Selangkah yang lebih bernilai dari seribu langkah

بسم الله الرحمن الرحيم

"Aku sudah datang dari jauh untuk menemuimu"

Kata seorang pemuda kepada Abu 'Ali ad-Daqqaq, seorang zahid.

Pemuda tersebut datang dari negeri yang jauh dengan harapan dapat menjadi murid dan teman dekat sang zahid ad-Daqqaq. Dia mengira dia akan mendapat tempat yang utama kerana panjang dan jauh perjalanannya untuk dekat dengan ad-Daqqaq berbanding orang lain. Lalu ad-Daqqaq berkata,

"Masalah ini (menyucikan jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah) tidak bisa dicapai dengan semata-mata telah menempuh jalan yang jauh. Ceraikanlah hawa nafsumu satu langkah sahaja, maka engkau akan dapat jumpa apa yang engkau cari!"

Itulah yang dimaksudkan oleh ad-Daqqaq dengan nafsu yang selalu memerintahkan keburukan. Nafsu inilah yang selalu menimbulkan kerosakan. Tujuan dakwah seorang daie tidak akan tercapai kecuali dengan dengan memisahkan diri selangkah dari nafsu ini, sebagai bukti bahawa dia telah terlepas dari ikatannya. Ikatan dalam bentuk apapun, sama ada kasar atau halus, selama hal itu menjadi penghalang dan pelumpuh.

Khalifah Umar dengan ketajaman mata hati keimanannya berpesan dengan serius kepada salah seorang gabenornya,

"Janganlah sampai ada sesuatu yang lebih penting bagimu selain dari memperbaiki dirimu, kerana ia tidak boleh sedikit ternoda dosa"

Ingatlah wasiat seorang penyair ketika zaman Umar tersebut merumuskan,

خل الذنوب صغيرها وكبيرها فهو التقي
 اصنع كماش فوق أرض الشوك يحذر ما يري
لا تحقرن صغيرة ان الجبال من الحصي

"Ceraikanlah dosa baik kecil
mahupun besar kerana itulah ketaqwaan
berbuatlah seperti orang yang berjalan di atas tanah berduri
sehingga berhati-hati
jangan kamu remehkan kesalahan kecil
kerana gunung terbentuk dari butiran kerikil

(Dipetik dari buku al-Awaiq- Hambatan-hambatan Dakwah, Muhammad Ahmad Ar-Rasyid)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health