Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel D&T

Membetulkan ekstrem sebahagian kita terhadap para sahabat Rasulullah saw

Salah faham kita dalam membaca sirah para sahabat radiallahuanhum adalah konotasi  ekstrem bahawa mereka superhuman sehingga mustahil untuk kita jadikan sebagai role model. Hasrat awal  untuk menurut jejak langkah mereka akhirnya berubah menjadi sebuah inferiority complex.  Hilangnya keterujaan dalam membaca kisah mereka. Rasanya jauhnya kita, akhirnya biarlah mereka jauh, usah dikejar.  Letih. Penat.  Mana mungkin kita akan jadi seperti Umar yang menginfakkan separuh hartanya dijalan Allah, lalu diatasi Abu Bakr yang menginfakkan seluruh hartanya- hanya Allah dan Rasul buat anak dan isteri? Nak keluar duit dalam poket pun memilih-milih duit kecil untuk disedekahkan. Siapa yang tak rasa down? Kedudukan mereka disisi Allah dan Rasul SAW Allah telah mengiktiraf kemuliaan para sahabat di dalam al-Quran,  وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَّضِيَ اللّهُ...

Kehilangan 'vocabulary' dalam berbicara satu bencana?

بسم الله الرحمن الرحيم Menjadi trend antara saya dengan rakan-rakan terdekat, apabila berbicara banyak mengulang perkataan yang sama. Antaranya ialah 'padu', 'ayam', dan lain-lain. Saya ambil perkataan 'padu' sebagai contoh. Perkataan ini sering dipakai apatah lagi dalam tempoh study leave kerana akan banyak soal jawab, "Adib, apa most common tumor of anterior mediastinum?" "thymoma" "Padu lah" "Nizam, apa treatment untuk acute MI?" "Sekian...hmmm...sekian..tertinggal beberapa poin..dan sekian" "Wow padu lah!" Dan banyak lagi contoh yang lain. Walaupun jawapan tidak lengkap, banyak lompong, masih lagi digunakan perkataan 'padu'. Sekilas pandang tidak nampak seperti hal yang besar pun. Tetapi pada saya, kalau difikirkan dengan lebih mendalam, ia adalah simptom bagi 'masalah' yang lebih besar. Teori saya ialah mungkin kerana tidak cukup perbendaharaan kata, kerana k...

Menjadi murabbi seperti Zulqarnain

Imej
kredit foto Tugasan dakwah bukanlah sesuatu yang mudah seperti mana yang disangkakan oleh sebahagian para daie. Ia adalah jalan yang sukar dan panjang, serta menuntut kesabaran yang tinggi dan pengorbanan. Oleh kerana itulah para daie itu harus sentiasa mengambil pengajaran, petunjuk dan kekuatan daripada mereka yang telah merintis jalan dakwah sekian lama. Para duat sepanjang zaman telah membuktikan bahawa keimanan yang teguh, kefahaman yang mantap, keikhlasan dan amal yang berterusan dan berpandu akan membuahkan hasil, sekalipun memakan masa yang panjang. Mengambil pengajaran dari kisah Zulqarnain Kisah Zulqarnain hanya disebut sekali di dalam al-Quran, iaitu di dalam surah al-Kahf, dari ayat 83 sehingga ayat ke-98. Sebagaimana dalam banyak kisah lain didalam al-Quran, seperti kisah Musa dan Khidr, 2 pemuda yang memiliki kebun dan para pemuda al-Kahf; semuanya diceritakan dalam surah yang sama, Allah tidak memberikan maklumat secara terperinci seperti, - siapakah dia da...

Tadabbur: Pemisah antara mukmin dan munafiq

Berikut adalah merupakan ringkasan tadabbur surah al-Hadid ayat 12-16 dari khutbah Ust Nouman Ali Khan. Semoga bermanfaat. A. Di dalam al-Quran, disebutkan secara jelas pemisahan antara orang beriman dan orang munafiq di hari akhirat . Bahkan pada zaman Rasulullah saw, para sahabat tidak tahu siapa golongan munafiq. Jika di dunia ini tidak nampak perbezaan antara kedua-dua golongan ini, diakhirat kelak Allah akan membuat pemisahan yang jelas antara orang mukmin, dan orang yang menyangka mereka mukmin. Secara literal, akan ada dinding pemisah! B. Duduk, hidup bersama orang beriman di dunia, tidak menjamin keber'iman'an kita di akhirat . Kita di dunia sekarang boleh berkata 'aku bersama mereka', ' aku bersama kelompok ini', tetapi akhirnya di akhirat nanti kita akan dinilai secara individu.  C. Pada hari akhirat yang bernilai hanyalah iman (pada hari akhirat ia akan menjadi nur, cahaya yang akan membawa manusia ke syurga). Hubungan kekeluargaan, sauda...

Sekitar Muqaddimah Qawaid Dakwah 1

Pencerahan di sekitar Muqaddimah buku Qawaid Dakwah

Bertuhan tanpa rasa bertuhan

بسم الله الرحمن الرحيم Dia sedang membiasakan diri solat berjemaah di masjid. Adakalanya di saf hadapan, selalunya di saf kedua atau ketiga. Kebiasaannya dia akan menunaikan solat sunat sejurus solat fardhu. ****** Dia membaca al-Quran setiap hari. Dia menetapkan untuk membaca sekurang-kurangnya 5 muka setiap hari. Kadangkalanya terkurang dari 5 muka, dan jarang tidak membaca langsung al-Quran dalam sehari. Biasanya akan ambil satu atau dua ayat untuk ditadabbur. ****** Allah memberi kesempatan kepadanya untuk bangun awal pagi itu, maka dia pun segera berwudhu'. Sunat tahajjud dilakukan, diikuti sunat taubat dan witir. "Alhamdulillah, bukan setiap hari dapat peluang sebegini." ****** Kemanisan taat pada awalnya, perlahan-lahan berubah menjadi kebiasaan. Ibadah, rasanya tawar. Tak pasti sebabnya. Mengapa ibadah yang dilazimi ini, tidak lagi membahagiakan, tapi, menjadi rutin yang membosankan...? يا ايها الانسان ما غرك بربك الكريم Wahai manusi...

Berapa RM harga untuk dakwah?

بسم الله الرحمن الرحيم Sesempurna mana pun sesebuah sistem dan undang-undang, jika hakim-nya tidak amanah dan kompeten, maka keadilan tidak mampu ditegakkan. Akan tetapi, sistem dan undang-undang yang rosak, pada tangan hakim yang berdaya & jujur, keadilan mampu dilaksanakan. Itulah pentingnya tarbiyyah. Membina manusia-manusia untuk memahami islam dan menjiwai al-Quran. Walau di mana sahaja mereka berada, mereka mampu memberi manfaat, menjadi contoh dan dapat mengubah keadaan kepada yang lebih baik. Belajar lah dari kisah Talut dan Bani Israel. Setelah kewafatan Musa a.s, bani Israel meminta pada nabi mereka agar memilih seorang raja untuk memimpin mereka berperang. Lalu Allah menukilkan didalam al-Quran, وقال لهم نبيهم ان الله قد بعث لكم طالوت ملكا قالوا انى يكون له الملك علينا ونحن احق بالملك منه ولم يؤت سعة من المال قال ان الله اصطفاه عليكم وزاده بسطة في العلم والجسم والله يؤتي ملكه من يشاء والله واسع عليم Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasan...

Bekerjalah, ikhwah!

بسم الله الرحمن الرحيم Ziarah ke Hidayah Centre Foundation (HCF) minggu lalu memberikan satu sisi pandang yang penting bagi saya. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki pejabatnya, terletak di Taman Melawati hari Selasa yang lalu. Berjumpa dengan ikhwah yang menjadi fulltimer di sana, kami berbual-bual, bertanya tentang HCF, sejarah dan pencapaiannya selama sedekad sejak diasaskan pada 2005. Hasil dari perbualan dan pemerhatian saya, ini beberapa poin penting yang ingin ditekankan: 1. Fokuskan tenaga dan usaha kepada mualaf kerana mereka berpotensi menjadi anasir taghyir ( unsur-unsur pengubah) atas asas pertama bahawa mereka pernah berada didalam suasana jahiliah dan pengalaman itu menjadikan mereka lebih memahami non-muslim, dan kedua kebiasaan mereka yang memeluk islam (revert) ini adalah kerana mereka mencari, mengkaji dan banyak berfikir seperti paderi, dan orang bijak pandai. Maka setelah mereka revert kepada Islam, mereka mempunyai asas kefahaman yang mantap bahkan le...

Bagaimana ingin menggerakkan sesuatu idea secara efektif?

بسم الله الرحمن الرحيم Ini adalah 1 dari 2 soalan saya kepada En Fazrul, CEO Sinergi Ikhlas dalam sebuah pertemuan, dan beliau meletakkan 4 elemen penting, berdasarkan kepada pengkajian Scott Belski. 4 perkara tersebut ialah: 1. Idea 2. Structure / Organization 3. Communal forces 4. Leadership Keempat-empat perkara ini sangat penting dalam memastikan 'the burning desire' itu terus menyala dan mampu dilaksanakan. Ketika kita punya suatu visi atau impian yang ingin dicapai, pastikan agar keempat-empat perkara ini diperhatikan dan diusahakan. Tidak mungkin kebaikan dan kebenaran yang semberono tidak terancang mampu menewaskan kebatilan dan kejahatan yang tersusun. Lalu bagaimana itqan dan teliti kita dalam menyusun atur diri dan manusia, untuk diri dan manusia? Wallahu'alam.

Sujud Pembebasan

بسم الله الرحمن الرحيم Sujud itu menundukkan dahi, tetapi Memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya Si jahil menyangkanya belenggu keatas hamba tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya Wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi lantaran kehebatan dan kebesaranNya sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat menghapuskankan setiap penzalim yang sombong barangsiapa menghayati sujud ini dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya. -Abdul Wahhab Azzam, Al-Muslimun.

Agama itu النصيحة

بسم الله الرحمن الرحيم Nabi yang mulia Mengajak kepada Allah, meninggalkan mungkar Lalu dihambur kata-kata benci Nista dan ejekan oleh Quraisy diketuai Abu Lahab Kita Mengajak kepada Allah, meninggalkan mungkar Lalu dihambur kata-kata benci Nista dan ejekan Oleh mereka yang menentangku "Ini adalah mehnah dalam dakwah!" Eh, sebentar wahai saudaraku! Sebelum mengatakan kita di dalam sunnatullah Mengajak lalu ditolak Membetulkan kemudian disalahkan Perhatikan! Teliti! Kaji! Apakah cara kita itu bertepatan dengan cara nabi yang mulia? Perhatikan. Ini bukan pesanan agar tidak berdakwah Tetapi pesanan, buat para muslim Untuk mengajak manusia kepada Allah dengan cara yang terbaik. Dan adakala fatwa kita tersalah, Perbetulkan, Jika ikhlas Jika cinta Kita tidak akan berhenti mengajak mereka kepada Allah. فَهَلْ عَلَى ٱلرُّسُلِ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ " Bukankah rasul-rasul itu semuanya tidak bertanggungjawab selain dari menyampaikan (...

Selangkah yang lebih bernilai dari seribu langkah

بسم الله الرحمن الرحيم "Aku sudah datang dari jauh untuk menemuimu" Kata seorang pemuda kepada Abu 'Ali ad-Daqqaq, seorang zahid. Pemuda tersebut datang dari negeri yang jauh dengan harapan dapat menjadi murid dan teman dekat sang zahid ad-Daqqaq. Dia mengira dia akan mendapat tempat yang utama kerana panjang dan jauh perjalanannya untuk dekat dengan ad-Daqqaq berbanding orang lain. Lalu ad-Daqqaq berkata, "Masalah ini (menyucikan jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah) tidak bisa dicapai dengan semata-mata telah menempuh jalan yang jauh. Ceraikanlah hawa nafsumu satu langkah sahaja, maka engkau akan dapat jumpa apa yang engkau cari!" Itulah yang dimaksudkan oleh ad-Daqqaq dengan nafsu yang selalu memerintahkan keburukan. Nafsu inilah yang selalu menimbulkan kerosakan. Tujuan dakwah seorang daie tidak akan tercapai kecuali dengan dengan memisahkan diri selangkah dari nafsu ini, sebagai bukti bahawa dia telah terlepas dari ikatannya. Ikatan dalam bentu...

Carving the same path to Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم I was startled when I saw the news on twitter about the death of Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) on Thursday evening. I scrolled on twitter and facebook, and after screening many mainstream news reporting the same event, it affirmed me over any fabrication or falsification. It was indeed a great loss for many, especially the people of Kelantan which had really a strong bond with Tuan Guru. I had never really known Tuan Guru, apart from what many people know about him. He was a great leader, humble in personality yet charismatic and stood firmly on his beliefs and principles. A few milliseconds followed by, and social media were heavily condensed with news, peoples' personal experiences & stories with him, videos, and photos on or by Tuan Guru. That trend continues until now, although the waves might have been slower and more articles would be more analytic and critical towards Tuan Guru. When a good people is dead, people will tell others their meaning...

Kenapa..?

Kenapa, ayat-ayat Allah yang dibacakan sehingga orang musyrikin menangis, tidak mampu merobah kita? Ataukah hati kita terlalu keras, ataukah kita suka bertangguh tangguh, sehingga hanya kematian hanya mampu merobah kita? "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (al-Mu'minun:107)

Tsabat

Imej
Asas kepada dakwah kita adalah mengajak manusia kepada keselamatan di dunia dan akhirat. Jika wasilah kepada dakwah ini adalah sebagai seorang doktor, maka dia bukan sahaja perlu menyelamatkan nyawa pesakitnya, tetapi juga iman dan ruhnya. Tanggungjawab kita amat besar, perlu kuasai kedua-dua bidang ilmu. Oleh kerana ramai yang tidak mempersiapkan diri sebaiknya semasa usia siswa, mereka gugur sewaktu memasuki fasa pekerjaan. Ada yang meninggalkan terus bidang perubatan, adapun yang lain tidak lagi bersama dakwah. Mereka tidak tsabat dan berupaya untuk menangkis halangan-halangan yang menyerang. Adapun virus dan halangan itu ialah: 1. Ada manusia yang diuji dengan sifat gopoh kerana 'nafasnya pendek' serta kurang cekal.  Akhirnya mereka tidak sampai kepada matlamat. (al-Ahqaf:35) 2. Beribadah dalam keadaan ragu-ragu. Kekal atas jalan dakwah selagi dakwah berada dalam keadaan tenang tanpa ujian dan perkara yang menyakitkan. Manusia seumpama ini cepat berubah, mundur...

Kemuliaan

بسم الله الرحمن الرحيم "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mengambil selain dari Islam maka Allah akan menghina kita" -Umar al-Khattab ra. Umat ini adalah umat yang mulia apabila dia mengambil islam sebagai jalan hidup yang lengkap, keseluruhan. Namun kemuliaan itu tercabut apabila ummah meninggalkan Deen ini. Kehinaan ini boleh diterjemahkan dengan keadaan ummah pada hari ini.    Wanita-wanita muslim dirogol dan dibunuh, kanak-kanak menjadi sasaran peluru, pemuda-pemuda ditahan tanpa sebab dan menghadapi seksaan demi seksaan yang tidak mampu dibayangkan manusia biasa. Kota-kota dihujani roket dan bom sehingga rata dan mati. Namun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Suara kita tidak didengar. Para pemimpin muslim bisu asal perutnya terisi sehingga buncit.    Kisah-kisah bangsa Yahudi dibacakan kepada kita bukanlah agar kita mendengarnya dan berkata "Alangkah jahatnya orang Yahudi". Mari berfikir sejenak. Bukankah mereka pe...

Pena seorang daie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Penulisan datang dari bahasa, suatu bentuk komunikasi antara satu sama lain. Kemudian dari bahasa lahirlah tulisan. Direkodkan tulisan yang terawal dalam peradaban manusia ialah  tulisan cuneiform di Sumeria.   Penulisan telah banyak mengubah dunia. Dari dunia purba hingga dunia teknologi. Dengan penulisan kita dapat mengetahui sejarah dan politik. Dengan penulisan kita memahami sosiologi dan budaya masyarakat terdahulu. Dari penulisan kita dapat memahami sastera, matematik, geometri, perubatan, pembinaan dan pelbagai khazanah ilmu yang tak ternilai banyaknya. Tidak kurang juga terlalu ramai sarjana islam dari kalangan para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan selepasnya banyak memberikan sumbangan kepada islam melalui penulisan dalam bidang masing-masing, baik dalam bidang hadith, sejarah, fiqh, ataupun ilmu-ilmu sains yang muncul tidak lama kemudian. Kemudian terbit penulisan para syuyukh abad terakhir ini yang menjadi bahan rujukan dalam ...

Buat para da'ie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم “Kita kadang merasa lebih benar, lebih baik, lebih tinggi, dan lebih suci dibanding mereka yang kita nasehati.

Cerper: Luka

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Amru baru turun dari tramco yang menurunkannya berdekatan dengan rumahnya. Langkah kakinya dipercepat. Dia tidak sabar mahu sampai ke rumah. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang, tetapi sewaktu musim shita' (sejuk) Maghrib akan menjadi seawal 5 petang. Cuaca yang dingin serta angin yang deras menyebabkan tubuhnya sedikit menggigil walaupun sudah memakai jaket yang tebal.

Jangan berhenti dalam jalan ini.

بسم الله الرحمن الرحيم Bertahun-tahun mengikut dakwah dan tarbiyyah (D&T) , ada masa-masa tertentu saya berasa kerdil dan lemah. Saya bertanya pada diri, "Sekian lama aku dalam tarbiyyah. Kenapa macam tak ada peningkatan?"