Siri 1: Latar Belakang Konflik Palestin-Israel
بسم الله الرحمن الرحيم
Prolog
Saat Khalifah Umar al-Khattab menguasainya tanpa pertumpahan darah, Palestin secara rasmi menjadi milik umat islam, serta menjadi simbol perdamaian dan toleransi kepada dunia.
Umat Islam dan Kristian dapat hidup bersama dan menyemai sifat toleransi antara satu sama lain. Hal ini diabadikan dalam kitab Tarikh Tabari, Perjanjian Umar:
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
(Perjanjian) Ini adalah jaminan keselamatan oleh hamba Allah, Umar, Amirul Mukminin, kepada penduduk Jerusalem. Dia telah memberikan mereka jaminan keselamatan buat mereka akan harta mereka, gereja mereka, salib mereka, yang sakit dan yang sihat serta segala amalan yang dilaksanakan dalam agama mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan diduduki oleh Muslimin dan tidak akan dihancurkan. Adapun mereka, atau tanah yang mereka miliki, ataupun salib mereka, ataupun harta mereka tidak akan dirosakkan. Mereka tidak akan dipaksa untuk menukar agama..."
-Umar al-Khattab
Masjid Umar- masih berdiri sehingga hari ini berhadapan dengan Gereja Holy Sepulchre (kredit) |
Pada sisi yang lain pula semangat nasionalis kelompok-kelompok Yahudi mula membara. Pada tahun 1890-an seorang journalis yahudi, Theodore Hertzl memperkenalkan ideologi Zionis yang kemudiannya dirasmikan menjadi sebuah gerakan melalui kongres pertama mereka di Basel, Switzerlang pada tahun 1897. Dalam kongres inilah Hertzl menyampaikan gagasannya untuk mewujudkan sebuah negara Yahudi dalam tempoh 50 tahun.
Theodore Hertzl, 'Bapa Politik Zionis' (kredit) |
Latar Belakang Munculnya Permasalahan Palestin dalam Sejarah Moden
Yahudi telah kehilangan hubungan dengan Palestin secara amalan langsung lebih dari 1800 tahun, yang ada hanyalah emosi keagamaan yang diyakini bahawa mereka sedang menunggu 'Messiah'. Pada ketika itu mereka akan dapat menduduki Palestin, hidup aman bahagia dan menegakkan kewujudan mereka di sana.
Beberapa perubahan penting yang terjadi dalam sejarah Eropah moden memberikan impak terhadap peranan Yahudi dan wujudnya projek Zionis. Sejak abad ke -16 munculnya gerakan Protestan yang menfokuskan keimanan mereka kepada Old Testament ("Taurat") yang meyatakan bahawa mereka adalah penduduk Palestin yang bertebaran di muka bumi dan nanti akan dikumpulkan di Palestin dengan datangnya penyelamat al-Masih.
Kebanyakan pengikut Protestan adalah rakyat Britain, Amerika Syarikat, Belanda dan hampir separuh rakyat Jerman. Lalu dari sini muncullah gerakan Zionis non-Yahudi khususnya ditengah-tengah kelompok Protestan yang mendukung projek Zionis berdasarkan persamaan latar agama.
Dari sudut lain, Eropah juga turut mengalami perubahan politik khususnya pada abad ke-19, sejak tercetusnya Revolusi Perancis menentang pemerintahan monarki pada tahun 1789 sehingga terbentuknya negara Eropah moden dan tersebarnya fahaman nasionalisma dan sekularisma. Golongan Yahudi mendapat kebebasan dan diberikan hak warganegara khususnya di Eropah barat sehingga dengan mudah mereka merosakkan struktur, tertib dan sistem masyarakat sedia ada. Mereka turut mengawal politik, ekonomi, sosial dan media.
Sebaliknya pula yang berlaku di Rusia dan Eropah timur walaupun majoriti Yahudi hidup di sana. Mereka mendapat layanan bersifat radikal, keras dan bersifat "teroris". Tambahan pula adanya warga Yahudi yang terlibat dalam gerakan revolusi kiri menentang pemerintah hingga terbunuhnya Kaisar Alexander II pada 1881. Kelompok Yahudi dituduh menjadi dalang disebalik semua itu. Dari sini muncullah gerakan anti-semitism (permusuhan terhadap Yahudi) yang menyebabkan mereka terpaksa 'brainstorm' bagi memecahkan permasalahan tersebut dan melarikan diri ke Eropah barat, Amerika Utara dan Selatan. Ini juga menjadi sebab mereka menjadikan Palestin sebagai tempat pelarian, ditambah lagi dengan sokongan dari Eropah dan Amerika kerana persamaan agama agar mereka selamat dari "bencana menjadi Yahudi''.
Kelemahan daulah Uthmaniyyah- dimana Palestin berada di bawah kekuasaannya- serta usaha negara-negara Barat untuk membahagi-bahagikan tanah jajahan melancarkan projek Zionis. Titik penting adalah Perjanjian London (1905-1907) berupa rencana pembentukan negara pembatas (ad-Daulah al-Hajizah) di negara Palestin. Ahli-ahli muktamar tersebut mengusulkan kepada Perdana Menteri Britain ketika itu, Campbell Bannerman untuk mendirikan sebuah tempat yang dapat menjadi pembatas yang kukuh di sebelah laut Timur Tengah, dan menjadi sebuah entiti yang kuat memusuhi penduduk di sana (Palestin) serta menjadi sekutu dan sandaran bagi negara-negara Eropah. Golongan elit Yahudi di Eropah memiliki saham yang besar dalam memperjuangkan idea ini.
Projek barat dalam mendirikan negara pemisah bertujuan untuk menanamkan sebuah daerah asing di tengah-tengah dunia Islam dan memisahkan Asia dan Afrika, menghalang kesatuan umat dari menumbuh dan mekar menjadi peradaban yang teguh. Umat Islam akan terus-menerus dirudung masalah sehingga tersisa segala tenaga dan usahanya. Umat Islam akan sentiasa dalam porak-peranda, lemah dan berpecah-belah. Bagi merealisasikan idea ini berlakunya perjanjian erat antara Yahudi Zionis dengan Salibis Barat. Dari sini kita dapat melihat bahawa projek ini tidak hanya ditujukan kepada Palestin tetapi kepada umat Islam seluruhnya.
Sekian lama orang Barat berada di bawah berabad-abad. Dengan merosotnya Daulah Uthmaniyyah khususnya pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, kesempatan ini mesti diambil bangsa-bangsa Eropah supaya tidak tertegak dan berkembangnya lagi negara Islam. Akhirnya perancangan ini dilaksanakan dengan mendirikan sebuah negara pembatas (Daulah al-Hajizah) di Palestin.
akan bersambung...Perkembangan Politik Palestin sehingga 1914
Artikel Asal: فلسطين دراسات منهجية في القضية الفلسطينية - Dr Muhsin Muhammad Solih
Terjemahan asal: SINAI Mesir
Ulasan
Catat Ulasan