Pembebasan Al-Quds kini di tangan ANDA!
بسم الله الرحمن الرحيم
Anda kenal dengan Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan al-Aqsa setelah 88 dikuasai oleh tentera Salib? Ya, setelah lebih 800 tahun namanya harum dicintai para muslimin dan dikagumi bukan-muslim khususnya mereka yang membuat kajian mendalam berkenaan sejarahnya. Pada 1187, Salahuddin bersama tenteranya menewaskan tentera Salib dalam sebuah peperangan yang cukup bermakna buat umat Islam dalam Perang Hittin. Perang ini menjadu 'turning-point' dalam fasa Perang Salib. Perang ini juga telah membuka pintu yang luas buat Salahuddin untuk kembali ke Baitul Maqdis-matlamatnya yang agung. Dan pada Oktober 1187, al-Quds telah dibebaskan, dan sebagaimana selayaknya pemimpin islam yang wara' dan bertaqwa seperti Salahuddin tidak membunuh orang Yahudi ataupun Kristian sesaat membukanya.
Tetapi, disini saya juga ingin membawa antum untuk melihat sisi pandang yang berbeza. Sudut pandang yang adakala kita terlepas fikir. Jangan kita hanya tertumpu pada Salahuddin, kerana spotlight yang dipancarkan kepadanya. Kita perlu lihat juga kepada para panglima, penasihat, tentera, tukang masak, medik, tukang besi, pembawa makanan dan sesiapa sahaja yang memberi pertolongan kepada umat Islam. Mereka juga penting. Andai ditakdirkan salah seorang atau sebahagian mereka ini tiada, mungkin sejarah akan berubah. Mungkin Salahuddin tidak akan menang. Mungkin namanya tidak akan kita kenali langsung pada hari ini.
Jadi peranan SETIAP insan adalah amat penting dalam pembebasan al-Aqsa. Jika kita lihat pada hari ini, Jerusalem atau al-Quds masih dibawah penguasaan Israel Zionis. Mereka hakikatnya tiada hak ke atas tanah ini. Kita yakin Islam akan pasti menang, dan al-Quds akan menjadi milik kita semula. Jadi renungkan semula apakah peranan kita dalam usaha dan jihad ini?
Adakah kita melajukan gerabak perjuangan?
Atau kita sebenarnya menyebabkan pembebasan al-Aqsa tertunda?
Tidak mahu boikot, tidak mahu ambil kisah, tidak berusaha bangun subuh setiap pagi...
صلاح الدين الأيوبي |

Andai benar keyakinan itu maka bertindaklah.
Jika kita tidak mahu meneruskan rantai perjuangan ini, Allah sentiasa mampu dan semudah ABC menggantikan kita dengan insan-insan yang ikhlas berjuang keranaNya.
Nama kita mungkin tidak akan disebut saat al-Aqsa dibebaskan, namun Allah tahu nama kita, Dia tahu usaha kita. Jika dunia buta, langit itu melihat seluasnya.
Jika kita tak mampu jadi Salahuddin atau Muhammad al-Fateh, mengapa ditutup terus harapan itu?
Mereka telah pergi membawa legasi, kini takdir al-Quds di tangan anda!

LIKE Aqsa Syarif Iskandariah untuk program dan aktiviti sekitar anda (untuk pelajar Alex): https://www.facebook.com/AqsaSyarifIskandariah?fref=ts
nantikan kemuncak GMJ pada 7 Jun 2013 :) |
Ulasan
Catat Ulasan