بسم الله الرحمن الرحيم
Ini bukan sekadar hijrah tempat ku tinggal dan belajar
Ini bukanlah sekadar hijrah Malaysia ke Alexandria
Mahupun hijrah Undang-Undang ke Perubatan
Hijrah ini sangat besar ertinya.
BESARnya kerana,aku semakin mengerti dan faham erti penghijrahan ini.
Dan kerana BESAR dan MENDALAM
HIJRAH ini maka aku sangat perlu memahami tanggungjawab yang dibawa bersama hijrah ini.
Perlu difahami,bahawa penghijrahan ini bukanlah satu kebetulan,kerana segalanya telah dirancang oleh Allah Azza Wajalla.Tidak ada sesuatu yang berlalu di alam ini tanpa pengetahuanNya.
Dan sangat penting untuk kita memahami bahawa hijrah ini hanya sebenar-benarnya akan berlaku bila kita sendiri yang menggerakkannya.Tidak mungkin kapal terbang akan mampu terbang dari KLIA ke ALEX tanpa ada juruterbang yang mengemudinya.
Bila kita tidak mengemudi hijrah ini,maka tidak berlakulah hijrah yang disangka-sangka berlaku.Bak kata pepatah,manakan bergoyang pokok jika tiada angin.(maaf bab2 peribahasa memang x power)Oleh itu,fahamilah dalam-dalam hijrah yang bakal atau sedang dilakukan.Cuma mungkin lebih afdhal jika lebih awal persediaannya agar hijrah itu tidak terjejas atau tertunda.
Dan antara konsep hijrah yang mesti difahami ialah
1.Hijrah atau perubahan itu SUKAR.Tidak mungkin diraih melainkan melalui jalan kesusahan dan kepayahan.
2.Hijrah itu berlaku ATAS IZIN ALLAH.Maka apapun yang kita usahakan mestilah bersandarkan kepada ALLAH.Berdoalah kepada ALLAH dan luruskanlah niat HIJRAH kita kerana ALLAH.
3.HIJRAH adalah PROSES yang BERTERUSAN dan PANJANG.Maka kesabaran amat dituntut bagi menjayakan hijrah yang dilakukan.
Dan atas kesedaran ini,aku tahu bahawa hijrah yang bakal ditempuhi ini adalah sangat berat dan besar amanahnya,kerana hijrah yang aku lakukan melibatkan ummah,perubahan yang aku cuba laksanakan ini bakal menentukan hala tuju diri dan siapa aku pada masa yang akan datang.Datangnya aku di sini bukan hanya sekadar membuat persediaan menjadi bakal doktor,menuntut ilmu dan menjadi insan yang lebih baik dari semalam,tapi juga mempersiapkan diri melalui jalan dakwah yang tiada mungkin ada titiknya.Jalan ini bukan dicipta untukku,tetapi adalah untuk semua orang yang memahami dan berfikir.Jika aku meninggalkan jalan ini,tiada mudarat kepada Allah,tetapi bencana buat diriku.Jika aku tiada,akan sentiasa ada orang yang berjuang di jalan ini.Maka hakikatnya apa yang ku lakukan ini adalah untukku.Kita menolong agama Allah,Allah pasti akan permudahkan urusan kita dalam segala hal yang ditetapkanNya.InsyaAllah.
firman Allah swt,"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah" At-Taubah :20
Oleh yang demikian,aku perlu persiapkan segala keperluan untuk manfaat ummah.Aku perlu berubah menjadi insan yang lebih bertanggungjawab,tidak malas dalam bekerja,rajin menunaikan amal soleh,berbuat baik sesama insan,tidak lalai dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat.Tiada lagi alasan.Aku sudah punya kesedaran itu,tiada lagi masa untuk ditunda.Tiada masa membuang waktu dengan tuntutan nafsu.Tiada lagi jalan lain yang lebih baik dari jalan menuju redaNya. Amanah ini sudah tersedia terpikul di pundakku.Amanah dan tanggungjawab yang amat berat.Sangat memerlukan pengorbanan.Harta,nyawa,ilmu dan kemampuan yang ku ada.
“Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka itu yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya mereka itu silap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah.”-Hassan al-Banna
#Inilah Jalanku,Perjalanan Menuju Kebenaran Hakiki#
|
maassalam ya sa'idi |
|
cun-hensem-cun |
|
peace to Malaysia:) |
|
1st 10minutes=excited,the rest=sleep+eat+chitchat+sleep+mengelamun |
|
transit from Kuwait-Alex
|
|
soo many dates trees along the way from Borg to Alex capital |
|
naik tram ke rumah terbuka malam tu |
|
bertemu abang2 semedic,mostly 4th year |
|
beli simpack kat San Stefano,tempat shopping yang havoc gile |
|
berjalan2 menikmati bayu laut yang sejuk.brrrr~ |
|
p/s-sume stok x mandi lagi. |
|
dinding2 penuh dengan lukisan dan mural |
|
khas untuk kawan saya;) |
Barakallahu fikum
hihii adib~
BalasPadamaku terase laa farah street tu..
utk ak ke org lain??:P:P
anyway~
all da best ya!!
alhamdulillah sume tmpat dlm gmba ni ak jejak~
rindu~
mmg besa pgorbanan~
make hargailah ia:)
Kalau pegi Tahrir square take lots of pictures eh... All the best Adib~! =)
BalasPadam@aimi:aduh nasibla bunga cepat mengembang.haha.ni utk kwn ak yg ehem2 dy nme farah.:)
BalasPadam@kak izah:insyaAllah tp bkn mse terdkt la,sbb cairo mmg dikenali dgn jam+berpasir+habuk+panas+sibuk sgt3.insyaAllah kt alex ni pun ade je tmpt Saura(revolusi mesir) mcm masjid ibrahim.huhu.All the best to myself.hahaha;p