Egonya Lelaki
بسم الله الرحمن الرحيم
Ketika disebut perkataan ini,golongan LELAKI pasti akan mula-mula berlegar di minda.Kenapa tidak,lelaki dan EGO umpama kuku dan isi,sangat berkaitan dan tidak akan terpisah sampai kiamat.
konsep EGOism
Ego adalah antara ciri-ciri yang membezakan lelaki dan perempuan.Menurut Hushim Salleh,seorang kaunselor berdaftar, setiap individu memiliki egonya sendiri sama ada dia lelaki ataupun perempuan.Walau bagaimanapun, darjah keegoannya sudah tentu berbeza-beza antara satu sama lain. Kata beliau lagi, konsep ego sebenarnya melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Lazimnya apabila seseorang lelaki itu mempunyai sifat tersebut, dia akan berasa dirinya melebihi orang lain. Selain itu, dia juga acap kali merasakan bahawa individu lain tidak selari dengan pendapat dan pemikirannya. Lantas situasi ini mendorongnya untuk banyak membantah dan menentang.
perlukah ego buat LELAKI?
ayo kita lihat apa yang terjadi bila adanya EGO pada seorang LELAKI.
sebab EGO,

Adakalanya,ego menjadi keperluan,tetapi selalunya ego yang salah pada tempatnya menjadi punca kehancuran seorang insan bergelar LELAKI.
Namun persoalannya,apakah EGO sebenar-benarnya perlu ada pada LELAKI??
ayo kita lihat apa yang terjadi bila adanya EGO pada seorang LELAKI.
sebab EGO,
1.LELAKI sukar menghargai.
Berapa ramai lelaki yang akan mengucapkan 'terima kasih' selepas diberikan sesuatu?Jarang sekali perkataan 'minta tolong' digunakan dalam kehidupan seharian.Kecuali atas dasar membalas budi dan mengharap sesuatu,sukar membayangkan lelaki memberikan penghargaan.
2.LELAKI tidak suka dipimpin wanita.
Lihat saja dimana-mana organisasi dan kepimpinan tertinggi dalam negara atau pun syarikat,persatuan,jabatan dan sekolah,majoritinya dibarisi golongan lelaki.Memang benar lelaki umumnya mempunyai daya kepimpinan yang lebih tinggi dan fitrahnya lelaki lebih sesuai menjadi ketua.Tetapi percayalah,jika wanita menjadi pemimpin,lelaki mana yang suka?*sinis*
3.LELAKI jarang meminta maaf
Hari ini sukar melihat sang lelaki meminta maaf kepada wanita,dan jika ada pun,selalunya caranya pun agak aneh dan malu-malu.Tidak kisahlah antara ayah dan anak,suami dan isteri,bos dan staf,sesama rakan,adik beradik dan rakan sekerja.Jika mereka meminta maaf dengan cara yang jarang kita saksikan,pasti ada mee di sebalik udang.Namun,bersangka baiklah kerana itu syarat paling utaman dalam ukhwah sesama saudara:)
4.LELAKI tidak melakukan kerja-kerja wanita
Bukan mudah nak mencari lelaki yang SUKA dan RAJIN memasak,membasuh baju,mencuci pinggan,menukar lampin bayi,membancuh susu anak dan seumpamanya.Hal ini kerana kerja-kerja tersebut dirasakan kurang berprofil dan 'memang kerja perempuan'.
5....dan kerana EGO,iblis tidak mahu sujud kepada nabi Adam as dan kemudian dicampak keluar dari syurga tanda penghinaan.Kerana EGO juga,firaun ditenggelami lautan,qarun ditimbus bumi,abrahah,namrud ,kaum Nabi Lut as,kaum Ad,kaum Nabi Nuh,kamal ataturk laknatullah semuanya dihancurkan Allah dari muka bumi dengan bala tenteraNya.Sedar atau tidak,kebanyakan mereka adalah LELAKI!!!
*harus diingatkan bahawa LELAKI yang dimaksudkan tidak merangkumi semua LELAKI di dunia ini.
Jadi,para PRIA sekalian,apakah EGO telah membentuk diri anda-anda seperti yang di atas?
contoh terbaik
Lihat sahaja sejarah Baginda junjungan mulia saw,insan dan LELAKI paling mulia di sisi Allah,
Baginda tidak pernah malu bekerja dan berniaga di bawah Siti Khadijah r.anha.Baginda juga tidak segan membantu isterinya Aisyah r.anha dalam melakukan kerja-kerja dapur. Baginda juga sangat pemaaf,walaupun kepada para musyrikin yang bukan sahaja menolak dakwahnya,ditambah pula dengan penyeksaan dan penderitaan dalam pelbagai bentuk. Ada pepatah menyebutkan,memberi maaf amat sukar berbanding memintanya. Maka sifat pemaaf Rasullulah saw membuktikan bahawa baginda bukan sama sekali insan yang meletakkan ego melebihi rendah hatinya. Jika Rasululllah,kekasih Allah yang amat tinggi darjatnya,mampu meletakkan dirinya sama dengan hamba-hamba abdi,fakir miskin, dan musyrikin yang terkutuk,siapalah kita meletakkan EGO setinggi langit?Naudzubillahi min dzalik!
kesimpulan
Akhir kalam,amat tidak wajar menjadikan EGO sebagai jurang antara jantina atau status.Andai ada kesalahan mohonlah maaf,jika mereka berbudi,berbahasalah kita,biasa-biasakanlah diri dengan memberi penghargaan kepada orang lain,dan bantulah sesiapa sahaja tanpa mengharapkan balasan,kerana setiap kebaikan itu akan menjadi saham kita di akhirat kelak,jika tidak di dunia.
Sekian.
Sekian.
(Penulisan ini adalah pandangan peribadi,sebarang kekhilafan harap dimaafi.Andai anda mempunyai sebarang pandangan dan cadangan boleh diutarakan di ruangan komen.Barakallahu fikum)
setuju2. :)
BalasPadampsti ada udang di sebalik mee la.. huhu..
BalasPadamRasulullah SAW ialah contoh ikutan buat kita..
Rasulullah SAW membawa rahmat sekalian alam..
anyway, syukran Adib atas ingatan dan perkongsian..
Jzkk.. ^_^
afwan ya akh wa ukhti:)
BalasPadamsegala feedback antum amat2 sy hargai d(^_^)b
waa,sukalah pos mcm ni, hehe
BalasPadamrasanya abg awak ni pun ad ciri2 kt atas kan?hahaha
BalasPadam