Marilah Mengundi

 ya Rabb~

 بسم الله الرحمن الرحيم

2 hari lepas ana baru sahaja membuat undian berkenaan 'Yang Manakah NAMA yang TERBAIK untuk BLOG nie??" (terjemahan) 

Ana runsing dan pening-pening lalat memikirkan nama baru blog.

Apa ASBAB bro?
yela, ana fikir nama lama (Live on Forever!!) dah kurang relevan kot. Sebab tu la ana nak tukar nama yang baru.

Ohh,CECITE sikit ASAL nama 'LIVE ON FOREVER!!' nie..
aduh,soalan mencucuk!
ana segan nak cerita tapi sebab 'bro' nak tau,ana cerita lah ni..

Tahun 2010,bilik badar
ada seorang kawan ana ni badar.dan dia adalah peminat anime-anime Jepun. kebetulan pula dalam bilik badar ni ada komputer badar yang jarang digunakan.Zaman ni badar tingkatan 5 tak berapa nak aktif kecuali beberapa orang; maka ahli-ahli badar tingkatan 4 memonopoli bilik tu untuk bekerja, rehat,makan, tidur dan bermain~

Seperti ahli2 yang lain,ana pun memang suka melepak berehat. Dan,berbalik kpd kawan ana ni,ana panggil Wie(bukan nama sebenar) memang agak J-Pop tapi kita takkan nampak ke'Jpopan'nye bila berseorangan. Maka, si Wie ni memang ada classmate yang sama minatnya,namanya Won(bukan name sebenar jugak).Bila bersama-sama baru terserlah!!
Dipendekkan cerita, satu pagi(malam2 buta) mereka menonton One Litre of Tears menggunakan komputer badar,ketika itu ana tidur di situ jua.
Ana terbangun dan turut sama tertonton dengan perasaan,"best ke nie?"
Dan malam2 berikutnya,ana turut jadi follower sejati~~~
Ceritanya sangat mengesankan diri ana masa tu,maka salah satu tagline yang heroin dia guna sebelum mati,'Live on Forever'(japanese translation).

Sekian..

Camtu ke??Jadi apa SOLUSInya?
Jadi ana pun kelmarin sempatlah brainstorming dengan kakak ana,Nurul Izzah Abdul Rahim,
geng saser dan ex-maahad,Fateh Lani Moq
serta roommate kat uia, Muhammad Harith Nazlan

Hasilnya,tercetuslah idea-idea dan berikut adalah senarai nama blog yang dicadangkan,
  • Journey to  the Truth
  • Till The End
  • Aku dan Tuhan
  • The Legacy
  • Aku dan Tuhan
  • hiduplah Selamanya
dan tambahan terbaru, 
  • A Journey to The Hereafter 
Untuk melihat kedudukan semasa boleh terus ke page
Sebelum ana mengakhiri post ini,ana menyeru rakan-rakan sekalian untuk mengundi yang terbaik dan paling sesuai, dan jika ada cadangan yang lebih baik,boleh ditambah dalam 'list' tersebut.

Selamat Mengundi d(^_^)b
 tiada undi rosak,tiada BERSIH,tiada KOTOR,tiada rahsia2,tiada politik,cuma 
UNDI YANG IKHLAS DARI HATI :)

Barakallahu fikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

The Legend of Kagutaba Village

Intifada al-Aqsa: Peristiwa, sebab dan kesan

The perks of doing elective posting.