بسم الله الرحمن الرحيم
Mesir mempunyai sejarah yang teramatlah panjang. Namun ceritaku kali ini bukanlah ingin menghurai sejarah Mesir yang gemilang, tetapi lebih kepada orang Mesir. Mereka bangga, dan adakalanya angkuh dengan kehebatan mereka, atau lebih tepat, masa lalu mereka.
"مصري احسن الناس"
"أم الدنيا ديا"
"Mesir manusia terbaik!"
"Egypt, Mother of the world "
Buat anda yang pernah atau sedang belajar di Mesir, pasti pernah mendengar ungkapan-ungkapan di atas.
Jika dahulu? ya saya setuju, merujuk pada zaman Rasulullah, Khulafa, Khilafah Uthmaniyah dan awal abad ke-20.
|
Fouad Street.credits to flickr |
|
Seaside of Alexandria on early 1900s.credits to flickr |
|
King Streets.credits to flickr |
|
Saad Zaghloul Street,Iskandariah.credits to flickr |
Namun, apakan daya,
Sejak sistem beraja Mesir dijatuhkan dan digantikan oleh sistem republik pada dekad 60-an oleh tentera, Mesir tidak lagi mencontohi era kegemilangan tamadun mereka. Jamal Abdul Nasir, Anwar Sadat dan Husni Mobarak beserta kumpulan mereka telah membawa rakyat Mesir ke arah kemunduran, kemiskinan dan kebodohan selama lebih 60 tahun.
Persoalannya, kenapa anda disumbat segala maklumat ini?
Kerana saya sendiri selama sebulan telah menyaksikan bagaimana tabiat dan perangai sebahagian masyarakat Mesir di Madinah dan Mekah yang telah di 'tarbiah' oleh zaman tentera. Mengapa? Teruskan membaca.
Pertama:
Masih ingatkah anda pada sedutan lepas semasa kami mula-mula tiba pemeriksaan pasport di Pelabuhan Nuweiba'? Di sini kami melihat orang-orang Mesir yang tidak mahu beratur di kaunter. Semua berebut ingin mendapatkan pengesahan. Yang tua, muda, lelaki mahupun perempuan sama sahaja. Setiap beberapa ketika, pasti ada yang bergaduh, kemudian dileraikan. Selepas itu orang lain pula bergaduh. Perkara yang sama berulang. Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk melepasi imigresen.
Kalaulah semua beratur elok-elok, 30 minit paling lama kullu kholas !
|
beratur ya adik adik |
|
berebut rebut mendapatkan cop imigresen |
|
"Zai keda zai keda??"-ustaz mengomen |
Kedua:
Semasa kami menaiki kapal, kami sekali lagi teruja,membeliakkan melihat keadaan manusia di dalamnya. Kami tertanya-tanya,
''ini kapal pelayaran atau kapal pelarian?" hati kecilku berbisik. Pantas diiringi istighfar bagi menjernihkan hati. Astaghfirullah al azim.
Aneh melihat kerusi-kerusi yang banyak kosong, tetapi bekat di atas lantai-lantai. Ada yang duduk, ada juga yang berbaring. Malahan di waktu berbuka, mereka membentangkan kain, memenuhi atasnya dengan makanan seperti ayam masywi, timun, tomato, bawang, ful, roti dan sebagainya. Tidak asing juga melihat manusia-manusia bergelimpangan tidur di atas lantai kayu berbantalkan jaket keselamatan. Jangan terkejut andai tandas lelaki dipenuhi makcik makcik tua yang mengeluh ''aku dah tak tahan dah ni'' dalam bahasa Arab ammiah.
Allah ingin tunjuk, kalau malas belajar, jadilah macam mereka !
|
With the princess. hehe |
|
merentasi laut Merah. Subhanallah. |
|
"Whoa kuatnya angin~!" |
|
Well. I see some people, though. |
|
Tiba di kaunter Imigresen di Aqaba,Jordan |
Ketiga:
2200 25/7
Tiba di Pelabuhan Aqabah, Jordan.
Perjalanan kami diteruskan ke Amman untuk pemeriksaan imigresen sebelum meneruskan kembara melepasi sempadan Jordan-Arab Saudi untuk ke Madinah. Kami solat jamak Zuhur dan Asar di Tabuk, kemudian tiba di perhentian di Khaibar untuk berbuka. Kami dikhabarkan bahawa setiap hari akan ada segolongan anak semang berbangsa Bangladesh akan menghidangkan nasi mandi untuk berbuka buat para jemaah umrah yang singgah. Kami adalah yang terawal sampai. Kami pun duduk mengambil tempat. Kemudian datanglah jemaah-jemaah dari Algeria, Nigeria, Yaman, dan semestinya Mesir serta lain-lain. Kemudian makanan mula diedarkan. Kami begitu terkejut melihat gelagat orang-orang Mesir yang tidak mahu duduk menunggu, tetapi datang kepada pekerja Bangladesh dan merampas makanan dan minuman yang ada di tangan mereka. Kaget,tidak kagum. Orang lain menggeleng-gelengkan kepala melihat perangai mereka. Bahkan, 15 minit sebelum berbuka, ada sepasang Arab Mesir yang sudah membedal nus(separuh) ayam bersama nasi. Sollu ala Nabi. Sudahlah tamak, tetapi makanan tidak dihabiskan. "Ya Rabb" bak kata temanku Imran.
Tahukah anda? Jarak antara Tabuk dan Madinah adalah lebih kurang 700km. Perang Tabuk berlaku pada tahun 9 Hijrah. Perang ini juga adalah peperangan terakhir yang disertai nabi saw sebelum wafat pada tahun berikutnya. Allahumma Solli Ala Muhammad.
Nantikan Ambekan Masri II tidak lama lagi ! :)
Ulasan
Catat Ulasan