Kisah Alberto dan susu




Pada zaman kesultanan Cina Madagascar, ada sebuah kedai di sebuah pekan yang sangat terkenal dengan susunya yang enak dan lazat. Nama pemilik kedai tersebut adalah Tommy Go Go Power Rangers. Agar penceritaan lebih mudah kita namakan Tommy sahaja. Setiap hari dia akan menjualnya pada penduduk pekan tersebut. Pada suatu hari dia bercadang untuk memberikan susunya secara percuma kepada penduduk pekan. Mereka hanya perlu datang dengan membawa bejana, baldi, botol nestle ataupun apa-apa bekas yang boleh menyimpan air.

Maka tersebarlah berita itu ke seluruh pekan. Mereka tidak sabar untuk menikmati susu yang paling enak di daerah tersebut. Antara yang mendapat khabar tersebut adalah Alberto. Dia juga adalah peminat tegar susu. Dia sedari kecil sudah berpengalaman meminum pelbagai jenis susu- susu lembu, susu kambing, susu unta, susu full cream, susu fat free, susu skim, susu coklat, susu strawberi, susu Juhaina, susu Beyti, susu Dutch Lady dan banyak lagi. Namun begitu, dia mengakui, susu lembu Tommy adalah yang terbaik.

"Boek lah boek!" Ujar Alberto sewaktu ditemuramah wartawan Sinar Harian sambil mempamerkan simbol 'thumbs up'.

Dipendekkan cerita, pada hari kejadian, penduduk pekan berpusu-pusu menuju ke kedai beliau. Begitu ramai yang datang sehingga terpaksa beratur panjang. Oleh kerana susu Tommy hanya dalam kuantiti yang terhad, maka kedai hanya dibuka dalam jangka masa yang pendek. Alberto adalah antara yang awal datang. Dia turut membawa bejana bagi mengisi susu. Setelah tiba gilirannya, dia pun membuka penutup bejananya.

“Eh, bekas hamba ada kotoran lah.”

“Baik tuan hamba pergi cuci dahulu, nanti susunya basi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.Hiks” Saran pekerja Tommy.

Maka Alberto pun segera mencari perigi air untuk membersihkan bejananya yang kotor. Setelah diyakini suci dia pun kembali ke kedai Tommy.

Namun malangnya, susu lembu Tommy baru sahaja habis. Alberto pun pulang membawa bejananya diisi kecewa dan hampa.

“Kalaulah aku bersihkan terlebih dahulu bekas susuku ini, pasti dapat ku nikmati susu lembu Tommy yang lazat”, kesalnya.

Sudah jatuh ditimpa tangga.

******************

Kisah di atas adalah sebuah analogi.

Susu yang lazat dan enak, tetapi terhad tersebut adalah bulan Ramadhan.

Penduduk pekan adalah umat Islam.

Dan,

Alberto adalah kita pada tahun-tahun lampau?

Susu itu suci dan menyihatkan, tetapi jika botol atau bekasnya tercemar, pastinya susu itu tidak dapat memberikan manfaat yang terbaik.

Ramadhan itu mulia dan penuh rahmat. Namun jika kita tidak mampu menyediakan diri bagi menempuhinya, sudah pasti kita tidak dapat merasai kenikmatannya.

Sabda Baginda saw,
“Berapa ramai dikalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga”

Ada beberapa punca yang menyebabkan puasa kita hanya sekadar lapar dan dahaga:

1. Tidak memahami tujuan puasa.
2. Tidak menghayati betapa besarnya ganjaran di bulan Ramadhan
3. Tidak bersedia menghadapinya.

Jika sahabat-sahabat rajin amatlah digalakkan untuk tadabbur surah al-Baqarah, dari ayat 183-189, terdapat 4 tujuan ibadah puasa itu.

1. Taqwa
2. Syukur
3. Terpandu
4. Mendapat kejayaan


Tiadalah saya ingin mengulas panjang, sekadar penulisan yang ringkas. Semoga bermanfaat.

*****************

Alberto terbangun dari tidurnya. Dia beristighfar 3 kali.

“Hamba bermimpi rupanya.” Ujarnya lega.

Susu lembu Tommy aku datang!


TAMMAT


#RamadhanOhsem

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health