Catatan

Tunjukkan catatan dari 2015

Budaya ilmu dalam gerakan islam

بسم الله الرحمن الرحيم Sejauh mana kita menghidupkan budaya ilmu dalam gerakan islam? Apa gerak ini dasarnya faham atau ikut-ikut sahaja? Apa fikir kita sudah selamat hanya kerana bersama kumpulan 'islam'? Sedar atau tidak? Sengaja atau tidak sengaja? Islam itu pasti dijaga Allah, tetapi kumpulan 'islam' yang hanya ikut-ikut, tanpa ilmu dan kefahaman yang mendasar, copy dan paste, belum pasti selamat. Ambil buku, dan bacalah!

Tersentak

بسم الله الرحمن الرحيم Berapa banyak masa terbazir dengan hal-hal yang tidak bermanfaat. Berapa banyak lagi jiwa-jiwa yang kita biarkan dari disentuh hidayah. Berapa banyak lagi masa yang diperlukan agar kita sedar dari lamunan. Sampai bila harus begini? Mulakan langkah! Usah lagi ragu. Mulakan sekarang!

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

oleh Adib 'Afifi bin Abdul Rahim Latar belakang Terma intifada secara harafiahnya bermaksud gegaran. Perkataan al-Aqsa, juga dikenali sebagai Baitul Muqaddas adalah merupakan tempat ibadah ke-3 paling mulia dalam Islam. Judaisme merujuknya sebagai Temple Mountain, tapak paling mulia dalam agama Yahudi dan didakwa pernah dibina atasnya Haikal Sulaiman. Intifada al-Aqsa merujuk kepada kebangkitan rakyat Palestin menentang Israel. Lawatan provokasi Ariel Sharon ke Haram As-Syarif pada 28 September 2000 adalah merupakan pencetus yang mengakibatkan kemarahan dan kebangkitan rakyat Palestin. Kebangkitan ini dinamakan Intifada al-Aqsa atau Intifada ke-2. Ianya berlaku 2 bulan selepas gagalnya Proses Oslo. Intifada al-Aqsa berlangsung tidak hanya semata-mata kerana tindakan Ariel Sharon, tetapi juga adalah hasil siri peristiwa selama berpuluh tahun dan multifaktorial yang membawa kepada kebangkitan ini. Namun dalam artikel yang ringkas ini saya hanya akan mengulas salah satu fakto...

Bekerjalah, ikhwah!

بسم الله الرحمن الرحيم Ziarah ke Hidayah Centre Foundation (HCF) minggu lalu memberikan satu sisi pandang yang penting bagi saya. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki pejabatnya, terletak di Taman Melawati hari Selasa yang lalu. Berjumpa dengan ikhwah yang menjadi fulltimer di sana, kami berbual-bual, bertanya tentang HCF, sejarah dan pencapaiannya selama sedekad sejak diasaskan pada 2005. Hasil dari perbualan dan pemerhatian saya, ini beberapa poin penting yang ingin ditekankan: 1. Fokuskan tenaga dan usaha kepada mualaf kerana mereka berpotensi menjadi anasir taghyir ( unsur-unsur pengubah) atas asas pertama bahawa mereka pernah berada didalam suasana jahiliah dan pengalaman itu menjadikan mereka lebih memahami non-muslim, dan kedua kebiasaan mereka yang memeluk islam (revert) ini adalah kerana mereka mencari, mengkaji dan banyak berfikir seperti paderi, dan orang bijak pandai. Maka setelah mereka revert kepada Islam, mereka mempunyai asas kefahaman yang mantap bahkan le...

Manusia, khalifah dan pendidikan

Imej
Seminar Berfikir Cara Muslim. 13/9/15 بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum wbt. Pada pagi ini saya ingin kongsikan beberapa ayat dari al-Quran tentang pelantikan manusia sebagai khalifah, dan menariknya ialah bagaimana ia terkait rapat dengan pendidikan berdasarkan pembentangan ustaz Hasrizal semasa Seminar Berfikir Cara Muslim di UTM, Kuala Lumpur.  Manusia sebagai khalifah Dalam al-Quran, Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Allah telah memilih nabi Adam as sebagai khalifah. Lalu para malaikat bertanya, Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Dan Allah membalas,  Tuhan berfirman...

The basic principle of law

In the name of Allah the Merciful Given the centrality of Israel's claim, the question of whether Israel does indeed have a "right to exist as a Jewish state" deserves serious consideration. A useful lens through which to examine this proposition is the foundational legal maxim I cited at the beginning of this chapter. Put in simple terms, if a person bears right, then there must be some venue- usually a court of law-where she can seek to have that right enforced, to have a penalty imposed on the violator, or to obtain some other form of legal relief. In the formulation of the eighteenth-century jurist William Blackstone, "It is a settled and invariable principle in the laws of England, that every right when with-held must have a remedy, and every injury its proper redress." His insertion of the word proper reminds us that a remedy must be lawful and equitable. If my neighbour cuts down my tree, a proper remedy might include paying damages to me, replacing th...

Israel pengeksport senjata ke-6 terbesar dunia

بسم الله الرحمن الرحيم Sesiapa yang pernah menonton filem Valley of The Wolves: Palestine dari Turki pasti akan teringat pada satu babak awal dimana watak antagonis Moshe telah menguji senjata baru keatas rakyat Palestin. Walaupun cerita ini hanyalah fiksyen, namun babak ini memberikan gambaran sebenar terhadap keadaan yang dihadapi rakyat 4 juta Palestin setiap hari di Gaza dan Tebing Barat (Judea-Samaria). Pada tahun 2013 sahaja, eksport persenjataan dari Israel mencecah 7.5 bilion USD, dua kali ganda berbanding tahun 2003 (3.5 bilion USD), menjadikannya pengeluar senjata ke-6 tertinggi di dunia 1 . Ini memaparkan contradiction yang jelas terhadap 'demokrasi' dan 'keamanan' yang diwar-warkan Israel dan US kepada dunia. Hakikat bahawa Israel menggunakan rakyat Palestin sebagai 'guinea pig' untuk eksperimentasi & 'tutorial' adalah sesuatu yang zalim dan tidak berperikenusiaan. Ini juga menjadi salah satu sebab mengapa Israel tidak pernah ingi...

Politik Masjid

بسم الله الرحمن الرحيم Politik berlaku dimana-mana, termasuklah masjid. Tujuan masjid ditubuhkan adalah sebagai pusat perkumpulan umat Islam, khususnya untuk solat berjemaah, dan lain-lain aktiviti berkadarkan kemampuan dan objektif-objektif khusus masjid tersebut dibina. Apabila masjid dibina, akan ada organisasi yang diwujudkan bagi memudahkan objektif dicapai. Organisasi akan terdiri daripada jemaah sekitarnya, dan juga dipengaruhi oleh situasi semasa politik semasa di tanah air. Sudah tentu, masjid-masjid di Selangor pasti mengalami 'shift' yang besar selepas PRU 12 pada 2008 apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan 5 buah negeri. Ada masjid yang ditutup, ditukar pentadbiran, dan mengalami konflik sesama ahli jemaah masjid apabila berlaku perubahan politik. Poin utama saya apabila membicarakan tentang isu ini ialah: 1. Sesiapa pun pimpinan masjid seharusnya bersikap profesional dan terbuka dengan perbezaan yang berada dalam kerangka yang dibenarkan sya...

Kerana boikot adalah cerita-cerita kemenangan!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Ramadhan lalu kita telah dikejutkan dengan serangan Israel terhadap Gaza selama 55 hari. Tidak sampai setahun kemudian Freedom Flotilla 3 (ketika saya menulis ini) sedang menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan ke sana. Kita mendoakan agar perjalanan mereka lancar. Dan pada  minggu yang lalu, Agensi Perdagangan dan Pelaburan UN (UNCTAD) telah melaporkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Israel merosot 50% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Menurut Dr Danny Ranos, salah seorang penulis dan penyelidik dari jabatan tersebut menyatakan serangan Israel terhadap Gaza tahun lalu, dan boikot global adalah antara faktor kemerosotan tersebut.   Laporan penuh.  Namun, semasa saya dan team Aqsa Syarif Mesir & KL mengadakan tinjauan di sekitar KL pada September 2014, masyarakat rata-ratanya masih tidak yakin dengan kempen ini. Saya tidak dapat memberikan konklusi akhir dari tinjauan ini kerana tidak mencapai bilangan sampel yang ditetapkan. Sekada...

Persoalan-persoalan penting dari sirah Salahuddin

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Dalam memperkatakan tentang pembebasan Palestin dan bumi Syam, kita tidak akan lari dari menyebut nama Khalifah Umar al-Khattab ra dan Salahuddin al-Ayyubi. Dalam mengenang sejarah gemilang dan membangkitkan semangat para pemuda islam, kisah mereka akan sering diulang-ulang dalam khutbah dan ceramah. Mendengar kisah Umar ra yang ditegur kerana memakai pakaian yang compang camping, dengan tegas berkata kepada Abu Ubaidah al-Jarrah ra, "Kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, dia akan dihinakan!" benar-benar menggugah jiwa yang merindukan keizzahan Islam. Bagaimana kali pertama solat Jumaat ditunaikan selepas bebasnya al-Aqsa ditangan Salahuddin dan 250 000 tenteranya, dipenuhi para jemaah dan banjirnya dengan air mata yang khusyuk. Mendengarnya akana memberikan harapan, bahawa sejarah itu nyata, dan pernah direalisasikan. Namun, ada beberapa persoalan yang boleh kita timbulkan daripada pembacaan dan...

Let's make a change

بسم الله الرحمن الرحيم One thing that I learn in Egypt, other than the human anatomy and science of islam, is life. How hard life is here. Everyday we walk passed by the street mongers and the homeless. Everyday after prayer we would stride to the door of the masjid just to see beggars, asking for mercy that Allah rains us just a minute before. It pains me to see how these people struggled for a piece of bread. How are the children of the poor getting proper education? Yes we can blame the despotic, dictatorial government who only cares to feed their friends, unfortunately these people are not. But on our individual circumstances, is there anything we can do, or even, we should do? Aren't we muslims? Even our title bears 'peace-givers'. Titles and names are meaningful only if they are manifested in reality. We can do something. I can, and must do something. I am planning, rather, Allah is the best planner.

Mampukah kita mengubah paradigma?

بسم الله الرحمن الرحيم Setiap tahun akan ada pelajar baru yang datang ke Mesir, khusus yang saya maksudkan- Iskandariah. Setiap sesi akan ada persaingan antara persatuan dalam merekrut adik-adik tahun pertama yang masih tercari-cari panduan dan tujuan. Tiada salah dalam perkara ini. Sesiapa sahaja layak berusaha untuk merekrut sesiapa sahaja untuk menyertainya. Sebagaimana suasana di kolej dan universiti, para pelajar senior akan mempromosikan kelab dan persatuan masing-masing kepada freshie yang baru tiba. Namun, perkara ini menjadi lebih serius kerana ia melibatkan gerakan-gerakan dakwah. Apalagi dengan bilangan pelajar yang saban tahun berkurangan kerana penaja MARA telah menamatkan peluang penajaan ke Mesir atas faktor politik dan keselamatan. Setiap gerakan dakwah mahukan pelapis-pelapis bagi meneruskan agenda dan perjuangan gerakan. Jadi setiap persatuan akan melaksanakan pelan-pelan melalui program, bertemu secara individu mahupun berkumpulan bagi menarik minat kumpulan s...

Bagaimana ingin menggerakkan sesuatu idea secara efektif?

بسم الله الرحمن الرحيم Ini adalah 1 dari 2 soalan saya kepada En Fazrul, CEO Sinergi Ikhlas dalam sebuah pertemuan, dan beliau meletakkan 4 elemen penting, berdasarkan kepada pengkajian Scott Belski. 4 perkara tersebut ialah: 1. Idea 2. Structure / Organization 3. Communal forces 4. Leadership Keempat-empat perkara ini sangat penting dalam memastikan 'the burning desire' itu terus menyala dan mampu dilaksanakan. Ketika kita punya suatu visi atau impian yang ingin dicapai, pastikan agar keempat-empat perkara ini diperhatikan dan diusahakan. Tidak mungkin kebaikan dan kebenaran yang semberono tidak terancang mampu menewaskan kebatilan dan kejahatan yang tersusun. Lalu bagaimana itqan dan teliti kita dalam menyusun atur diri dan manusia, untuk diri dan manusia? Wallahu'alam.

Sujud Pembebasan

بسم الله الرحمن الرحيم Sujud itu menundukkan dahi, tetapi Memuliakan dan meninggikan muslim yang bertasbih padaNya Si jahil menyangkanya belenggu keatas hamba tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu-belenggu itu Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya Wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang meruntuhkan syirik dan was-was dalam diri tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi lantaran kehebatan dan kebesaranNya sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat menghapuskankan setiap penzalim yang sombong barangsiapa menghayati sujud ini dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya. -Abdul Wahhab Azzam, Al-Muslimun.

Agama itu النصيحة

بسم الله الرحمن الرحيم Nabi yang mulia Mengajak kepada Allah, meninggalkan mungkar Lalu dihambur kata-kata benci Nista dan ejekan oleh Quraisy diketuai Abu Lahab Kita Mengajak kepada Allah, meninggalkan mungkar Lalu dihambur kata-kata benci Nista dan ejekan Oleh mereka yang menentangku "Ini adalah mehnah dalam dakwah!" Eh, sebentar wahai saudaraku! Sebelum mengatakan kita di dalam sunnatullah Mengajak lalu ditolak Membetulkan kemudian disalahkan Perhatikan! Teliti! Kaji! Apakah cara kita itu bertepatan dengan cara nabi yang mulia? Perhatikan. Ini bukan pesanan agar tidak berdakwah Tetapi pesanan, buat para muslim Untuk mengajak manusia kepada Allah dengan cara yang terbaik. Dan adakala fatwa kita tersalah, Perbetulkan, Jika ikhlas Jika cinta Kita tidak akan berhenti mengajak mereka kepada Allah. فَهَلْ عَلَى ٱلرُّسُلِ إِلَّا ٱلْبَلَٰغُ ٱلْمُبِينُ " Bukankah rasul-rasul itu semuanya tidak bertanggungjawab selain dari menyampaikan (...

Selangkah yang lebih bernilai dari seribu langkah

بسم الله الرحمن الرحيم "Aku sudah datang dari jauh untuk menemuimu" Kata seorang pemuda kepada Abu 'Ali ad-Daqqaq, seorang zahid. Pemuda tersebut datang dari negeri yang jauh dengan harapan dapat menjadi murid dan teman dekat sang zahid ad-Daqqaq. Dia mengira dia akan mendapat tempat yang utama kerana panjang dan jauh perjalanannya untuk dekat dengan ad-Daqqaq berbanding orang lain. Lalu ad-Daqqaq berkata, "Masalah ini (menyucikan jiwa dan mendekatkan diri dengan Allah) tidak bisa dicapai dengan semata-mata telah menempuh jalan yang jauh. Ceraikanlah hawa nafsumu satu langkah sahaja, maka engkau akan dapat jumpa apa yang engkau cari!" Itulah yang dimaksudkan oleh ad-Daqqaq dengan nafsu yang selalu memerintahkan keburukan. Nafsu inilah yang selalu menimbulkan kerosakan. Tujuan dakwah seorang daie tidak akan tercapai kecuali dengan dengan memisahkan diri selangkah dari nafsu ini, sebagai bukti bahawa dia telah terlepas dari ikatannya. Ikatan dalam bentu...

Carving the same path to Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم I was startled when I saw the news on twitter about the death of Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) on Thursday evening. I scrolled on twitter and facebook, and after screening many mainstream news reporting the same event, it affirmed me over any fabrication or falsification. It was indeed a great loss for many, especially the people of Kelantan which had really a strong bond with Tuan Guru. I had never really known Tuan Guru, apart from what many people know about him. He was a great leader, humble in personality yet charismatic and stood firmly on his beliefs and principles. A few milliseconds followed by, and social media were heavily condensed with news, peoples' personal experiences & stories with him, videos, and photos on or by Tuan Guru. That trend continues until now, although the waves might have been slower and more articles would be more analytic and critical towards Tuan Guru. When a good people is dead, people will tell others their meaning...

Mengikhlaskan perjuangan Palestin kerana Allah

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Permasalahan yang menimpa Palestin hakikatnya bukan hanya ujian buat rakyat Palestin tetapi juga adalah ujian buat kita semua umat Islam. Allah swt tidak sahaja sedang memilih hamba-hambaNya di Palestin, tetapi pada masa yang sama Allah juga sedang menyaring umat Islam yang berada di luar Palestin. Allah ingin menguji, siapa dari kalangan hambaNya yang ada rasa peduli terhadap saudara-saudara mereka di Palestin, dan juga kepada Masjid al-Aqsa yang sehingga kini masih dijajah Zionis. Isu Palestin juga menjadi kayu pengukur, sejauh mana umat Islam kembali kepada Allah. Perkara ini adalah penting kerana secara faktanya, al-Aqsa hanya mampu dibebaskan oleh hamba-hamba Allah yang ikhlas berjuang, soleh, serta memiliki kekuatan fizikal dan spiritual, sebagaimana telah kita saksikan dalam sejarah pembebasan al-Quds oleh para sahabat dipimpin oleh Abu Ubaidah al-Jarrah ra pada tahun ke 15H (637M) dan Salahuddin al-Ayyubi (27 Rejab 583H/1187M). Baginda saw telah me...

Kenapa..?

Kenapa, ayat-ayat Allah yang dibacakan sehingga orang musyrikin menangis, tidak mampu merobah kita? Ataukah hati kita terlalu keras, ataukah kita suka bertangguh tangguh, sehingga hanya kematian hanya mampu merobah kita? "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim." (al-Mu'minun:107)