3# Fantasi menjadi Realiti
بسم الله الرحمن الرحيم
23/7/2012.Isnin: 2030
Setibanya di Rumah Johor dengan menaiki 'you-know-what' dari 'you-know-where', kami ditempatkan di satu bilik di tingkat tiga untuk berehat, bersiap diri dan solat. Biliknya bersih dan selesa. Kata ustaz, bilik ini adalah bakal rumah barunya.
"Kenapa dengan rumah lama di Hayyu Ashir?"teringat aku akan rumah lama ustaz yang pernah dikunjungi tidak lama dahulu.
"Tuan rumah sini banyak masalah syeikh..."
Kata ustaz, di Kaherah kebanyakan tuan rumahnya garang dan tamak, menyamai cuaca Kaherah yang panas, berdebu dan sesak. Tidak seperti Iskandariah yang berangin dan suam-suam Mediterranean, orangnya juga lebih peramah dan pemurah. Saya mula memikirkan teori cuaca memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat yang tinggal di situ. Mungkin benar, mungkin salah.
Rumah Johor tidaklah sebesar dan semewah Rumah Selangor yang terletak di Hayyu Ashir. Namun, yang lebih penting adalah kebersihan dan keselesaan itu sendiri, seseuatu yang dipandang enteng sebahagian ramai orang Mesir. Majoriti rakyat Mesir tidak tahu apa erti kebersihan, kerana bagi mereka sampah adalah rezeki buat tukang sapu sampah. Kalau sampah tiada, mana mereka nak mencari rezeki ?
Pemandangan sampah di tepi jalan dan laluan tram adalah perkara biasa. Tetapi apa yang kami lihat kawasan persekitaran Rumah Johor pada malam itu agak tersusun dan bersih, dibantu dengan kegelapan malam yang membatasi pandangan kami untuk melihat apa-apa.
Menurut Ustaz Faizal, kami akan mengambil bas dari sini menuju Pelabuhan Nuweiba pada pukul 12 tengah malam. Pelabuhan Nuweiba terletak kira-kira 500 km dari sini.Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 6 jam,tambah ustaz bergantung kepada kelancaran pergerakan bas.
Di dalam bilik, Aiman ke tandas untuk mandi. Loq dan Fawwaz segera mencari plug untuk mengecas Sony Ericcson dan Android masing-masing. Yang lain-lain semuanya memilih untuk mencari tempat duduk bersandar atau baring terlentang. Kami turut berkenalan dengan Imran dan Nasir, mahasiswa tahun dua Perubatan di Universiti al-Azhar. Mereka akan turut bersama kami dalam kembara ini.
Ustaz kami, Ustaz Faizal adalah seorang yang kuat berborak. Namun kami tidak pernah menghalang, atau tidak berpeluang kerana dalam bicaranya banyak juga ilmu,khusus dalam bidang sejarah dan politik. Bagi seorang yang telah duduk di Mesir selama 8 tahun,bermasyarakat dengan orang Mesir,Malaysia dan Indonesia, kini sedang menyiapkan tesis Master Syariah dan fasih berbahasa Arab,itu sesuatu pencapaian yang haybat. Tapi siapa sangka, gelaran ustaz tidak meyekatnya untuk suka berjenaka, sampai satu tahap aku lebih-lebih tertawa mendengar gelaknya,bukan lagi jenakanya. Sekali lagi malam itu ustaz membawa cerita pengalaman dan ilmunya untuk dikongsi bersama.
Dalam suasana mesra dan tenang sepanjang malam itu,segala-galanya berubah dengan satu pertanyaan ustaz.
Persoalan itu membuat Ammar berubah air wajahnya yang tadi ceria melayan gelagat ustaz. Dia teringat akan sesuatu lalu memandang aku. Aku turut mengingati perkara yang sama. Aku dan Ammar saling membalas pandangan.Semua di dalam bilik memandang kami berdua bersilih ganti: Loq, Aiman, Fawwaz, Syed, Imran, Nasir dan Ustaz Faizal sendiri.
Soalan itu tidak dijawab Ammar. Andai dijawab 'ya' pasti tiada masalah. Namun Ammar diam. Aku pun tahu mengapa dia diam, kerana dia tidak boleh berkata 'ya'.
Fantasi kembali realiti. Bayangan Mekah dan Madinah yang terapung-apung di minda mula kabur. Ujian berat datang lagi. Aku merunduk beristighfar.
Ustaz kembali mengulang persoalan yang sama sambil mengalihkan pandangan bersilih ganti antara kami. Kerisauan merebak bak epidemik. Satu pertanyaan yang mudah dijawab pada bahasa hakikatnya terlalu sukar buat Ammar,dan aku. Satu pertanyaan kecil pada awalnya kini menjadi kebimbangan semua.
Suasana menjadi saspens dan tegang.
Ingin tahu apa yang bakal terjadi seterusnya?Nantikan sambungannya.
episod 2# Metropolis Kaherah
episod 1# Kembara Bermula
credits |
Setibanya di Rumah Johor dengan menaiki 'you-know-what' dari 'you-know-where', kami ditempatkan di satu bilik di tingkat tiga untuk berehat, bersiap diri dan solat. Biliknya bersih dan selesa. Kata ustaz, bilik ini adalah bakal rumah barunya.
"Kenapa dengan rumah lama di Hayyu Ashir?"teringat aku akan rumah lama ustaz yang pernah dikunjungi tidak lama dahulu.
"Tuan rumah sini banyak masalah syeikh..."
Kata ustaz, di Kaherah kebanyakan tuan rumahnya garang dan tamak, menyamai cuaca Kaherah yang panas, berdebu dan sesak. Tidak seperti Iskandariah yang berangin dan suam-suam Mediterranean, orangnya juga lebih peramah dan pemurah. Saya mula memikirkan teori cuaca memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat yang tinggal di situ. Mungkin benar, mungkin salah.
Rumah Johor tidaklah sebesar dan semewah Rumah Selangor yang terletak di Hayyu Ashir. Namun, yang lebih penting adalah kebersihan dan keselesaan itu sendiri, seseuatu yang dipandang enteng sebahagian ramai orang Mesir. Majoriti rakyat Mesir tidak tahu apa erti kebersihan, kerana bagi mereka sampah adalah rezeki buat tukang sapu sampah. Kalau sampah tiada, mana mereka nak mencari rezeki ?
Tahukah anda? Dr.Mursi, Presiden Republik Mesir telah melancarkan program Pembersihan 100 hari Mesir. Walaupun tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan, namun jelas penekanan penting Mursi untuk memberikan kesedaran sivik kepada rakyat Mesir.
Pemandangan sampah di tepi jalan dan laluan tram adalah perkara biasa. Tetapi apa yang kami lihat kawasan persekitaran Rumah Johor pada malam itu agak tersusun dan bersih, dibantu dengan kegelapan malam yang membatasi pandangan kami untuk melihat apa-apa.
Egypt map |
Di dalam bilik, Aiman ke tandas untuk mandi. Loq dan Fawwaz segera mencari plug untuk mengecas Sony Ericcson dan Android masing-masing. Yang lain-lain semuanya memilih untuk mencari tempat duduk bersandar atau baring terlentang. Kami turut berkenalan dengan Imran dan Nasir, mahasiswa tahun dua Perubatan di Universiti al-Azhar. Mereka akan turut bersama kami dalam kembara ini.
Ustaz kami, Ustaz Faizal adalah seorang yang kuat berborak. Namun kami tidak pernah menghalang, atau tidak berpeluang kerana dalam bicaranya banyak juga ilmu,khusus dalam bidang sejarah dan politik. Bagi seorang yang telah duduk di Mesir selama 8 tahun,bermasyarakat dengan orang Mesir,Malaysia dan Indonesia, kini sedang menyiapkan tesis Master Syariah dan fasih berbahasa Arab,itu sesuatu pencapaian yang haybat. Tapi siapa sangka, gelaran ustaz tidak meyekatnya untuk suka berjenaka, sampai satu tahap aku lebih-lebih tertawa mendengar gelaknya,bukan lagi jenakanya. Sekali lagi malam itu ustaz membawa cerita pengalaman dan ilmunya untuk dikongsi bersama.
Dalam suasana mesra dan tenang sepanjang malam itu,segala-galanya berubah dengan satu pertanyaan ustaz.
Persoalan itu membuat Ammar berubah air wajahnya yang tadi ceria melayan gelagat ustaz. Dia teringat akan sesuatu lalu memandang aku. Aku turut mengingati perkara yang sama. Aku dan Ammar saling membalas pandangan.Semua di dalam bilik memandang kami berdua bersilih ganti: Loq, Aiman, Fawwaz, Syed, Imran, Nasir dan Ustaz Faizal sendiri.
Soalan itu tidak dijawab Ammar. Andai dijawab 'ya' pasti tiada masalah. Namun Ammar diam. Aku pun tahu mengapa dia diam, kerana dia tidak boleh berkata 'ya'.
Fantasi kembali realiti. Bayangan Mekah dan Madinah yang terapung-apung di minda mula kabur. Ujian berat datang lagi. Aku merunduk beristighfar.
Ustaz kembali mengulang persoalan yang sama sambil mengalihkan pandangan bersilih ganti antara kami. Kerisauan merebak bak epidemik. Satu pertanyaan yang mudah dijawab pada bahasa hakikatnya terlalu sukar buat Ammar,dan aku. Satu pertanyaan kecil pada awalnya kini menjadi kebimbangan semua.
Suasana menjadi saspens dan tegang.
Ingin tahu apa yang bakal terjadi seterusnya?Nantikan sambungannya.
episod 2# Metropolis Kaherah
episod 1# Kembara Bermula
Ulasan
Catat Ulasan