Menyusun
بسم الله الرحمن الرحيم
Sudah lebih setahun saya tidak menulis di laman ini.
Konsisten tidak menulis.
Dan kali ini saya menulis dalam keadaan yang lebbig berbeza dari sebelum ini. Anak sudah boleh menyebut 30 patat perkataan, lebih kurang. Faham arahan dan permintaan. Memanjat abahnya secara literal dan menjadi 'controller'. Ingin ke dapur mengambil air? Naik kat Abah. Nak mainan, naik kat Abah, Mudah sungguh hidup kau ya Afiyah?
Menggunakan kebijakan yang diberi Tuhan untuk 'membuli' Abah.
Dan juga berbeza di mana saya tidak lagi bersama dałam kapał KKM.
Setelah lebih 4 tahun bekerja di dalam kerajaan, kini saya bekerja secara 'self employed'.
Freelance.
Buat sementara waktu ini.
Dan saya lebih bersyukur hidup begini.
Lebih masa berkualti bersama diri dan keluarga.
Lebih masa untuk beribadah, walaupun kadangkala culas juga.
Lebih fleksibel dengan cuti (tidak semestinya).
Ada pro and cons.
Masa kuantiti & kualiti
Tetapi masa tidak boleh diukur pada kuantiti semata-tapi pada kualiti.
Mempunyai lebih masa secara kuantitatif tidak menjamin masa itu lebih berkualiti.
Disitulah pentingnya 'conscience', bukan sekadar 'conscious' bahawa kita akan mati suatu masa nanti.
Conscious itu sedar, tetapi conscience itu lebih dalam. Mendalami, meng'hayat'i rasa dan fikiran ini. Menerapi jauh disudut akal dan jiwa.
Sejauh mana kita ingin hidup? Selagi boleh kita semua mahu hidup yang baik. Cuma interpretasi kita mungkin berbeza dengan apa yang dimaksudkan dengan hidup yang baik.
Dalam al-Quran Allah swt menyebutkan:
اعلَمُوا أَنَّمَا الحَيَاةُ الدُّنيَا لَعِب ٌ وَلَهو ٌ وَزِينَة ٌ وَتَفَاخُر ٌ بَينَكُم وَتَكَاثُر ٌ فِي الأَموالِ وَالأَولاَدِ كَمَثَلِ غَيثٍ أَعجَبَ الكُفَّارَ نَبَاتُه ُُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاه ُُ مُصفَرّا ً ثُمَّ يَكُونُ حُطَاما ً وَفِي الآخِرَةِ عَذَاب ٌ شَدِيد ٌ وَمَغفِرَة ٌ مِنَ اللَّهِ وَرِضوَان ٌ وَمَا الحَيَاةُ الدُّنيَا إِلاَّ مَتَاعُ الغُرُورِ
Know that this worldly life is no more than play, amusement, luxury, mutual boasting, and competition in wealth and children. This is like rain that causes plants to grow, to the delight of the planters. But later the plants dry up and you see them wither, then they are reduced to chaff. And in the Hereafter there will be either severe punishment or forgiveness and pleasure of Allah, whereas the life of this world is no more than the delusion of enjoyment.
Apa jua yang kita rancang, lakukan, nikmati semuanya akan ditinggalkan, atau meninggalkan kita.
Ibu bapa, adik beradik, isteri, anak-anak.
Rumah, kereta, 'investment', duit di dalam bank.
Semuanya akan pergi.
Puluhan tahun lalu kita tidak wujud. Dań puluhan tahun lagi kita akan pergi.
Tidak dikenali, dan kemudian dilupakan. (majoriti).
Tetapi, adakah kita akan meninggalkan legasi yang baik atau tidak?
Saya kini dipersimpangan kehidupan.
Menyusun langkah.
Menongkah jalan yang baru.
Ulasan
Catat Ulasan