Israel pengeksport senjata ke-6 terbesar dunia
بسم الله الرحمن الرحيم
Sesiapa yang pernah menonton filem Valley of The Wolves: Palestine dari Turki pasti akan teringat pada satu babak awal dimana watak antagonis Moshe telah menguji senjata baru keatas rakyat Palestin. Walaupun cerita ini hanyalah fiksyen, namun babak ini memberikan gambaran sebenar terhadap keadaan yang dihadapi rakyat 4 juta Palestin setiap hari di Gaza dan Tebing Barat (Judea-Samaria).
Pada tahun 2013 sahaja, eksport persenjataan dari Israel mencecah 7.5 bilion USD, dua kali ganda berbanding tahun 2003 (3.5 bilion USD), menjadikannya pengeluar senjata ke-6 tertinggi di dunia1. Ini memaparkan contradiction yang jelas terhadap 'demokrasi' dan 'keamanan' yang diwar-warkan Israel dan US kepada dunia. Hakikat bahawa Israel menggunakan rakyat Palestin sebagai 'guinea pig' untuk eksperimentasi & 'tutorial' adalah sesuatu yang zalim dan tidak berperikenusiaan.
Ini juga menjadi salah satu sebab mengapa Israel tidak pernah ingin melepaskan Tebing Barat dari cengkamannya sejak 1967 kerana West Bank adalah makmal ujian (lab) bagi menguji senjata-senjata terbaru sebelum dieksport ke seluruh dunia, dengan pasaran dari negara-negara Asia Pasifik semakin berkembang beberapa tahun kebelakangan ink. Ketika "War on Terror" dilancarkan oleh negara Barat diketuai AS selepas 9/11, Israel menjadi pakar rujuk utama atas 'pengalamannya' mengatasi terorisme sejak perang dunia ke-2, dan rakyat Palestin menjadi mangsa.
Apakah Israel mahukan kedamaian bersama Palestin, saat mereka sendiri antara pengeksport senjata dan perkhidmatan ketenteraan yang utama?
Kita tahu jawapannya.
nota:
1. Yuval Azulai, "Arms Exports Hit Record 7.5b in 2012," Globes, July 23, 2013. Gili Cohen, "Israel Ranks as the World's Sixth Largest Arms Exporter in 2012, " Haaretz, June 25,2013.

Ulasan
Catat Ulasan