Manusia, khalifah dan pendidikan
Seminar Berfikir Cara Muslim. 13/9/15 |
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt. Pada pagi ini saya ingin kongsikan beberapa ayat dari al-Quran tentang pelantikan manusia sebagai khalifah, dan menariknya ialah bagaimana ia terkait rapat dengan pendidikan berdasarkan pembentangan ustaz Hasrizal semasa Seminar Berfikir Cara Muslim di UTM, Kuala Lumpur.
Manusia sebagai khalifah
Dalam al-Quran, Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?".
Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
Dalam al-Quran, Allah telah memilih manusia untuk menjadi khalifah.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".
Allah telah memilih nabi Adam as sebagai khalifah. Lalu para malaikat bertanya,
Dan Allah membalas,
Di sini Allah telah meletakkan Adam (manusia) pada suatu status yang tinggi, dimana lebih tinggi daripada malaikat yang sentiasa taat dan bertasbih memujinya tanpa henti. Pada Adam, ada potensi tersembunyi!
Allah menunjukkan potensi Adam pada ayat seterusnya,
Apakah potensi tersebut sehingga para malaikat mengakui kelemahan mereka dan bertasbih memuja kehebatan dan kebijaksaan Sang Pencipta, Allah swt?
Potensi Adam
Itulah potensi manusia, kemampuannya untuk BELAJAR. Akal yang dikurniakan Allah kepada manusia berpotensi besar sehingga mereka mampu belajar apa yang tidak mampu dicapai atau di-brain oleh para malaikat, makhluk yang bukan sebarang makhluk. Jibril as diamanahkan menurunkan wahyu secara 'by-hand' daripada Allah kepada Rasulullah saw adalah petunjuk ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah, dan manusia mampu menjadi lebih mulia daripada malaikat.
Allah telah menjadikan manusia sebagai khalifah kerana dia adalah makhluk yang BELAJAR.
Maka dari sini kita mampu simpulkan bahawa manusia dan pendidikan adalah dua perkara yang tidak mungkin terpisah dan terasing. Tiada manusia tanpa pendidikan, dan vice versa. Untuk membentuk seorang KHALIFAH, mesti ada proses PENDIDIKAN.
Tujuan pendidikan adalah agar manusia berfikir, jika manusia ada masalah berfikir, maka kemanusiaannya harus dipersoalkan. Oleh itu, pendidikan yang berkualiti dan sistemik adalah asas kepada penghasilan seorang manusia bertaraf khalifah.
Kata-kata John Taylor Gatto, dalam bukunya Dumbing us Down: The Hidden Curriculum of Compulsory Schooling menjelaskan makna pendidikan;
“Whatever an education is, it should make you a unique individual, not a conformist; it should furnish you with an original spirit with which to tackle the big challenges; it should allow you to find values which will be your roadmap through life; it should make you spiritually rich, a person who loves whatever you are doing, wherever you are, whomever you are with; it should teach you what is important, how to live and how to die.”
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia
Sungguh banyak persoalan dan perbincangan yang boleh kita bawakan dari sini. Saya cuba memberi satu soalan dan menjawabnya,
Adakah sistem pendidikan hari ini (public education) khususnya di Malaysia memandaikan manusia atau sebaliknya? Statistik pada 2 laporan berita dibawah boleh memberi gambaran secara kasar:
Penilaian ini tetap subjektif, tidak boleh dihitung secara tepat kerana setiap pihak ada kecenderungan dan alat ukur yang tersendiri. Namun secara umumnya kita semua bersetuju bahawa sistem pendidikan di Malaysia masih jauh daripada tahap yang membanggakan.
Kemudian timbul pula persoalan-persoalan lain:
1. Pendidikan yang bagaimanakah mampu menjadikan manusia seorang khalifah (memakmurkan bumi dan menegakkan syiar Allah di atas muka bumi)?
2. Adakah home schooling mampu menampung bebanan pendidikan di negara kita?
3. Apa peranan kita sebagai rakyat Malaysia dalam memperbetulkan keadaan ini?
4. Adakah sistem pendidikan Malaysia hari ini overcentralized sehingga institusi sekolah tidak boleh beroperasi secara praktikal dan sesuai keperluan mereka? Jika decentralization option yang lebih baik, sejauh mana kebebasan tersebut?
5. Does Malaysian politics serves education, or the other way around?
Suasana politik yang tidak bersih, sikap perkauman masih menebal dalam sebahagian masyarakat, pemimpin-pemimpin yang tidak beramanah dan berintegriti, serta gejala sosial yang membimbangkan adalah antara kesan dari sistem pendidikan yang gagal.
Dengan melalui proses dan sistem pendidikan yang praktikal, seimbang dan sistemik, secara tabiatnya manusia akan menjadi khalifah sesuai dengan acuan Allah.
Wallahua'lam.
Ulasan
Catat Ulasan