada pukul 8 keesokan harinya.
Di dalam bas,aku duduk di sebelah Aiman yang banyak bercerita pengalaman dan prinsip hidupnya. Dia tidak banyak bercakap, namun bila diberi peluang, jangan pernah berhenti! Aku terhibur melayan kerenahnya, sambil sama-sama meningkah dan berkongsi pendapat sendiri. Sepanjang perjalanan aku lebih banyak tidur kerana sirna pemandangan yang ingin dinikmati malam itu. Orang lain juga mungkin begitu. Semua nyenyak menjamah mimpi masing-masing.
Beberapa jam selepas itu,aku terbangun, mamai seketika sebelum sedar kami telah pun tiba di perhentian Suez. Terus aku teringatkan Nizam dan Amirul. Kebanyakan penumpang bas baru sahaja turun. Aku turun dari bas meninjau persekitaran. Pandangan ku tertumpu kepada meja-meja yang dihuni rakan-rakan. Dalam kelompok mereka aku ternampak dua wajah penyelamat kami. Lega sangat Alhamdulillah.
Thank you Allah :)
Kami meneruskan perjalanan ke Nuweiba' dan tiba tepat jam 8 pagi. Kami telah diingatkan awal bahawa birokrasi Mesir biasanya menyusahkan dan boleh menyebabkan kami menunggu sehingga beberapa jam. Saat tiba di kaunter pemeriksaan pasport, MasyaAllah. Sungguh tidak enak melihat pemandangan ini. Marah ada, kasihan pun ada..

turun bas.duduk.snap! |
heh jangan lari nak ambil gambar hero-hero kite nih :D |
Kami meneruskan perjalanan ke Nuweiba' dan tiba tepat jam 8 pagi. Kami telah diingatkan awal bahawa birokrasi Mesir biasanya menyusahkan dan boleh menyebabkan kami menunggu sehingga beberapa jam. Saat tiba di kaunter pemeriksaan pasport, MasyaAllah. Sungguh tidak enak melihat pemandangan ini. Marah ada, kasihan pun ada..
turun dari bas menghirup udara pagi |
Apa yang terjadi?Nantikan episod seterusnya ya!
Ulasan
Catat Ulasan