Siri 3: Nasib Palestin 1914-1918
بسم الله الرحمن الرحيم
Nasib Palestin dalam Garis Masa 1914-1918
Jumlah penduduk Yahudi di Palestin pada awal Perang Dunia Pertama adalah sekitar 80 000 dan menurun menjadi 55 000 di akhir peperangan akibat tekanan dari Daulah Uthmaniyyah.
Hakikatnya Perang Dunia Pertama menimbulkan kekacauan buat seluruh dunia. Namun dari sudut lain ia memberi peluang bagi sebahagian pihak untuk mengambil kesempatan. Meskipun bangsa Yahudi terpecah-pecah namun C. Weizmann, Presiden Organisasi Zionis ketika itu mampu mengatur dan mengkoordinasi bangsa Yahudi dari kediamannya di Britain. Britain berusaha melancarkan usahanya melalui tiga arah:
1. Rundingan dengan Husain bin Ali (pemimpin Hijaz, Sharif of Mecca) dengan mendorongnya agar mengobarkan revolusi Arab terhadap pemerintahan Uthmaniyyah dengan imbalan pembebasan sebahagian besar daerah Arab, Iraq dan Syam di bawah kekuasaannya.
2. Rundingan dengan Perancis berkenaan pembahagian kekuasaan daerah Syam dan Iraq sehingga berlangsungnya Perjanjian Sykes-Picot pada Mei 1916 dengan memberikan Britain sebahagian besar Iraq, Jordan Timur, Haifa di Palestin, manakala Lubnan dan Syria berada di bawah jajahan Perancis. Palestin pula diletakkan dibawah 'pengawasan dunia'.
3. Rundingan dengan Organisasi Zionis Dunia tentang masa depan Palestin. Mereka menggunakan pengaruh Yahudi di Amerika Syarikat untuk turut menarik masuk Amerika bersama dengan Britain dan sekutu-sekutunya terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Ditambah lagi dengan pengaruh Zionis Yahudi yang kuat di Britain, serta memanfaatkan tokoh Zionis yang menjadi Menteri Dalam Negeri Britain, Herbert Samuel, serta golongan Kristian Zionis seperti Perdana Menteri Lloyd Goerge dan Menteri Luar, Arthur James Balfour.
Bermula dari sini dan beberapa faktor dan latar belakang agama, politik dan strategi maka termeterailah perjanjian Balfour pada 2 November 1917 yang terkandung dalamnya, bahawa Britain berjanji untuk mendirikan negara khusus buat bangsa Yahudi di Palestin. Perjanjian ini menjadi sebuah perjanjian yang paling aneh dalam sejarah manusia. Bagaimana sebuah tanah boleh diberikan oleh orang yang tidak memilikinya, kepada orang yang tidak berhak memilikinya?
Sharif Husain, terpedaya dengan muslihat Britain dengan mengibarkan bendera nasionalisma Arab yang menjadi antara faktor jatuhnya khilafah Uthmaniyyah. (wikipedia) |
Perjanjian aneh ini memancing demonstrasi bangsa Arab secara besar-besaran, mereka tidak pula mengetahui muslihat sebenar Britain. Demonstrasi Arab mengancam mogok sebelum diberikan penjelasan. Akhirnya Britain menghantar salah seorang utusannya, David George Hogarth pada Januari 1918 untuk menenangkan Syarif Husain dengan membawa surat menyatakan imigrasi Yahudi ke Palestin tidak membawa kesan buruk kepada warga Palestin baik dari aspek politik ataupun ekonomi. Britain juga memberi surat kepada pemimpin di Syria yang berisi, bahawa tanah yang diduduki oleh Britain akan diatur suai dengan keinginan rakyat Palestin ditambah dengan adanya kesepakatan untuk membebaskan daerah-daerah yang masih berada dl bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah (Palestin Utara, Jordan Timur, Syria, Lubnan dan Iraq Utara).
akan bersambung... Bermulanya Penjajahan Yahudi dan Pemusnahan atas bumi Palestin.
Baca:
Siri 1
Siri 2
Artikel Asal: فلسطين دراسات منهجية في القضية الفلسطينية - Dr Muhsin Muhammad Solih
Terjemahan asal: SINAI Mesir
Ulasan
Catat Ulasan