8# Denyut Kasih Madinah
بسم الله الرحمن الرحيم
Aku masih mengingati Subuh pertamaku di Madinah. Malam sebelumnya kami check in hotel pada jam 12 tengah malam, 26 Julai 2012. Walaupun di malam hari, cuaca agak berbahang. Mungkin sebab itu kita memanggilnya 'malam-hari'.
Kami kemudian bersiap-siap dan keluar makan di satu kawasan yang menempatkan banyak kiosk-kiosk makanan serta minuman.
Tanggapan pertama?Makanannya agak mahal dan sedikit. Roti canai beserta kari ayam berharga 12 riyal. Dalam nilaian matawang Malaysia lebih kurang RM 10. Tidak mengapalah, asalkan dapat mengisi perut dan rasanya boleh tahan. ^,^ \/
Kami telah dimaklumkan lebih awal tentang kos barangan hotel dan makanan Madinah yang lebih tinggi berbanding di Mekah. Seusai makan Fawwaz, Ammar, Aiman dan aku menuju ke baqalah (kedai runcit) untuk membeli jus bagi menyegarkan tekak yang kering dan panas.
Sementara menunggu Ammar dan Aiman keluar dari baqalah, Fawwaz mengajakku duduk di atas bangku lalu memulakan bicara,
"Adib, apa yang kau nak dapatkan dengan umrah ini?"
Aku diam. Soalan yang baik perlu dijawab dengan baik.
" Apa yang kau nak Fawwaz?" aku kembali bertanya.
"Bukan senang nak dapat peluang berumrah dalam bulan Ramadhan.."
"Mm mm"
"Aku kalau boleh nak keluar dari madrasah Ramadhan dekat Madinah dan Mekah ini dengan perubahan ke arah yang lebih baik", jawabnya. Aku mengangguk setuju. Aku juga ingin berubah, dan Allah telah memberikan aku peluang ini, peluang yang jarang-jarang didapati semua orang. Aku harap Fawwaz lupa nak tanya semula soalan tadi. Mengelat. Heh.
Kami terus bergerak ke Masjid An-Nabawi sudahpun kelihatan di depan mata dari tempat kami makan. Teruja dan terasa debaran 'bertemu' dengan Rasulullah. Bercampur baur antara gembira dan malu. Hanya Allah lebih mengetahui perasaanku ketika itu.
Sementara menanti waktu Subuh, kami mengambil peluang untuk menziarahi makam Baginda saw, Abu Bakr as-Siddiq ra dan Umar al-Khattab ra. Kami sempat berpeluang duduk di saf berdekatan dengan Raudhah. Fawwaz mengisi masa dengan solat manakala aku membaca Quran dan mentadabbur maknanya. Azan berkumandang dan solat pun ditunaikan secara berjamaah. Hatiku tersentuh. Sehabisnya solat, kami cuba masuk ke kawasan Raudhah namun hanya berkesempatan untuk berdoa di atas karpet hijau,namun masih di luar Raudhah.
Kemudian, semasa menuju ke belakang masjid, kelihatan ada sekumpulan jemaah manusia berkumpul mendengar tazkirah dari seorang syeikh yang agak berusia. Dia sedang duduk di atas kerusi sambil menuturkan bait-bait yang indah dalam bahasa Arab fushah. Aku dan Fawwaz duduk sebentar. Para jemaah begitu fokus mendengar butir-butir mutiara dari syeikh yang tidakku kenali itu,namun dia pasti seorang yang hebat dan alim. Takungan rindu di ventricle hatiku kian memenuhi ruang.
Tidak lama kemudian, kami beredar.
Hatiku tidak tertahan menghayati suara hati sejak kali pertama menjejak langkah ke dalam masjid ini.
Tika solat tadi, aku membayangkan Rasulullah saw mengimamkan solat kami. Mendengar alunan suara Baginda membacakan kalam Allah yang indah.
Tatkala mendengar syeikh itu memberi peringatan, aku membayangkan kelibat tubuh dan wajah Baginda yang mulia duduk di atas kerusi tersebut, dan jemaah yang mengelilingi Baginda adalah para sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali r.anhum. Seolah-olah Rasulullah saw sedang memberikan ajaran dan untaian kata semangat serta kata nasihat kepada kami secara live unplugged..
Subhanallah. Hatiku sudah basah dengan kerinduan. Sambil berjalan, terasa ingin berkongsi dengan sahabatku, Fawwaz. Meluahkan perasaan yang terbuku di hati adakala sukar, namun aku tetap ingin berkongsi rasa ini,
"Fawwaz,bayangkan...bila Rasulullah (saw)...jadi imam solat tadi..."
Air mata yang bergenang sudah tidak mampu ditakung lagi. Ia mengalir deras dari tear glandku. Aku menangis, tidak mampu mengakhiri kata-kata. Fawwaz diam,cuba memahami apa yang ku sampaikan.
"Bayangkan...nabi...dengan kita...tadi..."terasa amat sukar meluahkan apa yang telah hatiku bicarakan sebentar tadi dalam keadaan menangis. Aku terus menangis.
"Hari akhirat nanti, Rasulullah akan bersama dengan siapa yang cintakannya"
Suasana pagi itu terlalu syahdu buatku.
" Adib, tadi kau doa tak untuk bersama dengan nabi?"
"Belum" balasku pendek.
"Aku segan... ingin bersama dengan nabi...macam ini.." sambungku tersekat-sekat.
Manakan tidak? Kekasih Allah yang mulia, bersama insan biasa yang berlumur dosa,apakah secocok?
Berapa banyak perintah nabi yang telah kita khianati sahabat-sahabat?
Ya,banyak.
Kerapkali pesan baginda kita lewakan.
Ya Nabi,aku malu denganmu. Dengan diriku. Namun hakikatnya,siapa yang tidak mahu bersama Baginda?
Siapa yang tidak inginkan syafaat Baginda di akhirat kelak?
Ku perbanyakkan salawat buat junjungan. Bagiku, pagi itu adalah pagi aku meluahkan rasa cinta dan rindu kepada insan yang paling mulia di sisiNya. Insan bernama Muhammad bin Abdullah.
just taking picture.not our hotel though. |
waiting outside the bus |
thanks to the drivers,we arrived safely |
style lah bro! :D |

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya!”
(al-Ahzab: 56)
Jom ziarah! Emm,Uhud ?MashaAllah best kot! Nantikan episod seterusnya :)
Ulasan
Catat Ulasan