Siri Akhir: Rakyat Palestin menjual tanah kepada kami, maka Palestin hak kami.
بسم الله الرحمن الرحيم
Adakah rakyat Palestin menjual tanah mereka kepada Yahudi dengan sukarela?
Perlu kita tahu untuk menguasai Palestin, Yahudi dengan begitu licik menggunakan media untuk mengaburi mata dunia. Mereka menyebarkan propaganda, 'orang Palestin sendiri menjual tanah mereka kepada Yahudi, sementara orang Yahudi membelinya dengan cara "halal" dengan duit mereka sendiri. Oleh itu rakyat Palestin tidak berhak menuntutnya kembali.'
Isu ini sentiasa ditimbulkan sejak dahulu, khususnya pada abad ke-19, apabila difokuskan kepada satu pemikiran, iaitu 'tanah tanpa penduduk untuk penduduk tanpa tanah' seolah-olah menggambarkan tiada penghuni di Palestin. Atas sebab itu Yahudi berhak atas tanah Palestin kerana mereka sendiri tidak memiliki tanah. Hakikatnya, pertama kali mereka tiba di sana, telah ada kehidupan bermasyarakat di Palestin. Tanah tersebut telah dihuni oleh penduduk yang sangat rajin dan berkarakter. Maka dalam perjanjian terakhir pada abad ke-19 Marx Noredo, salah seorang tokoh penting gerakan Zionis mengirim 2 orang utusan kepada Hertlz untuk mengangkat isu "Pengembalian semua bangsa Yahudi ke Palestin". Namun sekembalinya mereka menulis: "Sesungguhnya Palestin ibarat pengantin cantik yang telah memenuhi segala persyaratan, akan tetapi ia telah dinikahi." Membawa maksud bumi itu telah berpenghuni, bukanlah wilayah kosong seperti yang didakwa.
Sementara itu kebangkitan rakyat Palestin terhadap entiti Yahudi telah berlangsung lama sejak awal munculnya projek ini secara terang-terangan- bahkan sejak generasi terdahulu pada saat pemerintahan Daulah Uthmaniyyah.
Secara lebih tepat, telah berlaku perselisihan antara petani Palestin dengan penjajah Yahudi semenjak 1886. Ketika itu munculnya tokoh Rasyad Basya yang berjaya menyelamatkan al-Quds dan mengutus delegasi terdiri dari wakil-wakil Jerusalem untuk melaksanakan protes pada Mei 1890. Pada bulan Jun 1891 wakil-wakil ini kembali menuntut perdana menteri Uthmaniyyah untuk menghentikan migrasi Yahudi ke Palestin dan mengharamkan bagi mereka untuk menguasai tanah di sana. Para ulama Palestin juga turut mendesak perkara yang sama kepada perdana menteri kerajaan Uthmaniyyah. Akhbar-akhbar Palestin juga tidak kalah gencar memperingatkan bahaya pendudukan Yahudi dan meminta agar tindakan ini diperketatkan.
Pada tahun 1897, Syeikh Muhammad Thahir Hussaini, Mufti al-Quds, memimpin badan berkuasa untuk mengkaji tuntutan pemindahan kuasa terhadap al-Aqsa. Namun penyelesaian akhir, pihak Yahudi tetap mendapat bahagian terbesar. Antara tokoh-tokoh lain yang mengambil bahagian dalam usaha ini ialah Syeikh Sulaiman Taji Farouqi, Yusuf al-Khalidy, Ruhy al-Khalidy, Said al-Husainy dan Najib Nashar.
Walaupun Sultan Abdul Hamid bersama para wakil dan pegawai pusat telah menentang migrasi ini, namun kerana keadaan pemerintahan Uthmaniyyah sendiri tenat dan lemah sehingga orang Yahudi mampu membeli tanah dengan pelbagai cara. Situasi pentadbiran yang porak peranda, ditambah pula dengan penggulingan Sultan Abdul Hamid pada tahun 1909 mengakibatkan proses migrasi Yahudi ke Palestin semakin rancak.
Keruntuhan Daulah Uthmaniyyah pada 1918 menyebabkan Yahudi berjaya memperolehi banyak tanah bahkan mencapai seluas 420 donum dari kerajaan-kerajaan Lubnan yang terpecah, atau hasil lelong pemerintah Uthmaniyyah dari para petani yang tidak mampu membayar pajak. Pembeli yahudi juga mendapat tanah dari pegawai Palestin yang majoritinya beragama Kristian. Dilaporkan jumlah tanah yang mereka beli mencapai sehingga 93%, satu jumlah yang bukan sedikit.
Dalam rentang masa 1917-1948, ketika Palestin jatuh ke tangan imperialis British, projek ini mula terdedah di permukaan. Yahudi mula datang ke Palestin demi merealisasikan projek besar mereka, iaitu mewujudkan tanah air mereka di bumi Palestin. Segala kekuatan yang mereka miliki dikerahkan bagi mewujudkan tujuan ini.
Namun rakyat Palestin tidak berdiam diri. Pelbagai reaksi penentangan melalui banyak cara bagi menggagalkan projek ini. Antara yang memimpin pergerakan ini adalah Palestinian National Movement (الحركة الوطنية الفلسطينية).
Selama penjajahan British, Zionis Yahudi berjaya merampas 1,380,000 donum tanah Palestin, ataupun 5.1% sahaja dari keluasan keseluruhan Palestin meskipun mereka telah mengerahkan segala upaya dan modal yang besar.
Perlu diketahui bahawa tanah yang diperolehi bukanlah dari rakyat Palestin tetapi hakikatnya melalui pemberian kuasa imperial British atas alasan tanah "Amiriyyah" (tanah negara), atau dari tanah tuan bukan Palestin yang tidak bermukim di Palestin kerana tidak mendapat izin masuk ke Palestin dan mengendalikan tanah tersebut.
Pemerintah British telah memberikan sekitar 200 000 donum tanah secara percuma kepada bangsa Yahudi, begitu juga 200 000 donum yang lain dengan ganjaran secara simbolik. Ketika Herbert Louis Samuel- duta Inggeris yang pertama di Palestin (1920-1925), dan juga seorang Yahudi Zionis, beliau memberikan kawasan seluas 175 donum, antara kawasan yang paling subur di dataran rendah antara Haifa dan Qisyariyyah kepada orang Yahudi. Pemberian lain juga dilakukan berkali-kali atas wilayah dataran rendah di Negev dan kawasan pantai Laut Mati.
Terdapat juga keadaan dimana tanah luas milik keluarga tuan tanah, khususnya pada tahun 1869 dimana daulah amiriyyah terpaksa menjual tanah untuk menampung hutang negara. Tanah-tanah tersebut dibeli oleh keluarga-keluarga kaya yang berasal dari Lubnan. Ini adalah antara sisi lain tragedi yang berlaku di Palestin.
Kemudian setelah itu mereka menjualnya kepada Yahudi dengan nilai yang lumayan. Akibatnya lebih 2500 keluarga Arab tidak mempunyai tempat tinggal walaupun mereka telah mendiami tanah tersebut selama ratusan tahun. Perkara ini terus berulang ketika tuan tanah Lubnan menjual tanah di Tasik Haula, bahagian Utara Palestin, dan Wadi Hawarith (seluas 32 donum) yang mengakibatkan 15 000 lagi warga Palestin kehilangan tempat tinggal.
Dengan demikian jumlah tanah pertanian yang dijual tuan tanah yang tinggal di luar Palestin dalam
rentang tahun 1920-1935 mencapai 55.5% dari jumlah tanah pertanian yang diperolehi orang Yahudi. Sememangnya merekalah yang seharusnya bertanggungjawab atas semua ini tetapi kita hakikatnya tidak berupaya menuntut tanah-tanah tersebut. Kesalahan terbesar adalah di pihak imperialis British yang melarang rakyat Palestin masuk dan mengendalikan tanah tersebut, terutamanya setelah Palestin secara rasminya terpisah dari Syria dan Lubnan berdasarkan perjanjian Sykes-Picot.
Ada pula tanah yang dijual orang Arab kepada Yahudi tidak lebih dari 260,000 donum. Yahudi berhasil mendapatkan tanah ini disebabkan undang-undang ketat yang diimplementasikan British terhadap petani-petani Palestin, sehingga mereka tidak punya pilihan lain. Semua itu dilakukan oleh British demi kepentingan Yahudi, selari dengan mandat yang mereka peroleh atas Palestin. Namun begitu ada juga tanah yang dijual orang Palestin akibat tergelincir dalam godaan material. Sekalipun begitu kes-kes ini terpencil bahkan diperangi serta diboikot terutamanya pasca revolusi Arab 1936-1939.
Akhirnya, jumlah keluasan tanah yang diperoleh orang Yahudi dari rakyat Palestin sehingga tahun 1948 tidak lebih dari 1% jumlah tanah Palestin. Maka selama 70 tahun setelah bermulanya projek lokalisasi dan migrasi Yahudi ke Palestin, di bawah tekanan yang keras, hanya menunjukkan betapa liciknya bangsa Yahudi dalam merealisasikan impian mereka dan memperlihatkan keteguhan dan kegigihan anak-anak Palestin mempertahankan tanah air mereka dan memerangi amalan penjualan tanah ini, terutama 30 tahun pertama abad ke-20.
Majlis Tertinggi Islam dibawah pimpinan Haji Ameen Hussainy bersama para ulama Palestin yang lain telah memberikan impak yang besar dalam usaha ini. Dalam muktamar pertama pada tanggal 25 Januari 1930, telah diputuskan fatwa haram atas penjualan tanah Palestin walau sejengkal kepada Yahudi. Sesiapa yang menjualnya telah dianggap murtad, keluar dari jemaah muslimin, haram dikuburkan di perkuburan orang Islam, harus diboikot dan dicela.
Para ulama juga melakukan kempen besar-besaran ke seluruh pelusuk Palestin untuk menolak dan menghentikan penjualan tanah kepada orang Palestin. Mereka juga mengambil sumpah masyarakat untuk tetap memperjuangkan dan mempertahankan bumi Palestin dari segala bentuk amalan penjualan. Bahkan sehingga ada beberapa kampung dibeli secara keseluruhan seperti Deir Amru, Zaita dan beberapa kampung lain. Usaha lain seperti menyatukan seluruh badan-badan yang ada untuk berjuang menghentikan penjualan tanah, serta membentuk " صندوق الأمة" (dana umat) bagi menyelamatkan beberapa wilayah Palestin. Hasil dari dana ini berjaya menyelamatkan wilayah Bathitah-bahagian timur laut Palestin-seluas 300 000 donum.
Penutup
Dapat disimpulkan bahawa segala kerugian yang dialami Palestin bukanlah disebabkan oleh orang Palestin yang menjual tanah mereka, tetapi antara faktor penting ialah kekalahan tentera Arab dalam perang 1948, projek pendudukan Zionis yang merampas hampir 77% tanah Palestin. Sebab yang lain pula ialah kerana pengusiran rakyat Palestin dari tanah air mereka, lalu menguasainya. Setelah perang 1967, mereka mengambil alih wilayah-wilayah yang tersisa dan mengusir penduduknya dengan pelbagai alasan.
Namun sehingga saat ini anak-anak Palestin masih memandang hina dan mencela para penjual tanah ataupun yang bersekongkol dengan mereka. Hukum bunuh masih tersemat pada mereka yang masih terpedaya untuk menjual tanah Palestin walau hanya sejengkal. Sementara para tokoh reformis Palestin telah memusnahkan mereka walaupun entiti Yahudi tetap berusaha melindungi.
Penting untuk kita fahami agenda besar Zionis di bumi Palestin memang sudah diatur sejak awal, untuk mengukuhkan kewujudan mereka di jantung dunia Islam. Lalu dengan cara itu mereka akan menyebarkan penyakit ke seluruh tubuh dunia Islam sehingga tunduk di bawah kekuasaan Zionis. Hakikat ini amat dirasai sehingga kini. Konflik yang sedang berlangsung di Palestin bukannya semata-mata politik, tetapi soal akidah. Masjid al-Aqsa adalah harga tetap peperangan ini. Ini adalah kerana bagi mereka (Zionis), tiada ertinya Israel tanpa Jerusalem (al-Quds). Oleh itu, kita tidak akan pernah menyerah sehinggalah al-Quds, al-Aqsa Palestin dan dunia islam bebas seluruhnya. Wallahua'lam.
Artikel Asal: فلسطين دراسات منهجية في القضية الفلسطينية - Dr Muhsin Muhammad Solih

Ulasan
Catat Ulasan