Catatan

Kisah Alberto dan susu

Imej
Pada zaman kesultanan Cina Madagascar, ada sebuah kedai di sebuah pekan yang sangat terkenal dengan susunya yang enak dan lazat. Nama pemilik kedai tersebut adalah Tommy Go Go Power Rangers. Agar penceritaan lebih mudah kita namakan Tommy sahaja. Setiap hari dia akan menjualnya pada penduduk pekan tersebut. Pada suatu hari dia bercadang untuk memberikan susunya secara percuma kepada penduduk pekan. Mereka hanya perlu datang dengan membawa bejana, baldi, botol nestle ataupun apa-apa bekas yang boleh menyimpan air. Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pekan. Mereka tidak sabar untuk menikmati susu yang paling enak di daerah tersebut. Antara yang mendapat khabar tersebut adalah Alberto. Dia juga adalah peminat tegar susu. Dia sedari kecil sudah berpengalaman meminum pelbagai jenis susu- susu lembu, susu kambing, susu unta, susu full cream, susu fat free, susu skim, susu coklat, susu strawberi, susu Juhaina, susu Beyti, susu Dutch Lady dan banyak lagi. Namun begitu, dia menga...

Kemuliaan

بسم الله الرحمن الرحيم "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam, apabila kita mengambil selain dari Islam maka Allah akan menghina kita" -Umar al-Khattab ra. Umat ini adalah umat yang mulia apabila dia mengambil islam sebagai jalan hidup yang lengkap, keseluruhan. Namun kemuliaan itu tercabut apabila ummah meninggalkan Deen ini. Kehinaan ini boleh diterjemahkan dengan keadaan ummah pada hari ini.    Wanita-wanita muslim dirogol dan dibunuh, kanak-kanak menjadi sasaran peluru, pemuda-pemuda ditahan tanpa sebab dan menghadapi seksaan demi seksaan yang tidak mampu dibayangkan manusia biasa. Kota-kota dihujani roket dan bom sehingga rata dan mati. Namun kita tidak mampu berbuat apa-apa. Suara kita tidak didengar. Para pemimpin muslim bisu asal perutnya terisi sehingga buncit.    Kisah-kisah bangsa Yahudi dibacakan kepada kita bukanlah agar kita mendengarnya dan berkata "Alangkah jahatnya orang Yahudi". Mari berfikir sejenak. Bukankah mereka pe...

Pena seorang daie

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Penulisan datang dari bahasa, suatu bentuk komunikasi antara satu sama lain. Kemudian dari bahasa lahirlah tulisan. Direkodkan tulisan yang terawal dalam peradaban manusia ialah  tulisan cuneiform di Sumeria.   Penulisan telah banyak mengubah dunia. Dari dunia purba hingga dunia teknologi. Dengan penulisan kita dapat mengetahui sejarah dan politik. Dengan penulisan kita memahami sosiologi dan budaya masyarakat terdahulu. Dari penulisan kita dapat memahami sastera, matematik, geometri, perubatan, pembinaan dan pelbagai khazanah ilmu yang tak ternilai banyaknya. Tidak kurang juga terlalu ramai sarjana islam dari kalangan para sahabat, tabi'in, tabi' tabi'in dan selepasnya banyak memberikan sumbangan kepada islam melalui penulisan dalam bidang masing-masing, baik dalam bidang hadith, sejarah, fiqh, ataupun ilmu-ilmu sains yang muncul tidak lama kemudian. Kemudian terbit penulisan para syuyukh abad terakhir ini yang menjadi bahan rujukan dalam ...

Siri Akhir: Rakyat Palestin menjual tanah kepada kami, maka Palestin hak kami.

بسم الله الرحمن الرحيم Adakah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi dengan sukarela? Perlu kita tahu untuk menguasai Palestin, Yahudi dengan begitu licik menggunakan media untuk mengaburi mata dunia. Mereka menyebarkan propaganda, 'orang Palestin sendiri menjual tanah mereka kepada Yahudi, sementara orang Yahudi membelinya dengan cara "halal" dengan duit mereka sendiri. Oleh itu rakyat Palestin tidak berhak menuntutnya kembali.' Isu ini sentiasa ditimbulkan sejak dahulu, khususnya pada abad ke-19, apabila difokuskan kepada satu pemikiran, iaitu 'tanah tanpa penduduk untuk penduduk tanpa tanah' seolah-olah menggambarkan tiada penghuni di Palestin. Atas sebab itu Yahudi berhak atas tanah Palestin kerana mereka sendiri tidak memiliki tanah. Hakikatnya, pertama kali mereka tiba di sana, telah ada kehidupan bermasyarakat di Palestin. Tanah tersebut telah dihuni oleh penduduk yang sangat rajin dan berkarakter. Maka dalam perjanjian terakhir pada ...

Israel dan Apartheid

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Gambar: Moamar Awad, Maan Images 1. Apa itu apartheid? "Apartheid" merujuk kepada pengasingan bangsa diamalkan sebelum ini di Republik Afrika Selatan, melibatkan diskriminasi politik, undang-undang dan ekonomi keatas orang berkulit bukan putih dan, definisi yang lebih luas ialah apa-apa sistem sosial yang membahagikan dan mendiskriminasikan masyarakat mengikut bangsa atau etnik, terutamanya apabila sistem tersebut diinstitusikan melalui undang-undang dan dekri. 2. Mengapa sebahagian orang mengatakan Israel mengamalkan apartheid? Israel dan Afrika Selatan berbeza dari banyak aspek. Namun banyak bukti yang menunjukkan dasar-dasar Israel bertepatan dengan definisi luas apartheid dengan mengasingkan dan mendiskriminasi Arab Palestin melalui sistem yang termaktub dalam undang-undang dan dekri. Sebahagian dari polisi ini menyerupai Afrika Selatan ketika era apartheidnya. Semenjak penubuhannya, Israel berusaha keras untuk mewujudkan dan mengekalkan ma...

Siri 5: Usaha Damai dan Kesannya terhadap Palestin

بسم الله الرحمن الرحيم Usaha damai dan hasilnya buat rakyat Palestin Pelbagai usaha kesepakatan damai telah dilakukan sejak 1948 antara rejim Israel dengan Palestin untuk menyelesaikan sengketa wilayah. Namun yang diperolehi rakyat Palestin sehingga tahun 2001 hanya 17% wilayah Tebing Barat (sekitar 1000 km persegi). 25% pula berada di bawah pengawasan kedua-dua belah pihak, sementara 58% kawasan Tebing Barat yang lainnya tetap berada dalam lingkungan Yahudi. Selain itu, 55% dari wilayah semenanjung Gaza dimiliki rakyat Palestin, iaitu sekitar 200km persegi ataupun 4.4% dari keseluruhan wilayah Palestin. Pada perjanjian 1948 berkaitan pembahagian tanah, telah ditetapkan bahawa bangsa Yahudi adalah pemilik sah bumi Palestin lalu menyekat wilayah sengketa Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Sementara menanti hasil akhir kesepakatan damai atas status wilayah jajahan, mereka berterusan merampas satu persatu daerah Palestin dan mengaut hasil alamnya sehingga dikhuatiri tiada sedik...

A Day in Bursa

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم 17/2 Untuk 2 hari seterusnya kami akan keluar dari Istanbul menuju ke Bursa, dan Denizli keesokannya. Dari stesen  Kabataş  kami menaiki feri 2 tingkat syarikat Burulas. Jam 8.35am kami pun bertolak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di Bursa. Tibanya di sana kami berjumpa dengan Emir, rakan tour guide kami sepanjang di Bursa. Beliau sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris. Kami menaiki bas ke bandar utama dan tiba di Ulu Camii, masjid yang tertua di Bursa serta menjadi pusat aktiviti masyarakat di sini.  Sejarah Ulu Camii bermula apabila Sultan Beyezid I (1360-1409), cicit pengasas Daulah Uthmaniyyah, Osman Ghazi berhasrat untuk membina 20 buah masjid di Bursa setelah kemenangan besar 70 000 tentera terhadap tentera King Sigusmund of Hungary yang berjumlah 130 000 pada 25 September 1396 di Nikpolu. Atas nasihat ulama, dari membina 20 masjid yang memakan banyak kos dan masa, beliau bersetuju untuk membina sebuah masj...