Siri 4: Bermulanya penjajahan Zionis
بسم الله الرحمن الرحيم
BERMULANYA PENJAJAHAN ZIONIS DAN PEMUSNAHAN BUMI PALESTIN
Tipu muslihat bijak British yang jelas membuka pintu kepada bangsa Yahudi untuk masuk ke Palestin telah menjadi titik awal pendudukan secara besar-besaran ke atas bumi milik umat Islam, lebih-lebih lagi setelah perjanjian Sykes-Picot dan Balfour.
Pada awalnya mereka hanya membangunkan tanah pertanian. Namun seterusnya berkembang menjadi projek localization yang semakin meluas. Dana projek tidak lain tidak bukan datang dari bilionair Yahudi, Rostchild dan Jewish Monetary Fund yang diasaskan oleh World Zionist Organization.
Pada akhir-akhir tempoh pemerintahan Turki Uthmaniyyah (1917-18M), usaha-usaha penjajahan terhadap bumi Palestin semakin rancak. Bangsa Yahudi mula menguasai 420,000 Donum (1 donum=kira-kira 1000m persegi) atau sekitar 1.57% dari jumlah keluasan Palestin. Mereka dapat menguasai tanah seluas ini dengan cara mendirikan sekolah-sekolah pertanian atau membeli secara paksa. Mereka memanfaatkan kelemahan dan konflik dalaman Turki Uthmaniyyah ketika itu dengan melakukan penipuan dan pengkhianatan.
Sewaktu pentadbiran British Commonwealth di Palestin (1917-48M), pintu imigrasi dibuka untuk bangsa yahudi ke Palestin. Angka populasi meningkat secara drastik dari hanya 55,000 pada tahun 1918M, sehingga 646,000 orang pada tahun 1948 (8% menjadi 31% dari jumlah penduduk Palestin). Sementara itu British turut memberikan kemudahan kepada orang Yahudi untuk membeli tanah. Pemilikan tanah berentitikan yahudi lalu meningkat. Pada tahun 1948 keluasan tanah milik Yahudi adalah 1,800,000 Donum atau 6.64% luas keseluruhan wilayah Palestin. Selain itu, mereka turut membangunkan sekitar 291 penempatan yahudi di tanah yang dijajah.
Sikap indelicate Yahudi ini menimbulkan protes keras dari bangsa Arab-Palestin sebagai penduduk asal. Berulang kali berlakunya konflik antara kelompok Israel dan Palestin. Keadaan ini akhirnya memaksa PBB membentuk suruhanjaya khas bagi menyelesaikan masalah antara kedua-dua pihak yang bersengketa, penyelesaian yang hakikatnya menyebelahi bangsa Yahudi. Suruhanjaya tersebut kemudiannya mengeluarkan dua usul iaitu:
1. Membahagikan wilayah Palestin kepada 2 bahagian
2. Membentuk pemerintahan bersekutu antara Yahudi dan Arab, atas desakan AS.
Usul itu ditolak kerana jelas akan merugikan rakyat Palestin. Masalah ini kemudiannya dibahaskan dalam sesi Persidangan Umum PBB pada November 1947, lalu keluar Resolusi 181, yang menetapkan pembahagian tanah menjadi 2 wilayah, 54% untuk Yahudi dan 45% untuk Arab. Manakala al-Quds (Jerusalem) 1% menjadi kawasan antarabangsa di bawah PBB. Tidak pula disebutkan berapa bahagian rakyat Palestin yang menjadi pemilik sah tanah ini. Resolusi ini juga menandakan berakhirnya pemerintahan protectorate British atas Palestin.
Pada Perang Arab-Palestin 1948, Yahudi berjaya merampas sekitar 77% wilayah Palestin (lebih kurang 20,770km persegi). Yang tinggal buat rakyat Palestin hanya wilayah Tebing Barat (5876km persegi) dan Gaza (363km persegi). Peristiwa ini kemudiannya dikenali sebagai an-Nakbah, bencana atau malapetaka.
Mereka menghancurkan sebahagian besar perkampungan rakyat Palestin dan ditukar menjadi tempat pendudukan imigran Yahudi. Jumlah perkampungan yang dihancurkan mencapai 478 dari 580 perkampungan yang terdapat dalam kawasan jajahan 1948. Di sana mereka juga mendirikan penempatan baru, dan mencapai 756 unit sehingga 1985. Mereka turut menduduki 62 perkampungan yang lain dan mengusir ribuan penduduk asal serta merampas tanah air mereka. Sementara itu mereka juga merampas aset kekayaan umat Islam dan menjadikannya milik mereka. Tiada yang tersisa buat bangsa Palestin di wilayah jajahan kecuali sekitar 4%. Selebihnya dirampas Yahudi secara perlahan dengan pelbagai cara.
Selepas Perang 6 Jun 1967 (Six Day War), Zionis merampas wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Mereka juga menguasai Semenanjung Sinai di Mesir dan Bukit Golan di Syria. Dengan itu usaha politik Yahudi untuk menguasai bumi Palestin akhirnya berhasil. Lalu mereka pun mengisytiharkan bahawa al-Quds Timur (termasuk masjid al-Aqsa) menjadi milik mereka selamanya. Projek besar 'Jerusalem Raya' dimulakan dengan menutup 20 wilayah di Tebing Barat. Sehingga dalam jalur masa 20 tahun (1967-1987) Zionis menguasai sekitar 3,179,215 donum, sementara dari 1988-1997 bertambah sehingga sekitar 512,000 donum. Selama 2 tahun pada akhir abad ke 20 bertambah lagi 150,000 donum. Dengan demikian mereka telah menguasai sekitar 3,841,000 donum, dalam peratusan, lebih kurang 62% dari jumlah luas Palestin. Sehingga hari ini, peristiwa yang berlaku ini telah dikenali sebagai an-Naksah, the day of setback buat rakyat Palestin dan umat islam.
Sementara di bahagian Timur al-Quds, bangsa Yahudi telah mendirikan lebih 10 mukim penduduk yang dihuni lebih 190,000 orang Yahudi. Angka itu melebihi warga Arab Palestin. Mereka turut membangunkan lebih 160 mukim penduduk di Tebing Barat. Penjajahan terus berlanjutan dan semakin wilayah yang terasing. Sementara itu di Gaza 16 mukim dibina dengan penduduknya mencapai 5000 orang.
Akan bersambung...Usaha Perdamaian dan Hasilnya buat rakyat Palestin
Siri-siri lepas:
Siri 1
Siri 2
Siri 3
Artikel Asal: فلسطين دراسات منهجية في القضية الفلسطينية - Dr Muhsin Muhammad Solih
Terjemahan asal: SINAI Mesir

sumber:occupiedpalestine.wordpress.com |

Untuk melihat lebih banyak koleksi foto berkaitan an-Nakbah, lawat laman web occupiedpalestine.wordpress.com |
Mereka menghancurkan sebahagian besar perkampungan rakyat Palestin dan ditukar menjadi tempat pendudukan imigran Yahudi. Jumlah perkampungan yang dihancurkan mencapai 478 dari 580 perkampungan yang terdapat dalam kawasan jajahan 1948. Di sana mereka juga mendirikan penempatan baru, dan mencapai 756 unit sehingga 1985. Mereka turut menduduki 62 perkampungan yang lain dan mengusir ribuan penduduk asal serta merampas tanah air mereka. Sementara itu mereka juga merampas aset kekayaan umat Islam dan menjadikannya milik mereka. Tiada yang tersisa buat bangsa Palestin di wilayah jajahan kecuali sekitar 4%. Selebihnya dirampas Yahudi secara perlahan dengan pelbagai cara.
Peta menunjukkan kawasan milik Palestin dan Israel mengikut tahun. Sumber: occupiedpalestine.wordpress.com |
Selepas Perang 6 Jun 1967 (Six Day War), Zionis merampas wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Mereka juga menguasai Semenanjung Sinai di Mesir dan Bukit Golan di Syria. Dengan itu usaha politik Yahudi untuk menguasai bumi Palestin akhirnya berhasil. Lalu mereka pun mengisytiharkan bahawa al-Quds Timur (termasuk masjid al-Aqsa) menjadi milik mereka selamanya. Projek besar 'Jerusalem Raya' dimulakan dengan menutup 20 wilayah di Tebing Barat. Sehingga dalam jalur masa 20 tahun (1967-1987) Zionis menguasai sekitar 3,179,215 donum, sementara dari 1988-1997 bertambah sehingga sekitar 512,000 donum. Selama 2 tahun pada akhir abad ke 20 bertambah lagi 150,000 donum. Dengan demikian mereka telah menguasai sekitar 3,841,000 donum, dalam peratusan, lebih kurang 62% dari jumlah luas Palestin. Sehingga hari ini, peristiwa yang berlaku ini telah dikenali sebagai an-Naksah, the day of setback buat rakyat Palestin dan umat islam.
Sementara di bahagian Timur al-Quds, bangsa Yahudi telah mendirikan lebih 10 mukim penduduk yang dihuni lebih 190,000 orang Yahudi. Angka itu melebihi warga Arab Palestin. Mereka turut membangunkan lebih 160 mukim penduduk di Tebing Barat. Penjajahan terus berlanjutan dan semakin wilayah yang terasing. Sementara itu di Gaza 16 mukim dibina dengan penduduknya mencapai 5000 orang.
Akan bersambung...Usaha Perdamaian dan Hasilnya buat rakyat Palestin
Siri-siri lepas:
Siri 1
Siri 2
Siri 3
Artikel Asal: فلسطين دراسات منهجية في القضية الفلسطينية - Dr Muhsin Muhammad Solih
Terjemahan asal: SINAI Mesir
Salam, akh.
BalasPadamCan you include references in your articles as well, please?
Makes things easier for reference.
Jzkk!
- AF
wslm wbt, this article is extracted from Filistin, Dirasat Manhajiyah fi al-Qadhiyah al-Filistiniyah by Dr Muhsin Muhammad Shalih. I'm just translating them with some addition (pictures and prolog). Wallahua'lam.
Padam