Siri 5: Usaha Damai dan Kesannya terhadap Palestin
بسم الله الرحمن الرحيم
Usaha damai dan hasilnya buat rakyat Palestin
Pelbagai usaha kesepakatan damai telah dilakukan sejak 1948 antara rejim Israel dengan Palestin untuk menyelesaikan sengketa wilayah. Namun yang diperolehi rakyat Palestin sehingga tahun 2001 hanya 17% wilayah Tebing Barat (sekitar 1000 km persegi). 25% pula berada di bawah pengawasan kedua-dua belah pihak, sementara 58% kawasan Tebing Barat yang lainnya tetap berada dalam lingkungan Yahudi. Selain itu, 55% dari wilayah semenanjung Gaza dimiliki rakyat Palestin, iaitu sekitar 200km persegi ataupun 4.4% dari keseluruhan wilayah Palestin.
Pada perjanjian 1948 berkaitan pembahagian tanah, telah ditetapkan bahawa bangsa Yahudi adalah pemilik sah bumi Palestin lalu menyekat wilayah sengketa Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Sementara menanti hasil akhir kesepakatan damai atas status wilayah jajahan, mereka berterusan merampas satu persatu daerah Palestin dan mengaut hasil alamnya sehingga dikhuatiri tiada sedikit pun yang ditinggalkan bagi rakyat Palestin setelah itu.
Dalam hasil akhir perdamaian ini, Israel hanya bersedia menyerahkan 50% dari baki tanah di wilayah Tebing Barat- tidak termasuk kawasan al-Quds yang berada di dalamnya-dan 10% untuk entiti Yahudi. Sementara 40% yang lain bergantung kepada hasil rundingan. Namun begitu, Israel akhirnya tetap berkeras mempertahankan wilayah yang telah didudukinya walaupun mengikut perjanjian sudah termaktub menjadi milik rakyat Palestin.
Melalui perjanjian Camp David, pada Julai 2000 Israel bersetuju untuk menyerahkan lebih 90% wilayah Tebing Barat, namun tiada kesepakatan mengenai masa depan al-Quds, demikian juga jaminan perlindungan terhadap rakyat Palestin. Dengan demikian perjanjian tersebut gagal.
Ketika Ariel Sharon diangkat menjadi Perdana Menteri Israel pada bulan Mac 2001, telah diadakan kembali persetujuan dan pihak Israel hanya bersedia menyerahkan 42% sahaja dari wilayah Tebing Barat, pada masa yang sama perluasan wilayah dan pendudukan terus berlanjutan.
Akan bersambung...Adakah bangsa Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi dengan sukarela?
Siri 1: Latar belakang munculnya konflik dalam sejarah moden
Siri 2: Perkembangan politik Palestin sehingga 1914
Siri 3: Nasib Palestin dalam garis masa 1914-1918
Siri 4: Bermulanya penjajahan Zionis dan pemusnahan bumi Palestin
Artikel Asal: فلسطين دراسات منهجية في القضية الفلسطينية - Dr Muhsin Muhammad Solih
Terjemahan asal: SINAI Mesir

Ulasan
Catat Ulasan