Tadabbur: Pemisah antara mukmin dan munafiq
Berikut adalah merupakan ringkasan tadabbur surah al-Hadid ayat 12-16 dari khutbah Ust Nouman Ali Khan. Semoga bermanfaat.
A. Di dalam al-Quran, disebutkan secara jelas pemisahan antara orang beriman dan orang munafiq di hari akhirat. Bahkan pada zaman Rasulullah saw, para sahabat tidak tahu siapa golongan munafiq. Jika di dunia ini tidak nampak perbezaan antara kedua-dua golongan ini, diakhirat kelak Allah akan membuat pemisahan yang jelas antara orang mukmin, dan orang yang menyangka mereka mukmin. Secara literal, akan ada dinding pemisah!
B. Duduk, hidup bersama orang beriman di dunia, tidak menjamin keber'iman'an kita di akhirat. Kita di dunia sekarang boleh berkata 'aku bersama mereka', ' aku bersama kelompok ini', tetapi akhirnya di akhirat nanti kita akan dinilai secara individu.
C. Pada hari akhirat yang bernilai hanyalah iman (pada hari akhirat ia akan menjadi nur, cahaya yang akan membawa manusia ke syurga). Hubungan kekeluargaan, saudara-mara, teman baik, satu kumpulan semuanya tidak lagi bernilai.
D. Bagaimana kita boleh kehilangan iman ini? Orang munafiq berkata, "bukankah aku dahulu bersama kamu?".
Orang beriman akan berkata kepada golongan munafiq di hari akhirat sebab-sebab mereka tidak lagi beriman (process by process):
1. فتنتم انفسكم : "akan tetapi, kalian sengaja menfitnahkan diri kalian". Sengaja meletakkan diri di dalam fitnah
Kita tahu bahawa Allah pasti akan menguji hambaNya, Dia tahu kemampuan hamba-hambaNya. Atas apa sebab pula kita sengaja meletakkan diri didalam ujian-ujian yang belum tentu kita mampu hadapi? Kuat sangatkah iman kita, sanggup menjustifikasikan diri kita mampu hadapi perkara-perkara tertentu yang melanggar batas syara'?
Kita tahu bahawa Allah pasti akan menguji hambaNya, Dia tahu kemampuan hamba-hambaNya. Atas apa sebab pula kita sengaja meletakkan diri didalam ujian-ujian yang belum tentu kita mampu hadapi? Kuat sangatkah iman kita, sanggup menjustifikasikan diri kita mampu hadapi perkara-perkara tertentu yang melanggar batas syara'?
2. وتربصتم : "Kalian menunggu-nunggu". Setelah bergelumang dalam hal itu, kita mula rasa selesa, lalu menangguh-nangguhkan taubat, tidak keluar dari situasi tidak beriman/maksiat.
3. وارتبتم : "Dan ragu-ragu". Kemudian, atas terlalu banyak dosa yang dilakukan, timbul rasa bersalah. Tetapi kita justify dengan mula ragu-ragu dengan Islam, dengan hari akhirat dan pembalasan syurga & neraka. Islam adalah punca aku tidak lagi bahagia, rasa terkongkong.
4. وغرتكم الأمانى : "Ditipu dengan angan-angan kosong". Hidupnya tidak lagi berpandukan akhirat, lalu mencari dunia untuk mengisi diri dengan bahagia dan tenang. Disibukkan dengan dunia untuk mengisi kekosongan.
E. Terangkatnya iman bukanlah semalaman, tapi satu proses yang panjang. Ini adalah antara talbis iblis dalam memesongkan manusia dari Allah, tidak secara direct, tapi perlahan-lahan. Gradual, chronic progressive course.
F. Dalam ayat 15, Allah akan 'group'kan sekali orang munafiq dan orang kafir dalam satu golongan, Kedua-duanya akan diazab di neraka, seburuk-buruk tempat kembali.
G. Lalu sekarang, kini, saat ini, sebelum datangnya akhirat, kita pun khuatir dan bimbang,
Apakah aku munafiq?
Aku sudah terlalu lama bergelumang dosa, masihkah ada jalan keluar?
Firman Allah,
"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)?"
Allah memberikan solusi dalam ayat ke-16,
"bukankah sudah tiba masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyuk ingat pada Allah?"
"bukankah sudah tiba masanya bagi orang-orang beriman untuk khusyuk ingat pada Allah?"
Jawapannya, sudah tentu ya! Sekarang lah masanya. Jangan ditunda-tunda taubat itu.
"Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka."
Sebelum al-Quran diwahyukan 14 abad yang lalu telah diturunkan kitab Zabur, Taurat, Injil kepada orang-orang terdahulu sebelum kita. Mereka juga menerima peringatan yang sama. Akan tetapi kerana mereka menunda-nunda, berlalunya masa yang panjang lalu hati mereka menjadi keras, tertutup dari pintu hidayah dan kebenaran.
Ayuh kita usahakan dari sekarang, agar kita tidak tergolong dalam golongan munafiq, yang menyangka beriman didunia, tapi muflis di akhirat. Naudzubillah.
اللَّهُمَّ طَهِّرْ قَلْبِي مِنَ النِّفَاقِ ، وَعَمَلِي مِنَ الرِّيَاءِ ، وَلِسَانِي مِنَ الْكَذِبِ ، وَعَيْنِي مِنَ الْخِيَانَةِ ، فَإِنَّكَ تَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ ” .
"Ya Allah bersihkanlah hatiku dari nifaq, (bersihkanlah) amalku dari riya, (bersihkanlah) lisanku dari dusta, (bersihkanlah) mataku dari pengkhianatan. Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan didalam dada.”
Ulasan
Catat Ulasan