Kerana boikot adalah cerita-cerita kemenangan!

بسم الله الرحمن الرحيم


Ramadhan lalu kita telah dikejutkan dengan serangan Israel terhadap Gaza selama 55 hari. Tidak sampai setahun kemudian Freedom Flotilla 3 (ketika saya menulis ini) sedang menuju ke Gaza bagi menyalurkan bantuan ke sana. Kita mendoakan agar perjalanan mereka lancar. Dan pada minggu yang lalu, Agensi Perdagangan dan Pelaburan UN (UNCTAD) telah melaporkan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Israel merosot 50% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya. Menurut Dr Danny Ranos, salah seorang penulis dan penyelidik dari jabatan tersebut menyatakan serangan Israel terhadap Gaza tahun lalu, dan boikot global adalah antara faktor kemerosotan tersebut.  Laporan penuh. 

Namun, semasa saya dan team Aqsa Syarif Mesir & KL mengadakan tinjauan di sekitar KL pada September 2014, masyarakat rata-ratanya masih tidak yakin dengan kempen ini. Saya tidak dapat memberikan konklusi akhir dari tinjauan ini kerana tidak mencapai bilangan sampel yang ditetapkan. Sekadar pandangan peribadi saya ialah kerana faktor kefahaman. On the positive note, kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu Palestin dan boikot di tahap yang baik.


"Our eyes doesn't see what the mind doesn't know".


Kenapa boikot?


Apabila bercakap tentang boikot dan dalam menggalang usaha ini ke hadapan, ada dua perkara yang perlu kita jelas.


Pertama, dari aspek sejarah, boikot adalah usaha dari pihak yang tertindas terhadap penguasa. Boikot ini bukanlah taktik baru, tetapi juga berakar umbi dari perjuangan menentang kolonialisma dan penjajahan.


Hari ini rakyat Palestin turut bersama dengan para pendahulu menerajui usaha-usaha membebaskan negara dan bangsa dari genggaman kolonialis. 


Dan bukan sekadar bangkit dan melawan, bahkan mereka menang!


Kedua, Boycott, Divest & Sanction (BDS) yang diasaskan oleh masyarakat sivil Palestin pada 2005 adalah sebuah kempen global dan bersifat aman, 'non-violence'. 


BDS bertujuan meningkatkan tekanan ekonomi dan politik keatas Israel agar mematuhi objektif-objektif berikut: mengakhiri penjajahan dan kolonialisasi keatas tanah Palestin, ekuiti sepenuhnya kepada warga Arab-Palestin di Israel dan menghormati hak untuk kembali kepada pelarian Palestin.


Inisiatif ini ditubuhkan atas kegagalan negara-negara Islam dan para pemimpin Arab dalam mengembalikan hak rakyat Palestin dan menekan Israel secara efektif apabila mereka berkompromi dengan neoliberalis dan imperialis AS.

BDS tidak terikat pada mana-mana negara dan kerajaan menjadikannya sebuah kempen yang meluas dan tidak terikat pada mana-mana kepentingan. 

Melalui kempen BDS, masyarakat global berupaya memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin, tanpa keganasan dan berkesan.

Sebelum kita melihat sejauh mana boikot ini telah memberi impak kepada perjuangan anti kolonialisma, ketahui serba ringkas latar belakang 'boikot'.

Asal-usul boikot

Perkataan boikot berasal dari nama seorang ajen tanah pada abad ke-19 di Ireland bernama Captain Charles Boycott.

Beliau bertanggungjawab menguruskan tanah estet yang dimiliki Lord Erne, di County Mayo. Charles Boycott dikenali dengan kekejaman beliau terhadap penyewa tanah seperti enggan menurunkan sewa tanah walaupun kemarau menimpa dan berkurangnya hasil tanaman. 

Kerana mereka gagal membayar sewa, beliau bertindak menghalau mereka pada 1880. Para pekerja, diketuai Irish Land League melancarkan kempen boikot ke atas Charles Boycott. Seluruh komuniti melibatkan diri.

Pekerja enggan mengerjakan tanahnya, pekedai tidak mahu berurusan dengannya, serta posmen tidak mahu menghantar surat kepadanya. Akhirnya Charles Boycott meninggalkan Ireland pada tahun yang sama. 

Peristiwa tersebut dirakam dalam sejarah, perkataan boikot kekal didalam kamus bahasa dan akan terus popular digunakan sehinggalah Israel mengangkat bendera putih.

Dari Swadeshi ke Mahatma Gandhi

Lewat abad ke-19, Syarikat India Timur (EIC) memaksa peladang India untuk menanam kapas dan nila untuk dieksport ke Britain. Kemudian bahan-bahan tersebut akan dijadikan tekstil dalam kuantiti besar dan dieksport kembali ke India. India mengalami kekurangan kapas dan produk-produk tempatan berasaskan kapas menjadi lebih mahal berbanding produk yang diimport dari India. Akibatnya kemiskinan dialami para peladang dan tukang tenun.

Pada 1905, golongan nasionalis India menubuhkan gerakan Swadeshi memberi maksud "menjadi hak milik negaranya". Strategi ekonomi ditekankan dalam pergerakan ini, menggesa rakyat India untuk hanya mengguna dan membeli barang-barang tempatan. 

Mahatma Gandhi menggesa rakyat India untuk beralih kepada produk tempatan seperti Kadi


Mahatma Gandhi mengetuai Kongres Nasional India pada 1921 dan meneruskan momentum Swadeshi dengan menyeru rakyat untuk memakai Kadi, atau pakaian yang ditenun dengan tangan dan memboikot pakaian yang dibuat melalui kilang. 

India menyahut seruan tersebut dan bahkan mereka membakar pakaian-pakaian mereka yang dibuat dari kilang sebagai protes terhadap penindasan British. Kesannya lebih banyak Kadi dihasilkan dan ekonomi tempatan berkembang. Itu salah satu contoh.

Kempen boikot tersebut semakin mendapat tempat pada dekad berikutnya. India tidak lagi bercakap tentang ekualiti ekonomi, tapi pembebasan dari kuasa kolonial. Hal ini memberi tekanan yang besar kepada British yang sedia mengalami kemerosotan dari pelbagai aspek menjelang perang dunia ke-2.

Afrika Selatan negara Apartheid

Bermaksud 'pemisahan' dari bahasa Afrikaan, apartheid adalah sebuah sistem pengasingan mengikut bangsa yang ditadbir Afrika Selatan lebih 50 tahun. Tujuannya adalah untuk memelihara ketuanan orang berkulit putih keatas yang bukan berkulit putih. 

Namun, sistem ini sudah bermula lebih awal pada abad ke-17 dibawah penjajahan Belanda dan kemudian British.

Pada tahun 1948, undang-undang apartheid secara rasmi diluluskan, diketuai oleh Parti Nasional yang rata-ratanya merupakan bangsa minoriti Afrikaan dan meneruskan lagi penindasan keatas kaum peribumi Afrika.

Rakyat Afrika dibahagikan mengikut 4 warna kulit; putih, hitam, indian dan berwarna (perkahwinan campuran). Undang-undang apartheid dilaksanakan hanya memberi kelebihan kepada golongan minoriti berkulit putih dan menindas selain mereka.

Perkahwinan campur diharamkan. Tidak mempunyai hak-hak politik dan tidak boleh mengundi. Pekerja diberikan gaji yang minimum. Non-whites dimestikan mempunyai kad identiti. Kemudahan dan perkhidmatan awam seperti hospital, bas sekolah dan pawagam juga diasingkan. Sistem Bantustan, penempatan mengikut bangsa melalui Black Homeland Citizenship Act 1970 terus memencilkan golongan bukan putih.



Tentu saja, mengambil inspirasi dari pergelutan antarabangsa seperti India keatas British, rakyat peribumi bangkit dan menentang eksploitasi orang kulit putih. Para pelajar dan pemuda kulit hitam menjadi pelopor kepada protes-protes ini dan dibalas dengan penindasan berdarah dari kerajaan.

Golongan terpelajar seperti Nelson Mandela, Oliver Tambo dan Walter Sisulu mula dikenali. African National Congress (ANC) menjadi antara pertubuhan utama yang mengetuai aspirasi golongan berkulit hitam.

Boikot berkesan

Secara perlahan, mereka mendapat sokongan antarabangsa. Tekanan kepada Afrika Selatan berlaku di peringkat global. Syarikat-syarikat Eropah menghentikan eksport produk, Sukan Olimpik memboikot Afrika Selatan dari menyertainya dari 1964 sehingga 1988. Mereka menerima sokongan yang hebat walaupun ditentang oleh Amerika Syarikat dan Britain.

Margaret Thatcher, Perdana Menteri Britain mengatakan ANC adalah sebuah 'organisasi pengganas'. Jurucakap beliau, Bernard Ingham, dalam satu pengisytiharan yang terkenal menyebutkan sesiapa sahaja yang yakin ANC akan membentuk kerajaan di Afrika Selatan 'hidup di dunia khayalan'.

Namun apa yang terjadi sebaliknya.

Reform apartheid pada tahun 80-an gagal melenyapkan tekanan besar dari pihak pembangkang, pada 1990, Presiden Frederik Willem de Klerk memulakan rundingan untuk menghentikan apartheid. 

Kejayaan ini mencapai kemuncak pada pilihanraya demokratik umum yang pertama kali memberi peluang kepada golongan bukan putih mengundi, dan dimenangi Parti ANC yang dipimpin Nelson Mandela selepas dibebaskan setelah 27 tahun dipenjarakan.

Boikot menentang kuasa imperialis, adalah pergelutan jangka masa panjang.

Tetapi ia berkesan.

Akan tetapi, rakyat Palestin tidak mempunyai kekuatan strategik yang sama keatas Israel sebagaimana rakyat India dan Afrika Selatan.

Sekiranya penduduk peribumi India dan AS seluruhnya berhenti bekerja dan mogok, kerajaan mereka akan lumpuh- kerana kelebihan demografi mereka yang jauh melebihi penjajah. Namun Palestin tidak menikmati kelebihan tersebut.

Atas sebab itulah kita akan memahami penolakan Israel secara total terhadap resolusi 194 yang memberi hak kepada rakyat Palestin untuk kembali ke rumah mereka, pembinaan perumahan secara haram, pembinaan pos-pos tentera dan tembok apartheid semuanya adalah bagi menolak rakyat Palestin keluar dari tanah mereka, menjadikan mereka golongan minoriti.

Atas sebab demikian rakyat Palestin di Israel, secara numerikal tidak mampu memberi tekanan kepada Israel dari dalam.

Tetapi kita semua mampu.

Kita semua mampu 

Rakyat Palestin telah berjuang sejak tahun 20-an. Kunci pintu teratak kayu telah diwarisi beberapa generasi. Darah dan peluh tidak pernah kering di Gaza, Arihah, Asqalan, Nablus, Jenin dan Masjid al-Aqsa. Dari intifadah al-Aqsa sehinggalah Asfim Ma'kul mereka tidak berhenti walau ditetak dan dikhianat berkali-kali. Hadith baginda saw membenarkan mereka.

Namun, untuk pergi beberapa tahap lebih jauh, mereka tidak boleh lagi berjuang dalam isolasi. 

Hal ini kerana Israel pada hari ini menguasai politik, ekonomi dan media. Politik dan diplomasi antarabangsa terbukti gagal mengubah pendirian Israel yang berterusan melakukan jenayah dan pelanggaran hak asasi dan undang-undang. Resolusi-resolusi PBB dan perjanjian damai tidak dipatuhi, apatah lagi dibantu dengan kuasa veto US di peringkat Security Council (Majlis Keselamatan PBB).Ditambah pula dengan bantuan ketenteraan dan persenjataan yang tercanggih, serta suntikan 3 juta USD setiap tahun kepada Israel.

Sebaliknya, rakyat Palestin tiada kekuatan ketenteraan, tidak mempunyai kuasa politik bagi menentukan hala tuju dan polisi negara serta tidak diberikan hak-hak asas yang sewajarnya sebagaimana didapati oleh rakyat Israel.

Kali ini kita harus bersama memikul tanggungjawab tersebut. 

Antaranya ialah menyebarkan maklumat kepada masyarakat melalui penganjuran 'talk', forum dan edaran pamplet, menghentikan penggunaan produk-produk boikot didalam program, serta menyediakan alternatif kepada produk yang diboikot.

Sebagaimana kolonialis dan imperialis dikejutkan dengan kebangkitan rakyat India & Afrika Selatan, Palestin juga mampu mencapai pembebasan dari negara haram Israel. Insha-Allah.

Kenapa?

Kerana boikot adalah cerita-cerita kemenangan!



Sumber:

Israel’s fear of boycott rooted in tactic’s historic victories against colonialism- Tithi Bhattacharya
Dr Hafidzi Mohd Nor, MyCARE Bhd, Aqsa Syarif 
Electronic Intifada
history.state.gov
bdsmoevement.net
History of Apartheid in South Africa- students.stanford.edu
Apartheid Explained- AJ Plus
The Swadeshi Movement- Edurite
Thebetterindia.com
www.ourdocuments.gov
Wikipedia heh




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health