Bekerjalah, ikhwah!

بسم الله الرحمن الرحيم


Ziarah ke Hidayah Centre Foundation (HCF) minggu lalu memberikan satu sisi pandang yang penting bagi saya. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki pejabatnya, terletak di Taman Melawati hari Selasa yang lalu.

Berjumpa dengan ikhwah yang menjadi fulltimer di sana, kami berbual-bual, bertanya tentang HCF, sejarah dan pencapaiannya selama sedekad sejak diasaskan pada 2005.

Hasil dari perbualan dan pemerhatian saya, ini beberapa poin penting yang ingin ditekankan:

1. Fokuskan tenaga dan usaha kepada mualaf kerana mereka berpotensi menjadi anasir taghyir ( unsur-unsur pengubah) atas asas pertama bahawa mereka pernah berada didalam suasana jahiliah dan pengalaman itu menjadikan mereka lebih memahami non-muslim, dan kedua kebiasaan mereka yang memeluk islam (revert) ini adalah kerana mereka mencari, mengkaji dan banyak berfikir seperti paderi, dan orang bijak pandai. Maka setelah mereka revert kepada Islam, mereka mempunyai asas kefahaman yang mantap bahkan lebih baik dari kebanyakan muslim sendiri. Mungkin ada sebahagian pihak mengatakan kita perlu menghalang orang islam, khususnya Melayu masuk agama lain seperti Kristian melalui undang-undang dan sewaktu dengannya. Akan tetapi, bilangan ini jika dibandingkan dengan muallaf, amat kecil.  Tanpa menafikan kepentingan undang-undang dan perlembagaan dalam memelihara akidah umat Islam, jangan lupa kepada ribuan muallaf yang memerlukan sokongan dan dokongan kita setelah mereka memeluk islam.

2. Jika kita tak buat dakwah, kita takkan faham tabiat dakwah. Bila sebilangan manusia melaungkan kemarahan & bantahan keras kepada usaha kristianisasi, tanyakan kepada mereka adakah mereka pernah menyantuni dan berdakwah kepada orang bukan islam. Berjumpa secara bersemuka, menyampaikan mesej islam? Dalam realiti islamophobia dan kebrobrokan sikap umat islam sendiri dalam mencerminkan agama ini, tidak terkejut apabila non muslim menolak islam. Rasulullah saw sendiri, dengan akhlak yang paling baik, apabila berdakwah tetap ramai yang menolak seruan Baginda pada peringkat awal. Akhlak adalah asas, sekalipun benar islam itu, tanpa akhlak dan qudwah hasanah kita awal-awal sudah kalah di medan. Bahkan laungan-laungan perkauman, kebencian ini diakui yayasan-yayasan & NGO dakwah amat mengganggu kerja dakwah.

3. Bekerjalah ikhwah. Medan dakwah & tarbiyyah itu sangat-sangat luas. Ini poin terakhir yang ingin saya ketengahkan. Bila saya pergi ke Aqsa Syarif, Hidayah Centre, mereka tidak lepas dari cabaran kekurangan tenaga. Contoh lain, saya tinggal di Shah Alam, ada seorang pakcik ada bercerita dan buat request istimewa untuk belajar bahasa Arab kerana dia ingin memahami al-Quran, saya mencari dan bertanya kepada ikhwah. Ternyata sukar untuk mencari mereka yang boleh mengajar bahasa Arab dan al-Quran. Mungkin saya sendiri networking tidak banyak, atau memang tidak ramai ikhwah ada kapasiti masa dan kemampuan untuk mengajar. Saya sendiri segan untuk offer diri kerana pakcik ini boleh dikesan tahap bahasa Arabnya yang agak baik, dan saya sendiri tidak begitu mantap bahasa Arab... Hmmm

Alhamdulillah, akhirnya ada seorang akh yang volunteer untuk mengajar. Apa kesimpulannya? Sebenarnya masyarakat sangat berhajatkan kepada kita untuk mendidik mereka. Selain memerlukan tenaga yang banyak, rijal dakwah mestilah ada ilmu dan kefahaman Islam dan al-Quran yang mendalam, selain dari ilmu fardh kifayah yang excellent. (Berhuhuhu juga di sini)

Mungkin hari ini di Mesir kita tidak nampak, tapi bila di Malaysia kelak terkial-kial bila melihat masyarakat yang sangat dahagakan tarbiyyah dan islah, tetapi kita hanya mampu melihat kerana di Mesir malas belajar. Belum lagi kita bercakap tentang non-muslim yang perlu kita santuni dan dakwahkan kepada islam.

Jadi ikhwah, cabaran kita di Mesir ini besar, tetapi di Malaysia nanti lebih besar. Sangat banyak ruang untuk kita isi seusai pulang nanti.

bekerjalah walau sesukar mana keadaan kita, atau suasana sekitar kita. Kerana akhirnya nanti kita tiada alasan dihadapan Allah. Tiada lagi peluang untuk meletakkan kesalahan pada orang lain, atau jemaah, atau housemates, atau usrah, atau naqib usrah, atau peperiksaan dan pelajaran sebagai penghalang. Tiada lagi.

:(

Apalagi situasi di Alex memang kita akan disibukkan dengan pelbagai perkara dari perkara penting seperti kelas, exams, assignments sehinggalah kepada hal-hal kurang priority. Biasa awal-awal kita akan bersemangat, tetapi suatu masa kita akan rasa penat, letih, marah, geram. Usrah terasa kering, daurah tak berjalan, tidak bersedia dengan bahan untuk anak usrah, pada masa yang sama ada exams, pelbagai mesyuarat, urusan rumah, dan lain-lain.

"Aku penat, ya Allah..." 

.........

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka, dengan memberikan syurga untuk mereka" 

......
........
.............

Sukar, benar sukar. Tapi bila baca ayat ini berulang-ulang kali, kita rasa termotivasi. Jiwa terubat. Jalan ini memang payah, tetapi ganjaran akhir harus menjadi dorongan buat kita untuk terus tsabat (teguh) dalam jalan ini. Jalan yang telah ditempuhi para rasul, para sahabat, syuhada, orang-orang solih.

Bekerjalah, ikhwah! Sungguh janji Allah itu benar.

فجددوا أيها الشباب إيمانكم ، وحددوا غاياتكم وأهدافكم، وأول القوة الإيمان ، ونتيجة هذا الإيمان الوحدة ، وعاقبة الوحدة النصر المؤزر المبين. فآمنوا وتآخوا واعملوا وترقبوا بعد ذلك النصر.. وبشر المؤمنين 

Maka wahai para pemuda, perbaharuilah iman kamu, tetapkan matlamat kamu!
Kekuatan pertama ialah iman yang akan menghasilkan kesatuan yang menjanjikan kemenangan. 
Beriman, bersaudara dan bekerjalah. Kemudian nantikan kemenangan..




*Malam terakhir sebelum kembali ke Mesir
25 Sept
Shah Alam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health