Dakwah Silang Jantina?

بسم الله الرحمن الرحيم

Pengenalan
usaha DAKWAH itu tiada masalah,malah amat dituntut bagi setiap manusia bergelar muslim.Tapi,bagaimana pula dakwah kepada mereka yang bukan mahram kita?

Kisahnya macam ni..
Ana pernah 'didatangi' seorang sahabat lama di facebook(yup facebook:connecting people).Kami berchatting bermacam perkara;cerita-cerita lama,diselangi smiley sana sini,borak tentang pengalaman di negara orang dan sebagainya. Dan dari luar menjadi semakin dalam,yang tersirat semakin tersurat.Memang benar,bertaaruf adalah langkah pertama ukhwah dibina.Sahabat ana ini pun turut menceritakan pengalamannya belajar di luar negara,dan cabaran-cabaran luaran dan dalaman yang dihadapi,terutamanya pergaulan dengan perempuan,sehingga dia menaip,"Cuak gila aku!!"nak dikatakan ketakutan,lebih tepat,kerisauan menghadapi kesan buruk jika terus terdedah dengan biah tersebut sepanjang tempoh menuntut di luar negara begitu terkesan pada dirinya.Maka terdetik pula di hati ana untuk berkongsi pandangan dengan rakan-rakan sekolah lama ana,dalam group batch di facebook,SPM 2010.Soalan ana adalah satu contoh,tapi secara generalnya boleh ditulis begini,'Dakwah silang jantina,anda bagaimana?'(Satu lagi,!sahabat ana ni semestinya seorang lelaki,jika tidak pasti tidak wujud persoalan sebegini.)


Adib Abdul Rahim salam,ingin meminta pandangan antum.bagaimana menegur golongan wanita yang menutup aurat,tapi tidak sempurna penutupannya?
ini dialami oleh rakan ana sendiri.
pasti approach yg berbeza bila kita di US,Mesir ataupun Malaysia sendiri.
jazakumullahukhairan kathiraan kerana berkongsi pendapat:)


    • A Mun'im Mohamad Yusri kawan ngan dia... or suruh pompuan yg rasanya dh sempurna perggi approach dia
      November 14 at 9:04am · 

    • Nur A'fifah Md Akhir lg bgs kalau bg sorg perempuan yang rapat dgn dia, n kawan itu lebih baik penutupannya, sbb nakkan kesempurnaan, tak de yg akan sempurna kan?. sbb untuk mengelakkan ikhtilat. syaitan kan suke ende2 kecik mcm ni, moga membantu. ok dah.
      November 14 at 12:15pm ·  ·  4

    • Amzar Ismail Kwen ngn pmpuan uh..xpon kwen ngn pmpuan yg bole tego die..
      November 14 at 1:46pm via mobile · 

    • Humaira Mahpa kwen je la yg die pk..erm, rasenye kawan kot main peranan..kalau utk muslimat..tunjukkan contoh terbaik..n same2 cuba perbaiki diri dr semasa ke semasa..wallahu'alam..=D
      November 14 at 3:21pm ·  ·  2

    • Widad Ishak ‎"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
      November 14 at 3:27pm ·  ·  3

    • Aqilah Hasmizi hasan al-basri.. :)
      November 14 at 3:29pm ·  ·  2

    • Widad Ishak peganglah ia untuk diri kita, as a daie everywhere we're..
      November 14 at 3:29pm ·  ·  1

    • Widad Ishak dri pengalaman, jika anda sendiri mempunyai kekuatan untuk menegurnya, silakan, sbb kdg2 wanita ni lebih terkesan jika lelaki yg menegurnya berbanding dgn kwn sejantinanya. tapi jgn la pulak ambil kesempatan.jika x mampu, try gunakan abgnya, atau kakaknya.means org yg lebih tua.. akhir, doakan semoga sahabat itu terbuka hati menerima teguran dan hidayah tersebut.. wallallua'lam..
      November 14 at 3:38pm ·  ·  2

    • Sakinah Ridzuan betul kate widad, certain prmpuan bile laki yg tego akan lebih terkesan . tp ade jugak yg melenting . tegur dgn berhikmah adalah sbaek baek care, x kesah lah siapa pun . wallahu'alam
      November 14 at 4:41pm ·  ·  2

    • Adib Abdul Rahim syukran semua=)
      November 14 at 11:39pm · 

    • A Mun'im Mohamad Yusri well.... sumtime kita sering terasa ngan teguran pedas yg dilemparkan oleh sesetengah pihak xkira laki or pompuan.. tp kalau kita yg kena tegur ngan cara kasar, xpatut kita xterima kerana mungkin bnda yg ditegur itu bnda yg kita memang dah tahu halal haramnya tapi kita leka melanggar hukum sesuka hati..
      November 15 at 12:31am · 

    • Akmal Juhanuddin Kalo anda rase anda lelaki ygckup b'hikmah utk m'berikan teguran, silakan... ^_^ Kdg2 ader jenis2 org yg kalo kita sindir, dier x prasan sindiran itu ditujukn kpd dier... So, kita kene ckp straight to the point r... Tp, kalo straight to point, jgn smpi menyakitkn hati yg ditegur... Bagilah teguran yg b'HIKMAH... Nasihat mmg perlu m'beri kesan pd hati, tp x menyakitkn hati... Cmner tu? Yg b'tanya soklan nie psti lebih arif drpd yg ditanya... ^_^ Jzk.
      November 15 at 1:08am via mobile ·  ·  7

    • Basir Abdul Afnan ‎"Dakwah yg paling berkesan adalah Dakwah bil Hal..Terbukti keberkesanannya"
      November 17 at 2:24am ·  ·  5

    • A Mun'im Mohamad Yusri ngn perbuatan kita... tnjukkan qudwah yg baik.. jge ibadah.. bukan ckp lololololololololo.... mcm hujan tp haprak. subuh pkl 7.30... sekali pakej ngn dhuha
      November 17 at 2:59am ·  ·  2

    • Basir Abdul Afnan ‎"Kita berdakwah bukan sebab kita baik. Tetapi kita berdakwah sebab nak berubah menjadi baik sebab Dakwah menghapuskan dosa-dosa yg ada"
      *ni ulasan seorang lecturer tym bagi ceramah kat surau..betul jugak pe..kat alam semesta ni mane ada manusia yg sempurna..semua buat salah..sebagai contoh satu keadaan kita tegur kawan kita x pakai tudung..pastu dia tegur kita balik "kau tu solat pon lambat"..kalau camtu..sampai kiamat pon xde dakwah..oleh itu..kita kenalah berdakwah..bagaimana?? berdakwah dengan Akhlak..

      November 17 at 3:07am ·  ·  4

    • Meor Ahmad Syahril smat la nan,dakwah bil hal..dakwah yg plg senang utk dakwah org len..bahkn pd zaman rasulullah dulu,byk org kafir msuk islam sbb rasulullag gune uslub dakwah cam uh... {]:)
      November 17 at 5:04am ·  ·  7

    • Adib Abdul Rahim eh xdela,mmg ad kwn tnye ana pasal ni.ana pun mmg kurg arif bab2 silang jantina,sebab tu ana minx pndpt antum yg ambil QS dan syariah kt mhd dulu.jazakumullah semua sbb sudi memberi buah idea yg mantop2:)
      November 17 at 6:23am ·  ·  1

    • Acap Jenol dalam dunia ni bnyk perempuan..n mesti ade yg tutp sempurna aurat beliau.....jadi..dari kite dok susah pikir nak tegor perempuan yg tak tutup aurat ngan sempurna tu,aku rase kite boley gak mintak tolong perempuan yg tutup sempurna aurat tu,tegur kawan2 beliau tu..sbbnye...perempuan lbey memahami hati n perasaan kwan masing2.....
      November 17 at 6:51am ·  ·  2


Setelah membaca respon sahabat-sahabat kita di atas,ana rasa tidak lengkap jika tidak disertakan sekali dengan pandangan mereka yang lebih arif dan alim dalam hal ehwal hukum islam.

Ustaz Nidzam bin Abdul Kadir,Pensyarah UIA PJ says:

ada dakwah tanpa mengira bangsa dan jantina. namun adab dijaga jgn sampai khalwat di tempat sunyi, pegang tangan dan lain-lain

Ustazah Arbaayah Abdullah,Tunku Kurshiah College,Negeri Sembilan says:

Dakwah adalah satu kewajipan ke atas setiap Muslim, sama ada lelaki mahupun perempuan kerana arahan untuk melakukannya adalah umum. Allah swt berfirman: Kalian adalah sebaik-baik ummah untuk manusia. Kalian mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,… [Ali Imran 3:110]

Tambahan pula, sejarah nabi dan para sahabat membuktikan bahawa dibenarkan untuk lelaki melakukan dakwah di kalangan perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Ini dibuktikan dengan ramainya sahabat-sahabat lelaki yang sering menziarahi Aisyah ra untuk menuntut ilmu daripada beliau.

Akan tetapi, kita hendaklah sedar bahawa hal ini berlaku ketika era generasi terbaik. Sedangkan di zaman kini kita sering terjumpa lelaki yang melakukan dakwah di kalangan perempuan dan sebaliknya sering terjatuh ke dalam fitnah.


Oleh kerana itu yang terbaiknya,i untuk memberikan tugasan dakwah tersebut kepada lelaki yang menjadi mahram perempuan-perempuan tersebut, ataupun kepada mahram kamu seperti isteri kamu. Ini lebih elok untuk saudara dan agama saudara. Lebih baik memberikan manfaat kepada diri sendiri (dengan melindunginya) daripada memberikan manfaat kepada orang lain yang mana ia akan memudharatkan diri sendiri.

Jika kamu tidak menemui mahram untuk melakukan hal ini, jangan lakukan dakwah di kalangan perempuan kecuali kamu yakin mampu untuk menjauhi fitnah.Kamu juga hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga. Ini bermaksud, hendaklah memastikan diri kamu tidak berdua-duaan dengan wanita, tidak melihat kearah mereka (hendaklah menundukkan pandangan), dan tidak bercakap dengan wanita sehingga melangkaui skop dakwah. Dengan kata lain, seolah-olah kamu sedang melalui jalan yang berduri apabila melakukan tugasan dakwah ini, dan hendaklah kamu berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam fitnah.

Muslimah sejati menyedari diri sebagai fitnah dunia, sedaya upaya menjauhi dan menghindari agar maruah agama terpelihara dan kehormatan diri terjaga dari nafsu yang menggoda. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud : “Tidak aku tinggalkan kepada ummatku selepasku fitnah yang lebih besar ke atas lelaki melainkan wanita”. Cukuplah sabda Baginda s.a.w menterjemahkan segala-galanya. Muslimah harapan ummah, di bahumu terpikul amanah……!



Akh Mohammad Hisyam Bin Yusoff,Tahun 3 Kuliah Perubatan,Universiti Iskandariah,Mesir says:

Berkaitan soalan ini -

Jika melihat kepada kaedah Rasulullah SAW berdakwah kepada wanita :


1. Rasulullah SAW berpesan agar berdakwah kepada keluarga. Contoh sirah, para sahabat yang menuntut ilmu bersama Rasulullah SAW selama 20 hari diminta pulang untuk sampaikan kepada keluarga.


2. Kaedah 2, kuliah umum - permintaan wanita-wanita Ansar agar Rasulullah SAW ada sesi khas dengan mereka.


3. Melalui terus berdepan dengan Rasulullah SAW dalam suasana yang ramai atau bermahram. Contoh sirah, wanita yang bertanyakan hukum tentang idah wanita mengandung setelah kematian suami.


4. Melalui isteri Rasulullah SAW. Contoh, banyak wanita zaman Rasulullah SAW bertanya kepada Saidatina Aisyah berkenaan sesuatu perkara.


Kesimpulan, merujuk kepada sirah-sirah ini dapat kita jadikan panduan bahawa wujud dakwah silang jantina dalam suasana yang terjaga dan syara'.

Dalam menyampaikan dakwah kepada wanita, tanggungjawab pertama dipikul atau dipertanggungjawabkan oleh mahram wanita tersebut. Jika tiada atau tidak cukup ilmu mahram tersebut, barulah wanita digalakan untuk menuntut ilmu daripada mereka-mereka yang lebih arif

Penjagaan berkaitan dengan silang jantina ini boleh juga kita lihat sirah - ketika Rasulullah SAW bersembang isterinya, lalu lintas seorang sahabat dan Rasulullah pun memanggilnya dan memberitahu bahawa itu adalah isterinya. Jelas sekali, hal-hal berkaitan wanita dan lelaki amat-amat dititik beratkan oleh Islam demi mengelakkan fitnah.

Rujukan :
Uluwwul Himmah 'Inda An-Nisa ( Tajuk terjemahan : Kemuliaan Tokoh Wanita Unggul)


Muhammad Ali Al-Allawi

Afwan, sekadarnya. Semoga sedikit perkongsian ada manfaatnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------


Ana harap dengan penjelasan ini dapat sedikit sebanyak menjawab persoalan Dakwah Silang Jantina,khususnya buat sahabat ana yang bertanya tu.^^

Oklah,that's all guys.InsyaAllah jika ada kelapangan waktu dan idea,maka adalah post akan datang.Barakallahu fikum:)

Wallahua'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health