1# Kembara Bermula

بسم الله الرحمن الرحيم


Dari Ibn Abbas,Rasulullah saw bersabda:

"Umrah dalam Bulan Ramadhan adalah seperti menunaikan Haji"



(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

Saban tahun,manusia dari serata glob berterbangan dan berkenderaan dari seluruh dunia demi satu matlamat yang suci- menunaikan ibadah Umrah, dan Haji pada bulan-bulan Haram. Kebanyakan kita mungkin berpendapat bahawa Mekah dan Madinah hanya akan sesak pada musim haji. Benar,namun tidak tepat. 

Pada bulan Ramadhan, tambahan pula pada 10 malam terakhir, jemaah umrah sahaja boleh mencecah 2 000 000 orang pada satu-satu masa.

Kerana apa,mereka inginkan ganjaran pahala yang maha osem seperti yang disebut Nabi saw dalam hadis di atas.


MasyaAllah. Ini peluang seumur hidup!

Tahukah anda? Sebelum kebanjiran pelajar Perubatan di Mesir pada tahun 2006, mahasiswa Malaysia biasa menggunakan jalan darat dan laut untuk menunaikan Umrah. Dan tahukah anda, kami bakal melalui jalan itu. Oh yeah! 
Kembara Bermula

   Menurut kenyataan awal dari Ustaz Faizal Sabhon, pengiring kembara umrah ini, kami dijadualkan bertolak pada 3 Ogos 2012.

   Ketika itu, kami sedang melalui fatrah imtihan yang bakal diakhiri dengan paper Modul 5, Blood and Lymphatic System pada 21 Julai, atau secara rasminya Module Human Rights pada 22 Julai.

Who cares, right?

Semua mahasiswa Fakulti Perubatan Tahun Satu Universiti Iskandariah merasai keperitan menanti pengakhiran. Penantian satu penyiksaan, walaupun secara praktikalnya kami tidak menunggu.

Kami sedang belajar bagai orang gila !

 Mengikut perkiraan dari tarikh tamat peperiksaan, kami mempunyai tempoh 11 hari yang selesa untuk menyelesaikan segala urusan rumah,asrama, biasiswa dan sebagainya mengikut keperluan masing-masing. Cantik kami melihat perancangan ini, Allah ada rancangan yang lebih cantik. Dan menarik.

   Pada 18 Julai, sehari sebelum kertas Musculoskeletal, ustaz mengkhabarkan bahawa kemungkinan besar tarikh bertolak akan diawalkan,namun tidak jelas bila tarikh yang tepat.

"24,25,26.dalam lingkungan itulah" kata Ammar,mengulangi perkhabaran ustaz.

Di sini persoalan mula timbul ingin mencari punca asbab diawalkan. Terdapat sedikit kebimbangan akan ketidakpastian ini akan mengganggu jadual tidak formal yang telah kami susun. Apapun, kerisauan itu segera diketepikan. Kami perlu menumpukan sepenuh fokus terhadap imtihan Musculo setebal  325 muka yang akan dihadapi keesokannya.

Plan the BEST. Expect for the WORST.

   Apa yang kami bimbangkan akhirnya terzahir. Selesainya kertas Musculo pada 21 Julai, Ammar membawa 'berita gembira' bahwa tarikh kami bertolak ialah pada 23 Julai, sehari selepas peperiksaan tamat secara rasmi. *choking*

Walaupun dalam keadaan letih berpuasa, tiada alasan berlari terkedek-kedek, kini semua wajib memecut!
Dalam keadaan beberapa urusan umrah yang masih belum selesai seperti membeli kain ihram dan keperluan lain, masa yang suntuk itu dipersuntukkan dengan mengisi borang JPA, mengejar pembeli Baraka yang masih belum melunaskan bayaran, berhubung dengan ajen pelancongan dari Kaherah, menghantar duit kepada tauke kurma dan beberapa urusan lain yang tidak kurang pentingnya. Cerita yang sama berlaku buat Ammar, Fawwaz, Aiman Razali, Syed Asqalani( Syed Q) dan Luqmanul Hakim (Loq). Masing-masing kelam kabut menyelesaikan hal ehwal berkaitan sebelum hari yang dijanjikan tiba. 

Hakikatnya sehari dua memang takkan cukup. Mujurlah ada ahli rumah seperti Nizam dan Amirulhafidz yang membantu meringankan bebanku dan Ammar. Nizam yang kekal tinggal di Alex bakal menghabiskan sepanjang cuti musim panas ditemani kucing-kucing yang diamanahkan oleh tuan-tuannya yang pulang ke Malaysia untuk dijaga. Jangan risau, kucing hidup sihat, duit masuk poket, hati pun senang. 

   Amirul yang pulang ke tanah air pula pada 25 Julai turut membantu sebarang pengurusan di Malaysia kelak. Serta membelikan jersi home Arsenal long sleeve season 12/13. Go Arsenal !

dan kembara pun bermula!
Tahukah anda? Umrah bermaksud ziarah. Dari segi praktikal ialah menziarahi Ka'bah, tawaf 7 kali pusingan, Saie antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali dan tahallul dengan memotong atau mencukur rambut.



Akan bersambung lagi.Nantikan :)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health