Tadabbur: al-Maidah ayat 105
لَا يَضُرُّكُم مَّن ضَلَّ إِذَا ٱهۡتَدَيۡتُمۡۚ
"Tidaklah memudaratkanmu orang yang sesat bila kamu telah mendapat petunjuk"
(al-Maidah: 105)
Imam Ibn Taimiyyah memberi beberapa pengajaran yang boleh kita ambil dari ayat ini, antaranya:
1. Jangan takut kepada orang-orang kafir dan munafik kerana mereka tidak dapat memudaratkan orang beriman yang mendapat hidayah Allah.
2. Jangan berdukacita dan gelisah terhadap terhadap kuffar dan munafiq kerana maksiat dan kejahatan mereka tidak memudaratkan orang beriman apabila dia telah berada di atas hidayah Allah. Sedih terhadap sesuatu yang tidak membahayakan adalah sia-sia. (16:127)
3. Janganlah cenderung kepada mereka. Jangan tertarik kepada kekayaan, kekuasaan dan keseronokan yang ada pada mereka sebagaimana firman Allah dalam surah al-Hijr: 127
4. Apabila membenci, mencela, melarang, memulaukan atau menghukum pelaku maksiat, janganlah melampaui batas lebih dari yang dibenarkan. Disebut dalam surah al-Maidah, ayat 8 dan surah al-Baqarah, ayat 190 dan 193.
5. Amar makruf nahi mungkar hendaklah dibuat mengikut cara yang diizinkan syara', dari segi ilmu, lemah lembut, sabar, niat yang baik dan sederhana. Untuk melawan perintah Allah, syaitan akan berusaha menggelincirkan daie kepada salah satu, jika tidak kedua-dua, sama ada bersikap melampau, atau mencuaikannya.
Ulasan
Catat Ulasan