Keindahan pada mudhaf dan mudhafun ilaih
Sesiapa sahaja yang mempelajari tatabahasa bahasa Arab dengan betul akan mengenal Allah, sudah pasti dengan izinNya. Didalam pembelajaran penggunaan kata nama (noun) bahasa Arab ada satu terma yang dinamakan Al-Idhafah. Terdapat 5 subtopik dalam al-Idhafah, salah satunya ialah mudhaf dan mudhafun ilaih.
Kita tidak akan pergi kepada hal-hal teknikal, akan tetapi ingat ini: syarat penting dalam mudhaf dan mudhafun ilaih ini ialah tiada apapun yang boleh berada diantara mudhaf dan mudhafun ilaih.
Bagaimana dikatakan mempelajarinya dapat mengenal Allah?
Ustaz Nu'man Ali Khan memberikan satu contoh daripada al-Quran,

عباد الرحمن
عباد bermaksud hamba-hamba, manakala الرحمن Tuhan yang sangat menjaga dan sangat menyayangi. Dalam ayat ini, عباد ialah mudhaf, dan الرحمن adalah mudhafun ilaih kerana memenuhi syarat-syarat tertentu. Perlu diingat bahawa bukanlah semua ayat dalam bahasa Arab mudhaf dan mudhafun ilaih, hanya sebahagian sahaja.
Memahami maksud ayat ini secara linguistik memberikan kita suatu pemahaman yang berbeza berbanding membacanya secara terjemahan biasa.
Kita fahami bahawa tiada apapun yang boleh berada diantara mudhaf dan mudhafun ilaih, maka dalam ayat ini, tidak ada apa-apa yang berada diantara Allah yang dan hamba-hambaNya, menunjukkan betapa dekatnya Allah dan hamba-hambaNya! Dan disini lagi Allah mensifatkan diriNya dengan nama al-Rahman, yang Maha Mengasihani, yang terlalu cinta dan kasih pada hamba-hambaNya. Pada kita semua.
Begitulah gambaran dari al-Quran tentang hubungan antara Tuhan dan hamba.
Begitulah gambaran dari al-Quran tentang hubungan antara Tuhan dan hamba.
Subhanallah!
Jika Allah telah mensifatkan diriNya sebegitu, maka kita juga harus tidak ada sangka buruk pada Allah, tidak akan rasa terputus dariNya, sekalipun sejauh mana kita telah lari dari Ar-Rahman. Sekalipun berkali-kali kita ingkar pada suruhanNya, tidak kurang sering melakukan larangan-larangan Allah, kerana cintaNya yang terlalu besar, tidak mungkin kita akan berputus asa dari rahmat Allah yang Maha Pengasih!
Semoga kita digolongkan bersama Ibadurrahman dan memperoleh barakah dari ilmu-ilmuNya. Ameen.
Semoga kita digolongkan bersama Ibadurrahman dan memperoleh barakah dari ilmu-ilmuNya. Ameen.
Wallahua'lam.
Ulasan
Catat Ulasan