A Day in Bursa

بسم الله الرحمن الرحيم

17/2


Untuk 2 hari seterusnya kami akan keluar dari Istanbul menuju ke Bursa, dan Denizli keesokannya. Dari stesen Kabataş kami menaiki feri 2 tingkat syarikat Burulas. Jam 8.35am kami pun bertolak. Perjalanan memakan masa lebih kurang 2 jam untuk tiba di Bursa.


Tibanya di sana kami berjumpa dengan Emir, rakan tour guide kami sepanjang di Bursa. Beliau sangat peramah dan fasih berbahasa Inggeris. Kami menaiki bas ke bandar utama dan tiba di Ulu Camii, masjid yang tertua di Bursa serta menjadi pusat aktiviti masyarakat di sini. 


Sejarah Ulu Camii bermula apabila Sultan Beyezid I (1360-1409), cicit pengasas Daulah Uthmaniyyah, Osman Ghazi berhasrat untuk membina 20 buah masjid di Bursa setelah kemenangan besar 70 000 tentera terhadap tentera King Sigusmund of Hungary yang berjumlah 130 000 pada 25 September 1396 di Nikpolu. Atas nasihat ulama, dari membina 20 masjid yang memakan banyak kos dan masa, beliau bersetuju untuk membina sebuah masjid dengan 20 kubah yang kekal sehingga hari ini.


Sultan Beyezid juga dikenal dengan nama panggilan Yilderim atau 'Thunderbolt' kerana ketangkasan dan kebijaksanaan beliau dalam siri peperangan menewaskan Dinasti Karaman sebelum diangkat menjadi sultan lagi. Sepanjang tempoh pemerintahannya, kempen membebaskan Konstantinople dilakukan sebanyak 3 kali (1391, 1395, 1397), namun semuanya berakhir dengan kegagalan.


Emir turut menarik perhatian kami dengan menunjukkan corak ukiran di dinding dan siling masjid. Kami pun kata, cantik, menarik. So?


Selepas jatuhnya Daulah, Kamal Ataturk sebagai seorang peminat budaya Barat turut memanifestasikannya melalui rekabentuk ukiran Perancis yang ditambah-tambah pada ukiran asal. Tak cantik, ujar Emir.


Selain itu, kebencian Kamal Ataturk atas islam dan pusat ibadahnya terpapar melalui sejarah apabila dia menjadikan masjid-masjid sebagai tempat ternakan haiwan. Naudzubillah.


Ada juga sebuah karya khat berwarna emas berbentuk kapal yang menarik perhatian saya. Barulah kami tahu bahawa itu adalah bentuk surat yang dihantar oleh sultan kepada menteri-menteri, atau panglima tentera. Apa yang menarik ialah, apabila surat dihantar dalam bentuk sebegitu, kebarangkalian mesej tersebut untuk disabotaj dan diubah adalah sukar kerana satu sahaja perkataan yang dikeluarkan,ditambah atau diubah, maka bentuknya akan berubah. Hebat!


Setelah mendengar pelbagai kisah sejarah Ulu Camii dan pengasasnya, kami berehat sebentar dan solat dhuha. 


"Emir, why is this fountain located inside the mosque?" 


Oooohhh..Rupanya ada cerita menarik disebalik fountain yang memberikan kelainan dari masjid-masjid lain. Apa dia? Teruskan membaca.


Selepas itu kami pun ke Covered Bazaar dan Grand Bazaar yang terletak bersebelahan dengan masjid.


Jom! 






bus to the city


 


Ulu Camii 



Semasa pembinaan masjid hendak dilakukan, kawasan fountain ini dimiliki oleh seorang Kristian/Yahudi yang setuju tanahnya dibeli dengan syarat tidak digunakan sebagai tempat ibadah. Lalu tempat ini dijadikan tempat berwudhu, umat islam tidak akan 'beribadah' di situ! (pssst, wudhu adalah ibadah dan sebahagian syarat sah solat)

lukisan yang bercampur antara budaya islam dan eropah

surat khat berbentuk kapal



Grand Bazaar


 






Green Mosque



 



green wall

green carpet

green green green

Your Words, indeed there is light. 



that is gold. The sultan who built this mosque said if this masjid is collapsed, then take the gold to build a new one. woah






makam sultan Mehmet I, grandfather of Mehmet al-Fatih



going to Emir Sultan Camii

 





bilik untuk beruzlah/iktikaf.






That night we went to watch a sufi dance called Sama'





Sama' (atau literally, langit) adalah tarian sufi dimana pengamal-pengamal ini akan berpusing selama 10-20 minit diiringi muzik sebagai satu bentuk zikir/remembrance of Allah.


"Emir, is this Sama' a Sunnah or Bid'ah?"


"No I believe it's only a culture"





Our trip to Bursa came to an end and it's time to say goodbye to Emir. Such a pleasure to meet you :) *Snap snap*



Jazakallahu khair Emir for everything :)

One more thing, kalau singgah Bursa jangan lupa cari Pideli Kofte dan Kebap Iskendari. Sedap! Harga belas-belas lira. Biar duit melayang asal kita turut terbang.




Pamukkale here we come!

I promised before I would include Pamukkale (Denizli) in this post but I think this is long enough. InshaAllah if there is no turtle crossing the street I will write as soon as possible. GIT is coming, embrace the guggling gastrointesting (Ganu kite) ! Eh.

Wallahua'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health