Daie On Stage

بسم الله الرحمن الرحيم

kredits

Nasyid adalah salah satu medium dakwah- mengajak manusia kepada islam.

Kebanjiran kumpulan nasyid yang tumbuh macam streptococcus pyogenes juga tiada masalah. Ada yang bacitracin resistant, ada yang tidak. Err faham tak?

Nasyid adalah satu medium dakwah, satu kewajiban yang agung dan mulia. Dan tugas yang mulia perlu disampaikan dengan cara yang terbaik dan menurut sunnah baginda saw.

Maka dalam nasyid juga begitu.

Namun ditakuti nanti kita hanya sibuk membaiki suara, teknikaliti, pemakaian dan rupa fizikal tapi lupa nak bersihkan jiwa, baca quran, melazimi amalan sunat dan sebagainya. Padahal itu yang lebih mustahak!

Kita seronok menyapa dan menyanyi bersama penonton di atas pentas, tetapi di 'belakang pentas' nak disentuh pun payah, semua nak layanan artis. Makanan pun suruh orang ambil. Jadi da'ie on stage sahaja, off stage terus off. Naudzubillah...

Ingat, kita munsyid, kita tetap daie. Kita bukan munsyid pun, kita tetap daie.

Wallahua'lam.

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Photo: during Jayd performance.
[kredits]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.