Persoalan-persoalan penting dari sirah Salahuddin

بسم الله الرحمن الرحيم

Dalam memperkatakan tentang pembebasan Palestin dan bumi Syam, kita tidak akan lari dari menyebut nama Khalifah Umar al-Khattab ra dan Salahuddin al-Ayyubi. Dalam mengenang sejarah gemilang dan membangkitkan semangat para pemuda islam, kisah mereka akan sering diulang-ulang dalam khutbah dan ceramah. Mendengar kisah Umar ra yang ditegur kerana memakai pakaian yang compang camping, dengan tegas berkata kepada Abu Ubaidah al-Jarrah ra, "Kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam, sesiapa yang mencari kemuliaan selain dari Islam, dia akan dihinakan!" benar-benar menggugah jiwa yang merindukan keizzahan Islam. Bagaimana kali pertama solat Jumaat ditunaikan selepas bebasnya al-Aqsa ditangan Salahuddin dan 250 000 tenteranya, dipenuhi para jemaah dan banjirnya dengan air mata yang khusyuk. Mendengarnya akana memberikan harapan, bahawa sejarah itu nyata, dan pernah direalisasikan.

Namun, ada beberapa persoalan yang boleh kita timbulkan daripada pembacaan dan penelitian kita terhadap isu pembebasan al-Quds khususnya pada zaman Salahuddin:

1. Adakah kemunculan insan seperti Salahuddin al-Ayyubi adalah secara tiba-tiba, from 'vacuum'? Adakah ia fenomena individu dan peribadi yang penuh mukjizat?

2. Bagaimana kebangkitan itu berlaku pada saat yang sama kita tahu bahawa umat Islam ketika itu berada dalam keadaan yang berpecah belah akibat taksub mazhab, para ulama' mengejar jawatan dan pangkat, para sultan hidup dalam kemewahan dan melupakan kesengsaraan rakyat?

3. Apakah sistem yang dilaksanakan oleh mereka-mereka sebelum Salahuddin sehingga mampu membangkitkan ummah yang lena dari tidur seterusnya mengembalikan kegemilangan dan mencapai kemuncak ketika fathul Maqdisiyyah pada 1187 Masihi?

Mungkin ini adalah antara kunci penting kepada persoalan kita pada hari ini yang masih belum berjawab, "Bagaimanakah al-Aqsa akan terbebas?"

Buku "Rahsia Kejayaan Generasi Salahuddin" oleh Dr Majid Irsan Kaylani
 terbitan Islamic & Strategic Studies Institute

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health