Bumi-Bumi Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم|



Atas permintaan seorang sahabat baik dari uia stopper(bukan nama sebenar),hari ni ana ada post jiwang sikit tapi jangan risau,masih sangat sesuai untuk tontonan semua peringkat umur dan jantina insyaAllah.Enjoy! ^_^ \/



Pengenalan
Bumi Indonesia,tempat lahirnya ramai ulama,karyawan dan pemimpin terbilang,mengalami pelbagai kejayaan, kekalahan,tragedi dan rahmat dalam sejarahnya,dikenali dengan kegamatan metro Jakarta dan ketenangan dan keunikan Bali,manusia bertebaran di sini sana,sesak dengan kenderaan-kenderaan di kota raya,pengemis-pengemis kecil dan besar memulakan misi mencari rezeki,di sini,tidak mengira tua dan muda masing-masing ada hala tuju yang ingin diraih di bumi yang kaya 'rejeki' ini.Dan disebalik semua itu, di sini jualah dua hati terpaut,dan jalinan itu diikat suci tanpa dinodai kekotoran dosa dan maksiat.


Okay okay,Belajar kat mesir,kenapa Indonesia pulak nih? =_='
Bukan apa,kali ni postnya tidak menjadikan ana sebagai hero,tapi watak pembantu,sebab tu kita fly ke indonesia kejap.;)
hero2&heroin kita=kakak-kakak ana, nurul iman <3 ilman hasifi serta nurul izzah <3 imran tuan yaacob yang telah selamat dijabkabulkan pada 9/7/2011.Alhamdulillah.

Guess what?
tarikhnya SAMA dengan hari dianjurkan BERSIH 2.0  .

iman
izzah
ilman
imran

Semuanya 'I' belaka =)

Back to the topic
Namun,kali ini post ana akan lebih tertumpu kepada kak iman dan abang ilman kerana ada cerita menarik yang ana rasa perlu dikongsi untuk diambil pengajaran dan contoh yang baik kepada kita semua.InsyaAllah.


Di Makassar,

aku dan keluarga melawat kak Iman yang akan bergraduasi sebagai pemegang ijazah sarjana muda perubatan pada pertengahan tahun 2010.Kami juga turut bertemu dengan bakal ahli baru keluarga kami, Abg Ilman.Pertama kali aku bertemu dengannya sewaktu makan malam di sebuah shopping complex.Orangnya cool dan mesra,my 'first-impression'.
Keesokannya dia ada menghubungi kak Iman untuk mengajakku bermain futsal bersama.Aku tak kisah.

Esoknya,selepas makan tengahari,Abg Ilman mengambilku dari tempat kami makan bersama dan kami pulang ke rumahnya menaiki motor besar~serius sakit belakang+letih.erk!

setibanya di rumah,hujan pun turun renyai-renyai dan semakin lebat.Tiada sebarang petanda hujan itu akan usai dalam masa terdekat.Tapi takpe,main bola jugak!

match pertama-aku kalah,match kedua-aku kalah lagi!,match ketiga-aku main je sorang-sorang.aku tidak biasa dengan permainan baru ni.

"baru keluar kot"

"tak biasa lah dengan controller dia"

"....................................."

Haa.kalau tak dapat bola outdoor,indoor pun ok sangat. d(^_^)b
PES2011 ketika itu baru saja keluar di pasaran.Maka aku dengan segan silu dikalahkan sesenang hati.Walaupun awalnya dikatakan dia pun beginner...?~

"Kak iman garang tak?"keluar soalan pertama dari abg ilman.

aku sememangnya tertunggu-tunggu soalan dari Ilman,cuma apakah soalannya tidaklah aku ketahui.

"kak iman?...emm..kak izah lagi garang kot" aku memberi jawapan berdasarkan cubitan paling kuat pernah ku alami semasa berada di bawah naungan mereka sewaktu kecil dahulu.Tapi aku pun sebenarnya tidak pasti siapa yang lebih menakutkan,kerana dua-duanya saling bersaing.#loljustjoking# ;p


"macam mana Ilman boleh minat dengan kak iman?"haa soalan yang bercepu-cepu emasnya.Keinginanku ingin tahu tidak ditunda dengan satu soalan penalty kick yang direct ke arah golnya~!

"abang dah target kak iman sejak 1st year lagi"

really??macam tak percaya.

"err,camne tu?"

"emm,tak taulah.bila abang da nampak kak iman,abang terus cop.tapi kak iman tak tau."

aku terdiam.kepalaku ligat berfikir,apa lagi perbualan aku dengan abang ilman ketika itu.maaf kawan,ana dah lupe~~(tapi cerita ni pun dah cukup difahami,tidak perlu panjang-panjang lagi kot)

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah romantika antara mereka,tetapi cukuplah ini sekadar satu contoh yang sesuai untuk pembacaan umum.



my opinion
#Lihat bagaimana mujahadah seorang lelaki ingin menjaga kesucian hubungan itu,sehingga sanggup menunggu sebegitu lama.Dan coolnya dia terus sampaikan kepada abah dan ummiku.keluarganya bertemu dengan kami,persetujuan dicapai dan mereka bertunang pada awal tahun ini.

# 'VERY SIMPLE' indeed,tak perlulah nak couple-couple kan,nak call sana,mesej sini,berayat jiwang karat seolah dialah matlamat hakiki

#cinta selepas kahwin lebih indah,tiada siapa boleh pertikaikan.


#cinta itu hanyalah alat,bukan matlamat.Namun hari ini manusia bertuhankan cinta, dan mengalatkan agama.Menggunakan Allah(agama,namaNya) sebagai alat untuk mencapai cinta manusia adalah sangat tidak kena, dan perbuatan yang hanya dilakukan orang yang berakalkan nafsu.

#usah kusut memikirkan jodoh yang belum sampai,janji Allah mengurniakan isteri/suami yang baik buat anda,jika anda juga baik orangnya.Itulah sunnatullah.

#jagalah pandangan.sungguh mata dan hati yang tidak berdisiplin sering ingin melakukan dosa yang dilihat kecil.

#tarbiah diri dengan cara hidup islam.pertuturan,pergaulan,pemakaian,pemakanan dan sebagainya.

#Allah always know what's in your heart.whatever you do,u can't fool Allah.

#Ana syorkan diri berkahwin selepas belajar,wallahu'alam.

pictures during nikah








dan kisah cinta mereka terus berjalan seiring waktu..


nota kaki:Kak Iman dan Abg Ilman adalah merupakan bekas penuntut jurusan perubatan di Universiti Hasanuddin(UnHas),Makassar,Sulawesi Selatan dan kini kedua-duanya sedang menjalani Housemanship(HO) di Hospital Sungai Buloh,Selangor.


Barakallahu fikum


Nikah ketika belajar(khususnya degree):galakan atau 'makruhan'? *sila share komen anda di ruangan bawah,insyaAllah jika ada sambutan baik akan dibawa ke post seterusnya.

Ulasan

  1. awat hang letak nama aku kat atas nu hah? aha

    BalasPadam
  2. em..galakan atau makruh?
    bg ana..terpulang lah..
    kalu nk awal...cptkanlah..
    ikut keadaan..
    ikut keutamaan..
    apapun..nice post..hehe..

    BalasPadam
  3. hukum nikah jatuh bergantung pada situasi. bru bicang ngn classmate smlm *hoho* . btw, ilmu sblm nikah itu penting :)

    BalasPadam
  4. btul..hal nikah nie bukannya main2..
    bukan nikah utk shari dua..tapi slama-lamanya..
    ia memerlukan ilmu dalam rumah tangga..
    carilah ilmu itu dahulu..

    BalasPadam
  5. "Tapi aku pun sebenarnya tidak pasti siapa yang lebih menakutkan,kerana dua-duanya saling bersaing." Yes we do...hohoho...=P
    Nikah ketika belajar...? Depends, semua ni dh ketentuan Allah, xkiralah ape perkiraan dan keinginan kita, semuanya dah tersurat dan pastinya apa dr Allah itu adlh yg terbaik untuk kita.Yg pntg, Iman, Ilmu, Amal, dan restu ibu bapa~Wallahua'lam...

    BalasPadam
  6. ad baik dan buruknye nikah time study...tp ad fakta mengatakan anak kurang bijak apabila bernikah pada usia lewat(28 taun ke atas)..apa benar kenyataan ini?..

    BalasPadam
  7. bagi ana..
    x kisah sama ada semasa atau selepas belajar sebab ianya bergantung kepada kemampuan dan yang tersurat untuk seseorang itu...
    kemampuan tidak bermakna pada kewangan semata ianya merangkumi semua aspek..
    memetik kata2 ustaz ana... kita kena tahu apa tujuan kita nak kahwin..sebab sesetengah orang hanya fikir untuk menghindari zina, menghalalkan yang haram,menambahkan zuriat and bla100x..
    tapi mesti ada tujuan lebih istimewa yang membezakan perkahwinan Islam dengan yang lain2...
    -sekadar berkongsi pendapat-

    BalasPadam
  8. bg saya, tidak ada yg salah bila nk bernikah semasa beljar, ade baik dan buruknya, tapi rasenye byk lg yg baik dari yg buruk.. tapi ilmu pun penting..
    terpulang kpd individu tu sendiri bgaimana die nk menguruskan hidupnya, yg penting mendapat redha ibu bapa dan Allah yg utama.

    cuma kat sini nk tye, bila saya baca apa yg saudara tulis,

    "abang dah target kak iman sejak 1st year lagi"

    really??macam tak percaya.

    "err,camne tu?"

    "emm,tak taulah.bila abang da nampak kak iman,abang terus cop.tapi kak iman tak tau."

    ok,fine.. lelaki bolehla nk bercop2.. mcm mana pulak dgn wanita???? saya rasa wanita ni agk tebatas.

    BalasPadam
  9. Really!!!!
    wanita pon bleh cop skali. mcm khadijah dgn rasulullah...wallahualam

    -leading man-

    BalasPadam
  10. erm....
    so boleh la?????
    okay! contoh yg -leading man- bagi semasa zaman rasullullah, tapi zaman sekarang yg semestinya x seperti itu,wajarkah??? saya masih tak boleh menerima kaaddan bercop2 nih?? afwan..
    boleh x sesapa bagi pro n contranye??? dan terangkan mcm mne cop ni???ape hukumnya?? tidakkah perkara ni akan mengganggu hati si lelaki ataupon si wanita terbabit yg membawa kpd zina hati???

    satu lg soalan,contohnya ye.. boleh tak seorang wanita tu meluahkan rasa hatinya kpd seorang lelaki, yg pada asalnya wanita tersebut hanya mahu memzahirkan bahawa dia nak "cop" si lelaki ni??? tapi selepas itu, si wanita ni langsung tak berhubung dgn lelaki tersebut dan cuba untuk jauhi sgl jnis zina termasuk zina hati yg sgt ssh untk di elak, maksudnya, si wanita tersebut serahkan sgl2nya pd takdir.. sng kata wanita ni bg hint je la kat lelaki tersebut,selainnya die reda..tapi malangnya si lelaki ni x fhm dan xnak amik tahu, ape wanita ni patut buat?? dan wajarkah tindakan wanita tu????

    pandangan kalian???...

    BalasPadam
  11. saya nak menjawab persoalan anonymous....pertama,saudari ad ckp wajar atau tidak tindakan wanita tersebut...mmg wajar..itulah yg dianjurkan dalam islam untuk meluahkan perasaan kepada seseorang jika kita suka kepada nya..ini adalah bagi mengelakkan zina hati..yg kedua,sebelum berbuat demikian kita mestilah melakukan solat istkharah dahulu dan tanya kepada org2 yg berpengalamn...minta pendapat dyorang..sebab kita kena berfikir panjang tujuan kita meluahkan perasaan trersebut adakah skadar luahan atau akan diakhiri dengn perkahwinan...dan lebih bnyk perlu bergantung harap dan bertawakkal kepada Allah..ada kata2 yg berbunyi jodoh tidak perlu dicari...jodoh sudah ditetapkan oleh Allah...kita sendiri perlu mencintai Allah dan Rasul sebelum mencintai makhluk biasa..kemudian Allah akan mencampakkan dalam hati kita kasih sayang yg sebenarnya..yg terakhir,..mmg btol kita tidak boleh menafikan perasaan itu..dah nama manusia mesti ada perasaan cinta kepada seseorang..tp perlu lah biasa sahaja..tidak terlalu berfikir tentang perkara tersebut melebih lebih..ini akan merosakkan iman kita sendiri...yg lainnya terserahlah kepada Yang Maha Memberi dan Menganugerah..wallahualam

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health