Kemenangan yang Dirampas: Jalan Ini Masih Panjang

SECARA RINGKAS 3 JULAI 2013

5Julai 2013: Saat jari-jemari ini menaip papan kekunci, Mesir yang saya duduki ini tidak lagi dibawah Dr Muhammad Mursi. Saat saya menulis juga bergema laungan para penyokong Mursi dan Syar'iyyah (perundangan Mesir) dari luar tingkap rumah. Mereka sedang berarak di jalan Abu Qir Ibrahimiyyah, Iskandariah.



    Pada 3 Julai 2013 bersamaan 25 Shaaban 1434 Presiden pertama Mesir yang dilantik secara demokratik telah ditumbangkan melalui rampasan kuasa oleh pihak tentera. Tempoh pentadbiran pimpinan Mursi yang baru setahun akhirnya dikhianati oleh rakyat sendiri yang terdiri daripada kalangan liberal, sekularis dan anti-ikhwan. Mereka melaungkan slogan Irhal! Irhal! yang bermaksud berambus!

30 tahun dibawah rejim kuku besi Hosni Mubarak memang memberi kesan yang besar terhadap rakyat Mesir. Diktator ini digulingkan oleh Revolusi 25 Januari 2011, dan lebur dengan Revolusi 3 Julai 2013. Satu bait saya tergamam, Turki menolak geram, pendokong Islam kelu terdiam. Negara Arab ucap tahniah, Zionis dan Amerika senyum lebar, Presiden Syria Basyar Assad bertambah angkuh, "Apa yang berlaku di Mesir ketika ini adalah kejatuhan politik islam. Sesiapa yang menggunakan agama untuk kepentingan politik yang menguntungkan sebahagian sahaja pasti akan jatuh!" 

(kredits)
   Bila Revolusi 30 Jun yang dirancang penentang Mursi (Tamarrud) seperti tidak memberikan sebarang jalan keluar kepada krisis ini, Jaisy (tentera) yang dahulunya bersama rakyat menjatuhkan Mubarak kini sekali lagi memainkan peranan. Tentera masuk ke dalam gelanggang sebagai pengadil dan memberi 48-jam untuk kedua-dua pihak mencapai kata sepakat. Jika tidak, mereka akan mengambil tindakan 'yang sewajarnya'.

    Selama 48 jam pelbagai spekulasi yang keluar. Golongan Tamarrud (pemberontak) kembali berkumpul di Medan Tahrir manakala jutaan penyokong Mursi setia di perkarangan Masjid Rabiatul Adawiyah, Madinah Nasr menunaikan solat dan berqiam memohon pertolongan Allah Azza Wajalla.

     Sejurus keputusan dikeluarkan oleh General Abdul Fatah Al-Sisi pada jam 7 malam (waktu Mesir), medan Tahrir yang dipenuhi golongan Tamarrud dan anti-Mursi meraikan dengan memasang lagu Ya Biladi (lagu kebangsaan Mesir), menari beramai-ramai, sorakan dan bunga api. Manakala di perkarangan Masjid Rabiatul Adawiyyah, penyokong Mursi menunjukkan rasa tidak puas hati & membantah keputusan tentera. Akhawatnya menangis seakan tak percaya, ikhwahnya membara rasa marah, sebahagian mengetuai protes dengan kata-kata semangat. Kami akan pertahankan Syar'iyyah dengan nyawa dan darah kami!

"Mus aizzinal hukmil askar! Mus aizzinal hukmil askar!" (kami tak mahu pemerintahan tentera)

    Sahabat-sahabat saya yang belajar di sini juga tidak lepas dari meluahkan rasa kecewa dan marah dengan keputusan ini di laman sosial seperti facebook dan twitter, sehingga dalam kes terpencil timbul perbalahan sesama pelajar dan dengan pelajar Mesir sendiri.

    Sejak 3 Julai itu juga ramai yang berkongsi pandangan masing-masing di facebook, blog mahupun vlog, serta menjadi perbualan di mana ada pertemuan. Tiada masalah kerana itu hak masing-masing untuk memberikan pandangan, rasa dan kefahaman.

Saya tidak mahu terlalu emosional, saya juga berbaur antara sedih dan marah dengan apa yang berlaku. Hakikatnya ia telah pun berlaku, menyalahkan ke-tidakcerdikan Arab semata-mata sendiri adalah perkara yang kurang cerdik. Apa yang kita perlu lakukan, adalah melakukan sesuatu. Apa dia?

Ingin saya kongsikan sebuah kalam dari sahabat saya, moga dapat mengetuk hati dan membuahkan tindakan untuk kita terus thabat berjuang dalam jalan dakwah ini. Hasbunallahu wani'mal wakil...

suasana di madinah muram,
riak wajah kaum muslimin jelas tergambar kesedihan,
angkatan tentera muslimin pulang ke madinah dengan luka-luka yang parah.
hatta Sang Rasul tidak terkecuali ditimpa luka akibat peperangan,

itulah tentera yang pernah mendapat bantuan dari langit di medan Badar,
itulah juga tentera yang dijanjikan keredhaan Allah buat ahlinya,
tentera ini jugalah yang dirakam kisahnya di
 dalam Al-Quran,

seperti tidak percaya,
kini tentera tersebut tewas di medan Uhud !

**
saban hari,
kita melihat satu demi satu ujian yang Allah timpakan kepada saff ini,
ada yang terus menerus dengan segala kudratnya bertahan,
ada juga yang menemui rabbnya dengan penuh kemuliaan,
dan ada yang diuji dan ditangguhkan kemenangan,

mesir, turki, algeria ,bosnia , malaysia , myanmar , palestin , syria dan banyak lagi,
senario mereka hampir sama.
mahasuci Allah khabar ini dihantar tidak lain tidak bukan supaya kita sedar akan sesuatu,,

**
suatu hari seorang pemuda sedang berjalan dengan gurunya ketika terdengar khabar bahawa Bosnia telah jatuh ke tangan orang kafir.
lalu dengan penuh kesedihan beliau berkata,
”Saya prihatin dan sedih akan nasib umat Islam di Bosnia.”

Maka dengan spontan gurunya menjawab,
” (dengan kepedulian ini ), ANDA TELAH PUN BERMULA (meniti jalan-jalan dakwah ini)"

sejarah telah menyaksikan bahawa kedua-dua individu telah menjadi tokoh dalam dunia dakwah. Seluruh dunia mengenal dan mengiktiraf usaha dakwah yang dilakukan mereka berdua. Mereka menjadi guru kepada dunia.

Inilah perbualan antara syeikh abbas as-sisi dan gurunya as-syahid Imam Hasan Al-Banna.

ANDA TELAH BERMULA

**

ikhwah akhawat yang dimuliakan,
Khabar ini tidak lain tidak bukan dihantar kepada kita menyemai kepedulian kita terhadap ummah ini.
untuk menjentik hati kita agar suatu tindakan perlu dilakukan,

Dan dari kemahuan dan kepedulianlah,
maka kita terus mula bekerja dan menapaki jalan dakwah ini.
setiap kali kita terjatuh,
kita tidak akan mengalah,
kita akan bangkit dengan daya juang yang lebih tinggi daripada sebelumnya !

bangkit dengan iman yang lebih kental,
pergantungan kepada rabbul asbab yang lebih kuat,
keteguhan dan keazaman yang lebih jitu,
penyusunan organisasi dan saff yang lebih rapi,
kekuatan kelengkapan dan peralatan yang lebih ampuh,
persediaan kader-kader yang lebih berdisiplin,

amatilah dengan bersungguh-sungguh formula ini.
kerana dengan formula ini,
medan-medan selepas Uhud menyaksikan kemenangan tentera Islam ,
maka tidak mustahil medan-medan selepas ini,kemenangan berpihak pula kepada kita!


-111, tahun 2 Iskandariah-

(kredits)
Rakyat Mesir akan terus dengan perangai mereka, itu sesuatu yang diluar kuasa kita.
Tapi apa yang ada dalam genggaman kita, kita mampu mengubahnya.

Wallahua'lam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

The perks of doing elective posting.

Talking about mental health