Cerper: Luka
بسم الله الرحمن الرحيم
Amru baru turun dari tramco yang menurunkannya berdekatan dengan rumahnya. Langkah kakinya dipercepat. Dia tidak sabar mahu sampai ke rumah. Jam menunjukkan pukul 5.45 petang, tetapi sewaktu musim shita' (sejuk) Maghrib akan menjadi seawal 5 petang. Cuaca yang dingin serta angin yang deras menyebabkan tubuhnya sedikit menggigil walaupun sudah memakai jaket yang tebal.
Setibanya di hadapan pintu rumah, Amru mendengar suara Shafiq mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di ruang tamu.
"Mungkin sedang solat berjemaah" duganya. Amru lalu memutar tombol pintu setelah membuka kuncinya. Tekaannya benar. Shafiq sedang mengimamkan rakan-rakan serumah, Fitri dan Yasir.
Amru menuju ke biliknya untuk mengemaskan diri. Dia telah pun menunaikan solat di masjid berdekatan dengan universiti dengan rakan-rakan sekelas. Amru mengambil masa tersebut untuk membaca dan mentadabbur 2 muka al-Quran. Dia berhenti pada ayat 16, Surah al-Hadid:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
Amru teringat akan kalam-kalam yang disampaikan oleh ustaz Muhaimin dalam satu pengisian ilmu selepas Subuh. "Allah memberikan pertanyaan khusus kepada siapa? Allah tidak mengatakan muslim, tetapi khusus kepada orang-orang beriman. Ya, kepada mereka yang mengaku bahawa mereka beriman. Kita mengaku kita beriman bukan? "
" Apabila hidayah mengetuk pintu hati kita, apakah kita berkata, "lain kali" ataupun kita melambat-lambatkan diri membuka pintu tersebut? Hanya orang yang jahil dan sombong tidak akan mahu membuka pintu tersebut. Dalam kes ini, Allah memberi contoh mereka yang telah diberikan kitab sebelum turunnya al-Quran, seperti Taurat dan Injil. Mereka yang sengaja lambat-lambat membuka pintu, apabila pintu dibuka hidayah sudah pergi dan tidak kembali lagi. "
" Akhirnya hati mereka menjadi keras. Hati yang keras tidak akan lagi dapat menerima kebenaran. Kerana saat kebenaran itu datang, dia menolak. Lalu kita bagaimana? Sudah berapa lama kita membaca al-Quran, sudah berapa tahun kita menunaikan solat? Apakah kesan ayat-ayat Allah terhadap hati hati kita ini? "
"Apakah hati aku telah keras ya Allah..."
Air mata bergenang dan melimpah jua, mengalir di pipi Amru.
Pintu biliknya terkuak perlahan. Shafiq muncul di muka pintu dengan wajah yang sedikit suram.
"Am, kau busy ke sekarang?"
"Eh tak masuklah." Amru mengelap pipi dengan lengan bajunya, mengalu-alukan sahabatnya itu dengan lapang dada. Dia tidak mahu kelihatan sedih di hadapan Shafiq.
Shafiq masuk dan duduk di atas karpet hijau yang terletak di tengah-tengah bilik itu.
"Tadi aku pergi rumah adik-adik usrah di Gamaah." Shafiq memulakan perbualan. Amru duduk bersila berhadapan dengan Shafiq, cuba memberikan perhatian.
"Aku dah call, beritahu Ikhwan kelmarin, yang aku akan datang lepas Asar hari ni. Aku whatsapp juga ahli-ahli rumah yang lain."
"Okay, teruskan.."
"Tadi aku pun datang rumah diorang, aku jumpa dengan Ikhwan dan ahli-ahli rumahnya. Mereka pun ajak aku makan sekali. Aku baru tahu yang Ikhwan pandai masak. Dia masak ikan pari masak pedas." Shafiq menjelirkan lidah tanda pedas sambil tersengih pahit. Amru tersenyum.
"Tapi.." Shafiq segera mengubah nada perbualan. Kali ini lebih serius.
"Belum selesai makan, Ikhwan bercakap sesuatu yang tidak pernah terlintas di minda aku. Dia kata, "Abang Shafiq, terima kasih banyak-banyak sebab selalu tolong kami. Kami terhutang budi dengan segala bantuan yang abang Shafiq berikan sejak kami mula-mula sampai ke sini."
"Tetapi, kami tak perlukan abang dah. Kami harap abang Shafiq dah tak datang lagi ke rumah kami selepas ini. Sejujurnya saya muak tengok muka hipokrit abang Shafiq. Harapnya makanan yang kami hidangkan hari ini dapat bayar segala yang abang Shafiq buat. " Ikhwan menghabiskan ayatnya.
"Selepas itu aku tidak selera lagi makan. Ikhwan dan ahli-ahli rumahnya terus tidak melayan aku. Seolah-olah aku tidak wujud lagi di rumah itu." Shafiq sedaya upaya menahan emosinya.
"Aku pun keluar dari rumah itu. Beberapa langkah aku berjalan dari pintu rumah mereka, pecah hilai tawa dari arah yang sama..." Shafiq sudah tidak mampu menahan tangisannya.
"Aku.. aku tak faham Am.. Selama ini hubungan kami baik.."
"Tetapi... hari ini... aku tidak faham Am.." terputus-putus kalimah yang keluar dari Shafiq, yang sedang menangis teresak-esak. Amru memegang bahu sahabatnya itu. Matanya berkaca-kaca.
Benarlah, kejayaan dakwah tidak boleh dikira melalui hasil duniawi seperti ramainya pengikut, atau luasnya pengaruh dakwah. Penerimaan manusia akan dakwah bukanlah menjadi persoalan utama seorang pendakwah. Ramainya pengikut, maka dakwahnya berjaya, tiada pengikut, maka dakwahnya gagal. Andai begini hakikatnya, ramai nabi-nabi dan rasul telah gagal dalam dakwah mereka.
(Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: "Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman". Dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja. (Surah Hud: 40)

Tidak ada yang beriman, melainkan sedikit. Nabi Nuh alaihissalam telah berdakwah kepada kaumnya dengan pelbagai cara, melalui amaran, memberi berita gembira, perumpamaan-perumpamaan, bersifat tegas, lemah lembut dan segala teknik yang mampu difikirkan. Bukannya 5 atau 10 tahun, atau 30 tahun, tetapi 950 tahun! Begitulah permasalahan yang dihadapi para rasul dan nabi setiap tempat dan zaman.
Pada hari akhirat kelak, Allah tidak akan bertanya berapa ramai orang yang telah kita dakwahkan, atau kenapa sedikit sangat yang mengikut dakwah kita? Tidak! Bahkan para nabi mungkin mempunyai pengikut seramai 3, atau 2 orang atau tiada langsung pengikutnya, tetapi kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab dakwah itu dengan amanah,teliti dan bersungguh-sungguh, mereka mendapat balasan yang baik. Kita juga pasti mahu tergolong dalam mereka yang beruntung itu bukan?
Tanggungjawab seorang muslim adalah menyampaikan apa yang diketahuinya, sekalipun sedikit, melalui perbuatan ataupun lisan kepada masyarakat sekitarnya. Dakwahnya ikhlas semata-mata kerana Allah. Tiada sebarang personal gain melainkan reda Allah.
Setelah kita berdakwah, manusia itu beriman atau tidak setelah sampainya kebenaran, terletak di tangan Allah. Tanggungjawab kita gugur setelah menyampaikan amanah tersebut. Andai mereka menolak, usah sesekali kita bersikap lemah atau putus asa.
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan. (An-Nahl: 127)
"Ikhwan, aku tidak akan berputus asa!" Shafiq berjanji dengan dirinya. Amru gembira melihat semangat yang ada pada Shafiq, lalu berdoa,
Nota kaki: Cerper adalah akronim bagi cerita dan peringatan(tazkirah). Ini kalimah baru, memang takkan jumpa di kamus DBP.

"Ya Allah ya Tuhan kami, kau tetapkanlah kami dalam jalan ini
Kau teguhkanlah hati kami dalam ketaatan dan keimanan
Sesungguhnya kami tiada daya dan upaya melainkan dengan izinMu
Janganlah kau jadikan kami golongan yang berputus asa dalam menjalankan amanah ini
Kau lembutkanlah hati mereka yang menerima ayat-ayatMu
Hanya Kau lah pemberi hidayah dan Kau lah Maha Penerima Taubat...
Ameen Ya Rabbal Alamin"
Nota kaki: Cerper adalah akronim bagi cerita dan peringatan(tazkirah). Ini kalimah baru, memang takkan jumpa di kamus DBP.
Ulasan
Catat Ulasan