4# Umrah di Kaherah?

بسم الله الرحمن الرحيم

"Ammar? Duit umrah ada pada enta kan?"

Ammar terdiam. Air mukanya sedikit berubah kerana teringatkan sesuatu. Aku faham dengan ekspresi begitu. Aku dan Ammar saling berpandangan, seolah ada titik pertemuan yang menghubungkan arah pemikiran kami berdua. Semua yang berada di dalam bilik memandang Ammar.

"Ammar? Duit ada kat enta kan?" tanya ustaz,pada mulanya beranggapan kami bergurau.

Keadaan menjadi saspens dan serius.

"Ya Allah..." jawab Ammar perlahan.

"Enta jangan main-main, itu duit kita untuk umrah."ujar ustaz menyatakan kerisauan.

"Ana tertinggal duit itu kat rumah", aku dan Ammar sama-sama membayangkan bekas coklat Nu Crema berwarna hijau yang diisi dengan sampul berisi wang bernilai lebih kurang 5100.00 Dolar USD. Begitu jelas memoriku mengimbas kembali saat Ammar memasukkan sampul tersebut dua hari lepas. Entah bagaimana, kami boleh terlupa akan item paling penting dalam senarai. Duit itu adalah duit kami ikhwah berenam untuk umrah ini. Tanpanya, maassalam ya Umrah !

"Ya Allah enta, itu duit untuk tiket, hotel, semua untuk umrah nanti tahu tak?" soal ustaz.

Kami tahu soalan itu bukan untuk dijawab. Aku merenung diri, kembali memperbetulkan niat.

Astaghfirullah. Ampunkan hambaMu yang sering terleka ini.

"Ya Rabb, bantulah kami"

 Dari fantasi kini kami di alam realiti. Belum lagi menjejak di bumi Haramain kami sudah diuji. Dan ujian itu adalah akibat keculasan kami sendiri.

   Jam menunjukkan waktu 8.45 malam. Semua sedang memikirkan cara untuk menyelesaikan krisis terbesar yang melanda. Andai tidak diselesaikan, maka kami akan berumrah di Kaherah. Itu bukan satu pilihan, bergantung kepada usaha kami. Masing-masing cuba menyumbangkan cara penyelesaian, dan bolehku ringkaskan kepada dua cadangan utama.

Cadangan pertama ialah membawa wang tersebut daripada Iskandariah pada malam itu juga. Walau bagaimanapun, tempoh perjalanan akan mengambil sekurang-kurangnya 3 jam dengan tramco ataupun teksi yang ada. Manakala bas kami ke Nuweiba' mungkin sudah bertolak saat mereka sampai ke Ramsis, stesen kereta api utama di Kaherah. Perjalanan ke Nuweiba' tidak boleh ditangguhkan. The ship can't wait.

Cadangan kedua ialah meminjam wang secara langsung daripada Pertubuhan IKRAM Mesir, memandangkan Imran menjawat jawatan penting dalam organisasi dan boleh berurusan terus dengan Ustaz Haris Bain, penaung IKRAM Mesir yang menetap di Kaherah. Ustaz Haris cuba dihubungi namun tidak berjaya. Andaipun berjaya, belum tentu wang itu dapat dipinjamkan. Namun atas dasar bahawa duit itu akan dipulangkan keesokannya, yang bermaksud 'win-win' situation: kami mendapat wang tersebut, wang yang dipinjam terus akan dipulangkan keesokannya kepada pertubuhan. Usaha masih diteruskan.

Aku dan Ammar menghubungi Nizam dan Amirul yang berada di rumah. Kami menerangkan situasi sebenar dan menyatakan bahawa mereka mempunyai peranan yang sangat besar yang bakal menentukan masa depan kami berenam; Aiman, Loq, Fawwaz, Ammar, Syed dan aku.

Dalam kepayahan yang dirasakan semua, jangan lupa dengan peringatan Allah dalam kalamNya yang mulia,

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.(al-Baqarah: 286)

   Dalam setiap kesulitan, sentiasa ada jalan keluar. Dan adakalanya jalan keluar itu sedikit luar biasa dan out of the box. Anda tahu bagaimana jalan penyelesaiannya?


Nantikan sedutan seterusnya! :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health