Pena seorang daie

بسم الله الرحمن الرحيم


Penulisan datang dari bahasa, suatu bentuk komunikasi antara satu sama lain. Kemudian dari bahasa lahirlah tulisan. Direkodkan tulisan yang terawal dalam peradaban manusia ialah tulisan cuneiform di Sumeria.

  Penulisan telah banyak mengubah dunia. Dari dunia purba hingga dunia teknologi. Dengan penulisan kita dapat mengetahui sejarah dan politik. Dengan penulisan kita memahami sosiologi dan budaya masyarakat terdahulu. Dari penulisan kita dapat memahami sastera, matematik, geometri, perubatan, pembinaan dan pelbagai khazanah ilmu yang tak ternilai banyaknya.

Tidak kurang juga terlalu ramai sarjana islam dari kalangan para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan selepasnya banyak memberikan sumbangan kepada islam melalui penulisan dalam bidang masing-masing, baik dalam bidang hadith, sejarah, fiqh, ataupun ilmu-ilmu sains yang muncul tidak lama kemudian.

Kemudian terbit penulisan para syuyukh abad terakhir ini yang menjadi bahan rujukan dalam usrah, daurah, jaulah dan program-program pemuda pemudi yang terlibat dalam dakwah dan tarbiah. Nama-nama seperti Imam Hassan al-Banna, Syed Qutb, abul a'la Al-Maududi, Fathi Yakan, Said Hawwa, Dr Yusuf al-Qaradhawi, Sheikh Muhammad al-Ghazali dan ramai lagi memainkan peranan yang besar dalam mencorak gerakan islam pada hari ini.

Segalanya bermula dari sebuah perintah-"Bacalah!" 

Sebuah perintah dalam satu peristiwa agung dalam sejarah alam ini. Satu peristiwa yang telah menjadi persimpangan hala tuju umat manusia akhir zaman. Dari kekufuran dan kejahilan kepada keimanan dan kebenaran.

Lalu perhatikanlah bagaimana perpindahan seorang manusia yang diciptakan dari segumpal darah, lalu menjadi seorang makhluk yang dikurniakan pelbagai kelebihan atas sifat Allah yang Maha Pemurah. Lalu atas segala nikmat dan kelebihan yang diberikan itu, kita dustakan dengan menurut jejak langkah iblis dan hawa nafsu? 



Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan (96:4)

Pada zaman Rasulullah saw peranan tulisan tidaklah jelas sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini.  Namun Allah sendiri mengajar manusia melalui pena dan tulisan, kerana Allah mengetahui selama-lamanya pena adalah alat mengajar yang paling mendalam kesannya terhadap hidup manusia. Kesannya seperti yang kita lihat dalam rentang sejarah manusia sepanjang zaman. Bukankah al-Quran, mukjizat terbesar Baginda saw yang telah memberi hidayah dan cahaya kepada jutaan manusia itu dalam bentuk tulisan?

Maka tidak boleh tidak, kita sebagai daie seharusnya ada usaha untuk mengajar dan mengajak manusia kepada Allah melalui penulisan.


Bagaimana penulisan seorang daie?

1. Mestilah bertujuan untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi.

2. Mestilah mempunyai sifat-sifat berikut:
  - Rabbani. Penulisan daie haruslah mengajak manusia kepada Allah. Dia juga harus mempunyai hubungan yang dekat dengan Allah.
  -Waqi'e. Seorang penulis haruslah realistik dengan masyarakat sekitarnya. Untuk itu dia harus memahami dan mendalami sasaran dakwahnya. 
  -Bersifat alami. Penulisan daie mestilah bersifat universal dan global.

3. BerfikrahPenulisan seorang daie harus berfikrah. Dia mesti mempunyai idea dan solusi yang diketengahkan. Penulisannya mempunyai maksud yang besar, harus mampu mengubah bumi. Fikrah dan ilmu perlu diimbangi agar tulisan tidak sekadar ilmiah seperti membaca buku medik, tetapi juga mampu membangkitkan semangat dan perasaan agar pembaca akhirnya bergerak.


Ini pula 7 tips yang dikongsi oleh salah seorang panelis semasa program tempoh hari,


7 Tips Penulisan yang baik

1. Ikhlaskan niat. 
2. Banyakkan membaca. (dalam erti kata lain, luaskan bahan bacaan, bukan satu genre sahaja)
3. Catatkan idea. Sediakan 'Bank Idea' walau dimana anda berada. Setiap kali ada idea tuliskan agar tidak lupa.
4. Fokus. Tinggalkan sebentar berchatting, whatsapp ataupun buat assignment. Fokus.
5. Bersederhana dari segi bahasa, isi dan kualiti.
6. Teruskan menulis, jangan berhenti. Walau blog sunyi, walau post tiada 'suka', teruskan menulis.
7. 3 Formula. 
Perkataan singkat. Jangan membebel kepada audiens. Straight to the point.
 Perenggan pendek. 
 Perkataan positif. Perkataan yang negatif akan mempengaruhi emosi pembaca. 

Oleh itu apa lagi sahabat-sahabat, ayuh tajamkan pena kita dan hunuskan di medan dakwah ini.

Betapa, sesungguhnya dengan penulisan yang hidup dapat menghidupkan kembali hati-hati manusia yang selalu terlalai. Dan betapa besarnya saham mereka di sisi Allah kelak. 

Semoga Allah memberikan kekuatan buat kita untuk menulis, serta beramal dengan apa yang dituliskan. 

Wallahua'lam.



Random pict: malam terakhir (sepatutnya) di Turki. Rindu kenangan di sana. :)  

Rujukan:
al-Quranul Karim
Tafsir Ibnu Kathir, Surah al-Alaq
Tafsir Fi Zilalil Quran, Surah al-Alaq
Pusat Rujukan Persuratan Malaysia (PRPM)
Wikipedia/cuneiform
Wikipedia/history of writing






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health