بسم الله الرحمن الرحيم
"Berjalan-jalan adalah salah satu wasilah mendapat ibrah yang muntij"
15 Februari 2014
Alunan suci al-Quran membangunkan jasad dari mati yang sementara. Aiman sedang mengulang hafalannya di meja kopi. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Masih sempat untuk solat di masjid. Saya bangun dan menunggu Ahmad yang sedang menggunakan bathroom.
Solat Subuh di masjid sini agak lewat dibandingkan di Mesir dan Malaysia. Tamatnya solat dan wirid seusainya, biasanya langit sudah agak cerah. Alhamdulillah kerana kami duduk di hotel berdekatan dengan Masjid Sultanahmet. Suasana di sini juga damai dan tenang, sangat sesuai untuk keluarga dan orang-orang yang cintakan ketenangan. Ada ke yang tak?
Baiklah, kita terus untuk itinerary hari ini; Panorama,Mesjid Eyup Sultan dan Miniaturk.
Cuaca hari ini redup dan lebih sejuk berbanding biasa. Kami bertolak dari tram Sultanahmet menuju ke stesen Topkapi lebih kurang 15 minit. Public transport disini banyak choices, selesa dan punctual dari segi masa, jadi tiada masalah untuk ke mana-mana dengan mudah.
|
Let's go |
|
Di hadapan stesen tram Sultanahmet |
|
kami di luar kota Konstantinople |
|
Panorama 1453 |
|
Peta Konstantinople yang dilindungi dari segala penjuru. Pertahanan terlemah terletak di sepanjang kubu berhadapan Goldern Horn, yang diyakini tidak akan berjaya ditembusi oleh tentera Islam kerana rantai besi yang berjaya menghalang masuk armada laut muslimin. |
|
(Dari kiri) Osman Ghazi, Orhan Ghazi, Murad I, Yildirim Beyezid, Mehmet I, Murad II dan Mehmet II |
|
Sultan Muhammad al-Fatih, sultan Daulah Uthmaniyyah ke-7 |
|
Sultan Muhammad Al-Fatih memastikan kawasan sekeliling kota Konstantinople dikuasai melalui usaha ketenteraan atau perjanjian dengan pemimpin tempatan bagi memudahkan serangan keatas kota tersebut. |
|
Di luar Panorama |
Lawatan ke Panorama memberikan gambaran yang lebih jelas peristiwa pembukaan Konstantinopel, sebenarnya ada lagi gambar-gambar dalam Panorama yang menunjukkan suasana 3D beserta sound efek yang mantap, tapi tak diupload kerana tak lawa. Apapun sesiapa yang ke Istanbul jangan lepaskan peluang menziarahi Panorama 1453.
|
Berjalan kaki menuju Masjid Eyup Sultan |
Cerita sahabat nabi saw, Abu Ayyub al-Ansori adalah kisah yang masyhur dan lazim kita dengar apabila berbicara tentang usaha pembukaan Konstantinopel. Selain itu beliau juga terkenal sebagai sahabat yang rapat dengan Baginda saw, serta dijadikan rumahnya tempat tinggal Rasulullah saw selama 7 bulan sementara menunggu siapnya Masjid Nabawi.
Alhamdulillah. Bila sampai ke sini, cerita tersebut terasa hidup. Bagaimana mereka begitu meyakini akan hadith baginda saw, sehingga Abu Ayyub sendiri yang sudah tua lanjut (86 tahun) menggagahkan jasad menyahut seruan jihad di zaman Khalifah Umar al-Khattab, sehingga akhirnya gugur sebagai syahid. Beliau sendiri berwasiat agar dikebumikan sedekat mungkin dengan dinding kota Konstantinopel. Tentera islam merealisasikan impian beliau dengan menolak balik tentera Byzantine di balik kota dan mengebumikan beliau di dinding kota tersebut.
Lapan tahun setelah pembukaan Konstantinople, dibina Masjid Eyup Sultan (Sultan sebagai tanda penghormatan), masjid pertama yang dibina oleh kerajaan Uthmaniyyah sejak pembukaan kota itu.
Sehingga hari ini, Masjid Eyup Sultan menjadi antara pusat upacara rasmi di Istanbul, dan juga lebih terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia tempat bersemadinya jasad Ahmad Ammar. Namun kami tidak berkesempatan menziarahi kuburnya kerana agak tight dengan jadual. Apapun, semoga Allah menerima amal mereka dan kita semua.
1.55pm
Kami meneruskan perjalanan ke Miniaturk. Ada apa di sana? Jom tengok gambar.
|
. Banyak berjalan, kasut kehausan Jauh perjalanan, luas pengalaman |
|
Menaiki bot ke miniaturk. Sejuk brrr. |
|
From upstairs. Allahuakbar besaq ngat tempat dia |
|
Masjid Selim |
|
Bangunan Parlimen |
|
Ulu Camii, Bursa |
|
Suka ambil gambar bunga. Hikhik |
|
Ataturk Olympic Stadium |
|
This is a real clock tower building... |
|
Or not. |
|
Mustafa Kamal Ataturk |
|
Pameran kristal |
|
Galata Tower |
|
Kubah al-Sakhra |
|
:D |
|
Solidarity for Rabaah! |
Alhamdulillah. Miniaturk ni memang besar, luas dan cantik, 2-3 jam memang tak cukup kalau nak tengok satu-satu binaan. Nanti masa dia masuk akan bagi tiket yang ada barcode, barcode tu lalukan atas electronic device khusus di setiap mini structure, dia akan explain berkenaan structure tersebut dalam English. Apapun miniaturk memang best, dan bagi mengabadikan kenangan kami di sini, we decided to take a shot and resulted with this,
Eh mana?
Read till the end. Senyum lebar.
Abang Alel pun mengajukan soalan, "Malam ni nak makan apa? Nak try ikan bakar?"
Semua, "boleh jugak! (maksudnya nak sangat-sangat, kami dah lapar gila)"
Malam itu kami ke Eminonu dan makan ikan bakar style Turki. Jangan expect akan dapat sambal belacan perah limau dengan nasi putih. Di sini mereka makan ekmek, roti john stuffed with isi ikan, beserta hirisan sawi dan bawang merah. Ada juga 'air merah' berisi pickles dan sayur sawi kalau siapa nak. Sangat masam tapi Aiman Razali berjaya menghabiskan dengan tenangnya. Ada juga ikan bakar dalam cara masakan yang berbeza tapi basically rasanya agak plain dan sedikit kering compared to Malaysian ikan bakar. Apapun alhamdulillah dan kami pulang dalam keadaan letih tapi puas.
|
Sultanahmet Camii at night |
|
Eh,takde kereta, "Ahmad tolong ambil gambar" |
|
Tashkonak Hotel. Home sweet home. Rehat for now.
|
7.00am 16 Februari 2014
Hari ini kami akan pergi ke Princess Island dan Taksim disebelah petangnya. Kami menaiki tram dari Sultanahmet dan turun di stesen Kabatas. Dari sana kami menaiki feri ke Princess Island, tempat istirehat kerabat diraja.
|
Ambil gambar lepas solat Subuh |
|
berlatarkan Muzium Aya Sophia.Hoyeah |
|
sangat obvious wajah-wajah subuh |
|
Princess Island we go! |
|
*Snap* |
|
Di Princess Island |
|
Di sini memang dikatakan tiada kenderaan bermotor. *Hon hon* kereta polis. Sigh. |
|
Jom sewa basikal |
|
Princess Island ni besaq, kalau jalan memang tergeliat kaki-kaki sekalian alam |
|
banyak rumah-rumah di sini besar tapi macam tak berpenghuni. |
|
*balance-balance* |
|
Naik bukit jom |
|
rehat sat |
|
Rehat sebentar |
|
Jom buat liqa' di sini. Eheh |
|
Lama dah tak berbasikal untuk 2 jam. Puas juga dapat mengayuh sampai lutut lenguh. |
|
Macam ada 2 pics, kan? |
|
Surau kosong, *Pakai*"Adib, ambil gambar aku :D" |
|
Kemudian di Taksim. Kebanjiran manusia. Tempat shopping baju-baju. |
|
Galata Tower |
Seperti yang dijanjikan sebelum ini, this is it.
|
Epic. Para pembuka Istanbul 2014 dari kiri Grand Vizier Adib Pasha, Hilman The Magnificent, Aiman Ghazi I, Sultan Ahmad The Conquerer, Grand Vizier Aiman II (Aimang gulingkan Aiman Ghazi I, bila naik jadi sultan, Sultan Aiman II) |
Gambar yang sangat serius. Serius-serius pun gambar ni tetap buat Aiman Radzman tergelak-gelak sepanjang travel setiap kali teringat. Haha
Again, Alhamdulillah. Istanbul is halfway done. Let's go somewhere else.
Next stop, Bursa & Denizli !
Baca :http://adibafifi93.blogspot.com/2014/02/turki-kami-datang.html
Ulasan
Catat Ulasan