Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Jangan berhenti dalam jalan ini.

بسم الله الرحمن الرحيم Bertahun-tahun mengikut dakwah dan tarbiyyah (D&T) , ada masa-masa tertentu saya berasa kerdil dan lemah. Saya bertanya pada diri, "Sekian lama aku dalam tarbiyyah. Kenapa macam tak ada peningkatan?"

Mari kembali menjadi hamba

بسم الله الرحمن الرحيم Ali Imran:133-135 Siapa boleh agak ayat apa yang ingin saya tadabburkan?

Syria: Bagaimana kefahaman dan sikap kita terhadapnya?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم PEMBUKA KALAM Segala puji bagi Allah yang memberikan peluang kepada kita untuk hidup dalam islam dan iman. Kerana tanpa iman dan islam tiadalah nilai hidup kita di atas dunia. Dalam melalui bulan Ramadhan yang mulia ini, kita tidak dapat lari dari isu-isu yang cukup mencabar, sebahagiannya menguji akidah dan pegangan ummah, sebahagian pula meruntun jiwa dan begitu menyakitkan.

Kemenangan yang Dirampas: Jalan Ini Masih Panjang

Imej
SECARA RINGKAS 3 JULAI 2013 5Julai 2013: Saat jari-jemari ini menaip papan kekunci, Mesir yang saya duduki ini tidak lagi dibawah Dr Muhammad Mursi. Saat saya menulis juga bergema laungan para penyokong Mursi dan Syar'iyyah (perundangan Mesir) dari luar tingkap rumah. Mereka sedang berarak di jalan Abu Qir Ibrahimiyyah, Iskandariah.

Pembebasan Al-Quds kini di tangan ANDA!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم صلاح الدين الأيوبي Anda kenal dengan Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan al-Aqsa setelah 88 dikuasai oleh tentera Salib? Ya, setelah lebih 800 tahun namanya harum dicintai para muslimin dan dikagumi bukan-muslim khususnya mereka yang membuat kajian mendalam berkenaan sejarahnya. Pada 1187, Salahuddin bersama tenteranya menewaskan tentera Salib dalam sebuah peperangan yang cukup bermakna buat umat Islam dalam Perang Hittin. Perang ini menjadu 'turning-point' dalam fasa Perang Salib. Perang ini juga telah membuka pintu yang luas buat Salahuddin untuk kembali ke Baitul Maqdis-matlamatnya yang agung. Dan pada Oktober 1187, al-Quds telah dibebaskan, dan sebagaimana selayaknya pemimpin islam yang wara' dan bertaqwa seperti Salahuddin tidak membunuh orang Yahudi ataupun Kristian sesaat membukanya. Tetapi, disini saya juga ingin membawa antum untuk melihat sisi pandang yang berbeza. Sudut pandang yang adakala kita terlepas fikir. Jangan kita hanya t...

Daie On Stage

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم kredits Nasyid adalah salah satu medium dakwah- mengajak manusia kepada islam. Kebanjiran kumpulan nasyid yang tumbuh macam streptococcus pyogenes juga tiada masalah. Ada yang bacitracin resistant, ada yang tidak. Err faham tak? Nasyid adalah satu medium dakwah, satu kewajiban yang agung dan mulia. Dan tugas yang mulia perlu disampaikan dengan cara yang terbaik dan menurut sunnah baginda saw. Maka dalam nasyid juga begitu. Namun ditakuti nanti kita hanya sibuk membaiki suara, teknikaliti, pemakaian dan rupa fizikal tapi lupa nak bersihkan jiwa, baca quran, melazimi amalan sunat dan sebagainya. Padahal itu yang lebih mustahak! Kita seronok menyapa dan menyanyi bersama penonton di atas pentas, tetapi di 'belakang pentas' nak disentuh pun payah, semua nak layanan artis. Makanan pun suruh orang ambil. Jadi da'ie on stage sahaja, off stage terus off. Naudzubillah... Ingat, kita munsyid, kita tetap daie. Kita bukan munsyid pun, kita teta...

Daie pembawa cinta, bukan cemeti.

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم cemeti besi. Ouch! (credits) "Dakwah ini memang jalan yang penuh mehnah dan ujian" "Jika orang menolak dakwah kita, itu adalah satu bentuk tribulasi bagi menguji ketabahan kita." Sejak saya mula-mula men'cheburrr'kan diri dalam lautan dakwah ini, bermula dari kolam kecil, kepada sungai yang cetek sehinggalah lautan bergelora (saya baru main tepi pantai), kata-kata diatas tidak pernah lekang dari bibir-bibir para pendakwah. Mahu dibandingkan dengan manusia-manusia tahap moksya yang sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih 20 tahun, sangatlah berbeza dari segi pengalaman dan 'rasa' itu sendiri. Saya sendiri belum mencecah 20 tahun! Tapi semakin lama kita dicelup dalam air dakwah dan tarbiyyah ini, kita semakin mendalami maksud sesuatu perkara yang sama dengan pemahaman yang lebih berbeza dan kritikal. Begitu jua dengan mehnah dan tribulasi yang selama ini disandarkan kepada Allah semata-mata. Sahabat-sahabat...