Politik Masjid
بسم الله الرحمن الرحيم
Politik berlaku dimana-mana, termasuklah masjid. Tujuan masjid ditubuhkan adalah sebagai pusat perkumpulan umat Islam, khususnya untuk solat berjemaah, dan lain-lain aktiviti berkadarkan kemampuan dan objektif-objektif khusus masjid tersebut dibina.
Apabila masjid dibina, akan ada organisasi yang diwujudkan bagi memudahkan objektif dicapai. Organisasi akan terdiri daripada jemaah sekitarnya, dan juga dipengaruhi oleh situasi semasa politik semasa di tanah air.
Sudah tentu, masjid-masjid di Selangor pasti mengalami 'shift' yang besar selepas PRU 12 pada 2008 apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan 5 buah negeri. Ada masjid yang ditutup, ditukar pentadbiran, dan mengalami konflik sesama ahli jemaah masjid apabila berlaku perubahan politik.
Poin utama saya apabila membicarakan tentang isu ini ialah:
1. Sesiapa pun pimpinan masjid seharusnya bersikap profesional dan terbuka dengan perbezaan yang berada dalam kerangka yang dibenarkan syara'.
2. Amalan syura mesti dilaksanakan dalam memutuskan sebarang ketetapan seperti ceramah, program dan sebagainya agar suasana harmoni dapat dikekalkan. Apabila keputusan mesyuarat sudah diputuskan maka berpeganglah padanya.
3. Setiap ahli jawatankuasa tidak harus takut mengatakan apa yang dirasakan paling baik sekalipun tidak mewakili pandangan majoriti, kembali kepada syura pada poin 2.
4. Masjid PAS mahupun UMNO, khususnya perlu mengamalkan dasar inklusif dan meraikan kepelbagaian kerana kalian adalah parti politik yang mewakili rakyat. Sekiranya kalian mendakwa mampu mentadbir Malaysia yang terdiri dari pelbagai bangsa, agama dan latarbelakang, maka semestinya kalian lebih mampu mentadbir masjid dalam suasana harmoni dan sejahtera. Jangan kerana perbezaan politik 2 pihak, rakyat terbanyak di tengah menjadi mangsa.
5. Akhirnya paling penting, fahamilah dan kembalilah kepada tujuan asal masjid dibina. Satu kerugian apabila masjid dibina untuk menyatukan ummah dan menggerakkan dakwah tetapi menjadi gelanggang pergaduhan mereka yang berkepentingan peribadi/golongan tertentu. Makmurkanlah masjid sebagaimana yang dikehendaki Allah dan RasulNya saw.
"Sesungguhnya solat berjemaah ini merupakan nikmat yang besar, dalam memberikan kesempatan kepada manusia untuk menikmati lima kali dalam sehari, menghirup udara perdamaian yang sihat, di tengah dunia yang diliputi pertentangan dan perjuangan, menghirup udara persamaan di masa terjadinya perbedaan dalam kepentingan dan pendapat, menghirup udara kasih sayang di tengah dunia yang penuh kedengkian, dendam dan permusuhan dalam kehidupan sehari-hari" -Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, Iman dan Kehidupan.
Disclaimer: Saya tiada pengalaman dalam organisasi masjid selain di sekolah, tetapi ini berdasarkan pemerhatian dan perbualan saya dengan abah, rakan-rakan dan orang-orang masjid.

Ulasan
Catat Ulasan