Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Menyusun

بسم الله الرحمن الرحيم Sudah lebih setahun saya tidak menulis di laman ini.  Konsisten tidak menulis. Dan kali ini saya menulis dalam keadaan yang lebbig berbeza dari sebelum ini. Anak sudah boleh menyebut 30 patat perkataan, lebih kurang. Faham arahan dan permintaan. Memanjat abahnya secara literal dan menjadi 'controller'. Ingin ke dapur mengambil air? Naik kat Abah. Nak mainan, naik kat Abah, Mudah sungguh hidup kau ya Afiyah? Menggunakan kebijakan yang diberi Tuhan untuk 'membuli' Abah.  Dan juga berbeza di mana saya tidak lagi bersama dałam kapał KKM. Setelah lebih 4 tahun bekerja di dalam kerajaan, kini saya bekerja secara 'self employed'. Freelance. Buat sementara waktu ini. Dan saya lebih bersyukur hidup begini. Lebih masa berkualti bersama diri dan keluarga. Lebih masa untuk beribadah, walaupun kadangkala culas juga. Lebih fleksibel dengan cuti (tidak semestinya). Ada pro and cons. Masa kuantiti & kualiti Tetapi masa tidak boleh diukur pada kuantiti