Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Faham Islam

Membetulkan ekstrem sebahagian kita terhadap para sahabat Rasulullah saw

Salah faham kita dalam membaca sirah para sahabat radiallahuanhum adalah konotasi  ekstrem bahawa mereka superhuman sehingga mustahil untuk kita jadikan sebagai role model. Hasrat awal  untuk menurut jejak langkah mereka akhirnya berubah menjadi sebuah inferiority complex.  Hilangnya keterujaan dalam membaca kisah mereka. Rasanya jauhnya kita, akhirnya biarlah mereka jauh, usah dikejar.  Letih. Penat.  Mana mungkin kita akan jadi seperti Umar yang menginfakkan separuh hartanya dijalan Allah, lalu diatasi Abu Bakr yang menginfakkan seluruh hartanya- hanya Allah dan Rasul buat anak dan isteri? Nak keluar duit dalam poket pun memilih-milih duit kecil untuk disedekahkan. Siapa yang tak rasa down? Kedudukan mereka disisi Allah dan Rasul SAW Allah telah mengiktiraf kemuliaan para sahabat di dalam al-Quran,  وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ...

Erti kemerdekaan yang sebenar

بسم الله الرحمن الرحيم Berikut adalah kata-kata Rubi'e bin Amir kepada Rustam, panglima tentera Parsi. "Allah mendatangkan kami bagi mengeluarkan hamba-hamba (manusia-manusia) dari menjadi hamba kepada hamba (manusia) supaya menjadi hamba kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. Dari kesempitan dunia kepada dunia yang lebih luas. Dari kezaliman beragama kepada keadilan Islam. Maka kami diutus dengan agama Allah kepada mahluk Nya untuk menyeru mereka kepada Allah. Maka barangsiapa yang menerima, kami menerima mereka dan tinggalkan mereka di tanahair mereka dan sesiapa yang enggan kami perangi sehinggalah kamu menyahut seruan Allah yang dijanjikan." Tanpa ragu-ragu, ini-lah kemerdekaan yang sejati!

Keindahan pada mudhaf dan mudhafun ilaih

Sesiapa sahaja yang mempelajari tatabahasa bahasa Arab dengan betul akan mengenal Allah, sudah pasti dengan izinNya. Didalam pembelajaran penggunaan kata nama (noun) bahasa Arab ada satu terma yang dinamakan Al-Idhafah. Terdapat 5 subtopik dalam al-Idhafah, salah satunya ialah mudhaf dan mudhafun ilaih.  Kita tidak akan pergi kepada hal-hal teknikal, akan tetapi ingat ini: syarat penting dalam mudhaf dan mudhafun ilaih ini ialah tiada apapun yang boleh berada diantara mudhaf dan mudhafun ilaih.  Bagaimana dikatakan mempelajarinya dapat mengenal Allah? Ustaz Nu'man Ali Khan memberikan satu contoh daripada al-Quran, عباد الرحمن عباد bermaksud hamba-hamba, manakala الرحمن Tuhan yang sangat menjaga dan sangat menyayangi. Dalam ayat ini, عباد ialah mudhaf, dan الرحمن adalah mudhafun ilaih kerana memenuhi syarat-syarat tertentu. Perlu diingat bahawa bukanlah semua ayat dalam bahasa Arab mudhaf dan mudhafun ilaih, hanya sebahagian sahaja.  Memahami maksud ayat...

avoiding two extremes

بسم الله الرحمن الرحيم "The more one understands of the Quran and applies in one's life, the closer one comes to Allah. I hope that Muslims will steer the middle course between two unpleasant extremes. The first is to throw up one's hands, claiming that islamic knowledge is not a business of a layperson, and that it should be left to specialists in the field. This attitude has left the Muslim masses in deep ignorance of their religion. Whoever is not busy learning about Islam is likely to be busy in a wide variety of activities that will be a burden for himself in the Day of Judgment. This attitude also leads to a result that was severely critisized in Surah at-Tawbah. The Jews and Christians took their priests and rabbis as lords in place of God, by blindly following them when they prohibited what God had mad lawful for them and made lawful that which God had prohibited. The second extreme is to consider oneself learned after having read a couple of books on Islam....

Tadabbur: Pemisah antara mukmin dan munafiq

Berikut adalah merupakan ringkasan tadabbur surah al-Hadid ayat 12-16 dari khutbah Ust Nouman Ali Khan. Semoga bermanfaat. A. Di dalam al-Quran, disebutkan secara jelas pemisahan antara orang beriman dan orang munafiq di hari akhirat . Bahkan pada zaman Rasulullah saw, para sahabat tidak tahu siapa golongan munafiq. Jika di dunia ini tidak nampak perbezaan antara kedua-dua golongan ini, diakhirat kelak Allah akan membuat pemisahan yang jelas antara orang mukmin, dan orang yang menyangka mereka mukmin. Secara literal, akan ada dinding pemisah! B. Duduk, hidup bersama orang beriman di dunia, tidak menjamin keber'iman'an kita di akhirat . Kita di dunia sekarang boleh berkata 'aku bersama mereka', ' aku bersama kelompok ini', tetapi akhirnya di akhirat nanti kita akan dinilai secara individu.  C. Pada hari akhirat yang bernilai hanyalah iman (pada hari akhirat ia akan menjadi nur, cahaya yang akan membawa manusia ke syurga). Hubungan kekeluargaan, sauda...

10 perkara yang menyelamatkan kita dari azab neraka

Antara sebab kewujudan kita di atas muka dunia ini adalah untuk menyelamatkan diri kita dari azab neraka Jahannam. Allah merakamkan di dalam al-Quran,  ۖ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ  "Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya." (4:185) Kejayaan sebenar adalah selamat dari seksa neraka, dan mendapat ganjaran terbesar, iaitu memasuki syurga. Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullahu taala telah menyenaraikan 10 perkara atau cara supaya terhindarnya kita dari azab yang maha pedih; azab jahannam.  1. Taubat Taubat bermaksud kembali kepada Allah. Ia adalah merupakan tindakan hati. Taubat adalah sebuah psychological state;  perasaan ingin kembali kepada Pencipta, Rabb. Rasulullah saw pernah mengatakan, "الندم التوبة" yang bermaksud, "rasa bersalah itu taubat". Oleh kerana dosa menjauhkan kita dari Allah, meletakkan pembatas antara kita dan ...

Bertuhan tanpa rasa bertuhan

بسم الله الرحمن الرحيم Dia sedang membiasakan diri solat berjemaah di masjid. Adakalanya di saf hadapan, selalunya di saf kedua atau ketiga. Kebiasaannya dia akan menunaikan solat sunat sejurus solat fardhu. ****** Dia membaca al-Quran setiap hari. Dia menetapkan untuk membaca sekurang-kurangnya 5 muka setiap hari. Kadangkalanya terkurang dari 5 muka, dan jarang tidak membaca langsung al-Quran dalam sehari. Biasanya akan ambil satu atau dua ayat untuk ditadabbur. ****** Allah memberi kesempatan kepadanya untuk bangun awal pagi itu, maka dia pun segera berwudhu'. Sunat tahajjud dilakukan, diikuti sunat taubat dan witir. "Alhamdulillah, bukan setiap hari dapat peluang sebegini." ****** Kemanisan taat pada awalnya, perlahan-lahan berubah menjadi kebiasaan. Ibadah, rasanya tawar. Tak pasti sebabnya. Mengapa ibadah yang dilazimi ini, tidak lagi membahagiakan, tapi, menjadi rutin yang membosankan...? يا ايها الانسان ما غرك بربك الكريم Wahai manusi...

Tadabbur: al-Maidah ayat 105

لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡ‌ۚ "Tidaklah memudaratkanmu orang yang sesat bila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105) Imam Ibn Taimiyyah memberi beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat ini, antaranya: 1. Jangan takut kepada orang-orang kafir dan munafik kerana mereka tidak dapat memudaratkan orang beriman yang mendapat hidayah Allah. 2. Jangan berdukacita dan gelisah terhadap terhadap kuffar dan munafiq kerana maksiat dan kejahatan mereka tidak memudaratkan orang beriman apabila dia telah berada di atas hidayah Allah. Sedih terhadap sesuatu yang tidak membahayakan adalah sia-sia. (16:127) 3. Janganlah cenderung kepada mereka. Jangan tertarik kepada kekayaan, kekuasaan dan keseronokan yang ada pada mereka sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hijr: 127 4. Apabila membenci, mencela, melarang, memulaukan atau menghukum pelaku maksiat, janganlah melampaui batas lebih dari yang dibenarkan. ...

Cinta itu priceless,bukan price-less.

Imej
بسم الله الرحمن الرحي Cinta itu priceless,bukan  price-less Memang,ana rasa sesiapa yang baca tajuk post ni, pasti dengan mudah akan faham, 'cinta itu tidak ternilai' wah,terbayang-bayang detik romantis bersama kekasih hati.. berjalan-jalan di taman langit ketujuh disulami kehangatan cinta.. terapung-apung di angkasa diterangi bulan purnama..tak pun dalam versi lain,berlari-lari (slow motion) di atas pelangi..waahh~~ -________-'' CUT!! (status:Astaghfirullah.sampai kiamat pun masyarakat islam tak ke mana kalau filem-filemnya berhantu,bergaduh,be'racing',berzina dan berlawak jenaka.di mana Allah?) malangnya,imaginasi cinta ini belum cukup priceless, jauh sekali ingin mencapai nilai tersebut. ---------------------------------- Tapi,bila cinta dikaitkan dengan term 'cliche', insan Rabbani ,pasti ramai yang 'eh?ada pulak kaitan?' 'ni bukan misi dan visi sekolah ke?' 'macam faham,tapi blur-blur sikit...

Dakwah Silang Jantina?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Pengenalan usaha DAKWAH itu tiada masalah,malah amat dituntut bagi setiap manusia bergelar muslim.Tapi,bagaimana pula dakwah kepada mereka yang bukan mahram kita? Kisahnya macam ni.. Ana pernah 'didatangi' seorang sahabat lama di facebook(yup facebook:connecting people).Kami berchatting bermacam perkara;cerita-cerita lama,diselangi smiley sana sini,borak tentang pengalaman di negara orang dan sebagainya. Dan dari luar menjadi semakin dalam,yang tersirat semakin tersurat.Memang benar,bertaaruf adalah langkah pertama ukhwah dibina.Sahabat ana ini pun turut menceritakan pengalamannya belajar di luar negara,dan cabaran-cabaran luaran dan dalaman yang dihadapi,terutamanya pergaulan dengan perempuan,sehingga dia menaip,"Cuak gila aku!!"nak dikatakan ketakutan,lebih tepat,kerisauan menghadapi kesan buruk jika terus terdedah dengan biah tersebut sepanjang tempoh menuntut di luar negara begitu terkesan pada dirinya.Maka terdetik pula di hati ana un...