7# Belajar dari orang Mesir II
بسم الله الرحمن الرحيم
Pada sedutan yang lalu, saya telah berkongsi tiga pengalaman yang menarik bersama orang Mesir.
Kali ini saya hidangkan tiga lagi,
Pada sedutan yang lalu, saya telah berkongsi tiga pengalaman yang menarik bersama orang Mesir.
Kali ini saya hidangkan tiga lagi,
Keempat:
Sewaktu kami berada di Mekah, kedapatan ramai hamba Allah yang bermurah hati menghulurkan (adakalanya mencampakkan) sedekah kepada fakir miskin dan fakir kaya (andai wujud terma ini) . Ada satu ketika aku melihat seorang perempuan tua Mesir yang hanya berjaya mendapat sebotol laban (susu segar yang sedikit masam), masih berdegil memautkan diri pada belakang kereta penderma yang mula bergerak itu. Keras kepala. Kereta itu terus bergerak dan wanita tua itu tergolek jatuh. Dia bangun semula dan mencaci-caci kereta tersebut. Allah...
"Makcik yang sibuk nak peluk kereta tu buat apa?" kami menggeleng-gelengkan kepala.
"Makcik yang sibuk nak peluk kereta tu buat apa?" kami menggeleng-gelengkan kepala.
Pemandangan yang biasa juga melihat manusia berebut mendapatkan makanan berbuka dari lori-lori. Dari gaya dan bahasanya, mereka adalah orang Mesir. Bila ingin membeli top-up 10 riyal, mereka inginkan 8 riyal. Bawang berharga 5 riyal, mereka inginkan 1 riyal. Aduhai ahsannas..
Kelima:
Semasa di Mekah, kami ada berhubungan dengan satu agensi travel dari Malaysia. Agensi inilah yang membawa kami ziarah sekitar Mekah dan menguruskan akikah rakan saya,Luqman. Kami dijemput ke majlis tahlil dan akikah di hotel yang disewa agensi tersebut. Beberapa orang pakcik ada menceritakan, kelmarin agensi umrah Yaman ada membuat jamuan berbuka untuk jemaahnya. Malangnya, sebilangan orang Mesir yang menyangka ia adalah makanan untuk sabil, mereka membalunnya tanpa segan. Oleh sebab itu majlis makan-makan ini diadakan di bilik hotel yang disewa. Ooooo....
Keenam:
Yang terakhir akan saya simpan untuk sedutan yang akhir kerana ia berlaku saat kami pulang. Jangan risau tak jauh dah.
...............................
MashaAllah. Sebab itu tidak hairanlah hampir setiap hari ustaz Faizal akan bergaduh dengan orang Arab Mesir di sini. Aku dan rakan-rakan kadang-kadang terasa kasihan melihat mereka. Lihatlah bagaimana pemerintahan tentera dan zalim telah mentarbiyyah mereka menjadi manusia berminda subsidi, menganggap segalanya percuma.
Tiadanya pendidikan buat sebilangan besar rakyat Mesir mengakibatkan mereka tidak mengenal erti disiplin dan kebersihan. Rokok, shisha dan bola menjadi hiburan yang mendungukan akal. Penipuan dan korupsi menjadi amalan pemimpin, lantas diikuti murba jelata berbangsa Qibti ini. Struggle to the fittest kata orang kampung. Terdetik kekaguman kepada Ikhwanul Muslimin yang begitu sabar dan gigih mendidik masyarakat Mesir selama berpuluh-puluh tahun secara underground. Kalau tidak bagaimana mereka boleh meraih undi lebih 50 % tidak sampai setahun penubuhan Hizbul Huriyyah wal 'Adalah?
Akhirnya, hidup melihat orang-orang Mesir dan ambekan (baca: perangai) mereka, membuat aku lebih menghargai apa yang dimiliki. Mereka tidak menikmati apa yang kebanyakan kita punya di Malaysia. Mereka hidup dalam kepayahan dan kesusahan sehingga memaksa mereka menjadi manusia yang kasar. Tetapi di sebalik semua itu, jangan terkejut andai mereka juga adalah antara orang Arab yang paling ramah dan mesra.
Tahukah apa yang orang-orang Mesir lakukan saat Islam datang ke sana,dibawa oleh Amr' ibnu Al-As?
Memeluk agama Islam, itu sudah pasti !
Bahkan mereka menukar identiti bangsa dan bahasa mereka. Dari pada bangsa Qibti afrika kepada bangsa Arab, sesuatu yang dipuji oleh Baginda saw. Kerana itu jualah mereka digelar 'ahsannaas', sebaik-baik golongan manusia. Sesuatu yang jarang dibuat oleh mana-mana kaum dan bangsa saat sinar Islam baru mula bertapak, termasuklah Nusantara Melayu ketika pendakwah-pendakwah awal-awal datang menyebarkan Islam.
MashaAllah. Dalam melihat bunga mawar yang mekar harum, kita masih melihat duri yang tajam. Tapi hakikatnya di hujung duri tidak kita perasankan akan embunnya. Lihatlah sesuatu secara positif, itulah yang membentuk manusia yang proaktif dan inovatif terhadap iman dan amalnya. Wallahua'lam.

Cinta Madinah? nantikan sedutan seterusnya :)
Ulasan
Catat Ulasan