Kemuliaan

بسم الله الرحمن الرحيم

"Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mengambil selain dari Islam maka Allah akan menghina kita" -Umar al-Khattab ra.

Umat ini adalah umat yang mulia apabila dia mengambil islam sebagai jalan hidup yang lengkap, keseluruhan.

Namun kemuliaan itu tercabut apabila ummah meninggalkan Deen ini.

Kehinaan ini boleh diterjemahkan dengan keadaan ummah pada hari ini.

   Wanita-wanita muslim dirogol dan dibunuh, kanak-kanak menjadi sasaran peluru, pemuda-pemuda ditahan tanpa sebab dan menghadapi seksaan demi seksaan yang tidak mampu dibayangkan manusia biasa. Kota-kota dihujani roket dan bom sehingga rata dan mati.

Namun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Suara kita tidak didengar. Para pemimpin muslim bisu asal perutnya terisi sehingga buncit.

   Kisah-kisah bangsa Yahudi dibacakan kepada kita bukanlah agar kita mendengarnya dan berkata "Alangkah jahatnya orang Yahudi". Mari berfikir sejenak. Bukankah mereka pernah menjadi umat terpilih? Bani Israil adalah bangsa yang mulia, dikurniakan para nabi dan rasul, serta makan makanan dari syurga, dan ditawarkan tempat yang mulia, Baitul Maqdis.

Namun mereka melanggar janji demi janji. Mereka meninggalkan Allah, para Rasul dan memilih dunia. Akhirnya Allah menghinakan mereka.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.  (Yusuf:111)

Apakah kita tidak mahu mengambil pengajaran, wahai khairu ummah?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health